ANIME DAN COMIC?
Posted by surfaddict on
June 24, 2006
(This post in Malay)
Setiap org mesti memiliki hobi tersendiri. Bagi saya hobby ni dilakukan bila saya berkesempatan melakukannya. Sewaktu saya dlm minggu peperiksaan, saya mengambil kesempatan semasa keluar belajar di fakulti untuk mendownload anime yg satu episode saja mengambil 9 jam utk di download. Comic pula saya selalu beli di sungai wang plaza dan kadang2 tu pergi kekedai komik terpakai.
Jika dulu, emak saya membebel setiap kali melihat saya membaca comic, tp setelah saya menyambung pelajaran ke ipta dia mungkin dah tak larat utk membebel. Pada waktu itu saya membeli komik itu menggunakan duit saya bekerja di kedai mkn. Tidak seperti budak2 lain pada waktu itu saya lebih suka memiliki koleksi saya sendiri daripada meminjam. Waktu itu saya gile membaca comic doraemon tetapi koleksi comic itu sudah dibuang oleh emak saya semasa saya sambung belajar kerana rumah saya dilanda ribut dan comic saya telah lunyai terkena hujan.
Selama setahun saya berhenti membeli dan membaca kerana sedikit frust. Tetapi mungkin jodoh saya dgn comic mmg panjang. Ketika saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma saya berkenalan dgn comic yg terkenal ‘one piece’,’slamdunk’ dan ‘conan’. Akhirnya hobi saya ni bersambung sehingga skang dan pada masa yg sama saya mula membeli anime setelah memiliki computer sendiri. Saya menyimpan koleksi hobi saya di rumah sewa sekarang. Takut pisang berbuah 2 kali.
Mungkin anime dan comic bukan lagi utk kanak2 sahaja skang, kerana jika dulu saya budak paling besar di kedai comic. Tetapi skang saya lihat ramai remaja malahan org dewasa yg tergila-gilakan hobi ini. Tp awas dengan beberapa comic dan anime yg tidak sesuai untuk kanak2. Saya sendiri walaupun melebihi umur tetapi sebagai seorang yg minda masih lagi rasional, saya mengelakkan dr membeli comic dan anime seumpama itu. Saya masih ingat pesan ustaz saya, hati boleh gelap dgn melihat benda2 sebegitu..waallahualam. Jadikanlah hobi ini hobi yg baik jgn cemari nya dgn perkara2 yg tidak sesuai.
p/s- cerita anime/comic ni sesuai untuk menguji minda berfikir ‘out of box’


