Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'wordpress'

    Check SERP

    Check Your Site SERP

    checkSERP

    Adei, beberapa minggu ini aku mmg agak busy. Almaklumlah minggu lps begitu busy berkempen PRU 12, memandangkan lokasi aku sekarang di jajahan pimpinan PAS dan PKR aku tak punya komen apa2 sbb aku tidak mengundi di sini. Sekali lagi adei, bile minggu lps juga fify telah aku htr surgeon utk membuang sistem peranakan dia. Ramai yg mencemuh aku mengatakan aku kejam, biarlah sbb Allah tahu apa yg aku buat ini dgn niat yg jujur dan betul. Fify skang tidak murung seperti dulu, bermain gembira dan manja. Apa yg penting sekarang aku perlu pastikan berat badan dia naik semula, terlalu kurus untuk kucing yg dah berumur 2 thn.

    Sebagai part time blogger aku terasa bahang yg sama seperti pokcik Azwan, tiada masa untuk update blog ni hari-hari. Aku hanya berkesempatan menghalau spammer-spammer dr blog ni sahaja tetapi untuk mencetuskan idea post yg gah lagi bergaya aku tidak mampu. Sedikit kesian pada pembaca-pembaca setia blog ni, maaf sesangat kenkadang aku mmg busy utk mencari sesuap nasi. Maklumlah aku seorang bujang yg tinggal jauh di perantauan, ada rumah utk dibayar, ada motor perlu diberi minum minyak, ada kucing dan kura-kura yg perlu aku bg mkn 3x sehari, ada pelbagai utilities bil yg tersergam indah namun segan utk aku pandang dan yg pasti ada blog yg semakin bersawang yg perlu aku bersihkan selain dr blog ini…kekekekek

    So, setiap pemilik blog mesti mempunyai keyword sebagai identiti pada blog masing2. Kebanyakkan keyword ni mampu di jual di kemudian hari. So, sebagai blogger yg mengejar kedudukan di SERP untuk keyword-keyword tertentu aku selalu membuat cubaan menggunakan blog ini. Erm permainan SEO merupakan game yg paling aku gila-gilakan namun aku tahu batas-batas yg tidak patut aku rempuhi.

    Disini aku pecahkan sedikit ruang untuk kalian mudahkan pencarian SERP untuk keywords kesayangan. Check Serp membolehkan kita mendapatkan kedudukan Alexa Ranking dan kedudukan SERP utk site kita di carian search engine.

    Untuk keyword “newbie webmaster” blog ini mendapatkan ranking SERP yg baik, berada di page1 dan ke 2 dlm senarai search engine. Malangnya tiada publisher yg berminat dengan keyword tersebut. Alexa ranking aku yg juga buruk, 240,074. Adei,bile mahu turun bawak 100k ni..

    p.s - kengkawan blogger sekalian yg mengenali bro BadrulZamani, dia skang berada di HUKM menerima rawatan “downsizing”. Sesiapa yg berdekatan tu bolehlah melawat dia.

    Posted on 12 March '08 by catzer, under Internet, webmaster, wordpress. 10 Comments.

    Kejiranan Webmaster

    Kejiranan Webmaster

    myip

    Webmaster, sesungguhnya sudah arif at least mereka-mereka ini memiliki lebih dr satu weblog dan website. Jika seorang webmaster mereka biasanya paling tidak punya 2-3 website itu paling sedikit tau. So, adakalanya kejiranan ini yg tidak pernah kita nampak, maklumlah alam maya mana boleh skodeng apa jiran tetangga buat. Hatta, dunia nyata sekalipun berjiran namun tidak pernah kenal..kekekeke

    So, di kesempatan yg sedikit ini (aku mahu pulang ke rumah selepas menstim rambut aku)..kekeke..aku ingin sharekan sesuatu yg menarik. Kenalilah jiran-jiran2 anda,mungkin dlm satu kawasan perumahan anda itu seorang atau dua atau tiga otai webmaster duduk di kawasan kejiranan yg sama. Tak percaya?

    So, aku heret kalian semua ke site yg telah membocorkan rahsia pemilik-pemilik real estate maya ini. Moh kita semua ke myIPneighbors. Aku amik contoh site newbie webmaster ber url :

    http://www.catzer.com

    so just masukkan nama domain catzer.com, walla…semua jiran-jiran yg tidak pernah aku kenal tersenarai. So,selama hampir 2 thn aku berjiran dgn hampir 400 real estate milik webmaster-webmaster yg lain. Cool kan

    Posted on 25 February '08 by catzer, under Internet, Komputer, webmaster, wordpress. 22 Comments.

    Tutorial Install WP ke Subdomain

    Agak sukar untuk menolak permintaan dr azhar dan chot lebih-lebih lagi mereka berdua spt abg aku sendiri..chewah..hehehe..oklah abang2 yg macho..aku sanggup bersengkang mata utk buat tutorial ini kepada sesiapa yg berminat. Sebenarnya aku mahu buat post ttg kunjungan kami sekeluarga ke Teluk Kemang sabtu lps tp alkisah post itu akan memakan storage aku yg sedia ada tinggal sedikit ni.

    Kepada reezluv sori beb aku masih terlalu jauh untuk menjulang title webmaster hatta aku sendiri masih terpinga-pinga bersama wordpress meskipun platform ini merupakan padang sasar aku sejak kali pertama mengenali istilah blogging. Aku tetap seorang newbie webmaster sehingga satu saat dimana aku bosan dgn title tu baru aku menggila mengejar title webmaster plak..kekeke..doakan aku cepat-cepat bosan erk.

    Disini aku dgn beraninya menggunakan cpanel 11 dr sempoi hosting. Hosting pertama yg aku beli hak milik Shuth pengasas forum Wangcyber. So camne nak login cpanel, nak cite gak ke? Malas aku ko pi tanya pakcik google..

    oklah step-stepnya ialah:-

    1st step:
    login to cpanel control, contoh http://www.catzer.com/cpanel : masukkan username dan password.

    2nd step:
    Cari dibhgn domain–> subdomains–> ‘klik subdomains’—> masukkan nama extension subdomain yg diingini.

    subdomain

    eg: blog.catzer.com

    then klik CREATE

    blog.catzer.com has been created!

    klik go back jika anda ingin melihat senarai subdomains yg telah di ‘create’

    createsubdomains

    3rd step:
    Pergi ke home semula (muke depan cpanel), pergi ke software/service–> fantastico de luxe

    fantasticodeluxe

    Then dr fantastico de luxe—>wordpress tu.pilihkan new installation:-

    wordpressnewinstallation

    4th step:
    Semasa memilih installation location pastikan anda pilih ‘install on domain’ : subdomain yg anda create tadi, utk tutorial ni aku dah create subdomain : blog.catzer.com. Then yg lain2 tu isi lah seadanya mengikut selera masing-masing then klik

    INSTALL WORDPRESS–>FINISH INSTALLATION

    install wordpress to subdomain

    So settle dan korang bolehlah berblog dgn subdomain baru, then jika berlaku masalah 500 internal server error spt yg berlaku pada aku skang, puncanya ialah aku terlalu byk kali create dan delete subdomain…kekekeke..Ianya telah menyebabkan .htaccess file aku dah corrupted dan syntax error. Cara-caranya bleh tgk kat blogjer,erm serius aku dah ngantuk tahap cipan ni kang salah informasi plak. Habislah title newbie webmaster aku..ehehehe

    Ops, terlupe nak inform dr segi seo folder lebih baik dr subdomain. Subdomain akan di treat sebagai domain baru oleh search engine. Berbanding folder, search engine melihat blog baru anda meggunakan folder sebagai satu blog yg sama dgn blog di root domain. So segala seo yg telah anda bina di root domain akan sedikit sebanyak disalurkan kepada folder. Contohnya PR,Alexa,etc. Erm,so sbb tu korang tgk aku takde pakai subdomain utk mana-mana blog aku. Tp tak salah gunakan subdomain jika korang mahu miliki 2-3 blog yg berjaya sebagai entiti yg berbeza.

    Okies, apa lagi yg kalian mahu tahu ttg wordpress silalah tinggalkan comment disini. Takpun aku mengalu-alukan kalian ke forum wordpress malaysia.

    Posted on 20 February '08 by catzer, under Internet, Tutorial, blogger, webmaster, wordpress. 29 Comments.

    Tutorial Add-on Domain

    Erm sedikit terkeliru dimana aku harus mulakan post ni. Aku mengalami masalah kekurangan idea beberapa hari ini mungkin kerana terlalu penat. Aku teringin utk pi tgk wayang tp hakikatnya di Shah Alam ini tiada panggung wayang. Jika mau kena pi Jusco Bukit Raya, dr rumah aku ke JJ aduhai sudah terlalu jauh skang ni. Jadi aku masuk ke cpanel melihat apa2 yg patut aku ketahui. Ops ada beberapa domain yg terbiar bersawang. Ya, aku sudah lupe aku punya add-on domain yg lain pada hosting yg sama.

    So, meskipun saat ini aku sedang rancak melihat video di site ke 2 terglamer di dunia. Namun hati aku juga teringin utk membuat tutorial macam mana nak add on domain ke hosting yg sama. Itu bermaksud anda beli domain di tempat lain spt namecheap,godaddy atau enom. Then kita mahu host domain tu di hosting sedia ada..Erm,seorang rakan yg baik hati meminjamkan aku cpanel untuk menunjukkan mcm mana add-on domain dilakukan.

    1st step:
    Pastikan korang semua dah beli domain dr salah satu domain provider yg aku listkan. Kalau tak reti camne nak beli bleh lah tinggalkan komen kat sini. Mana yg dah reti proceed terus step 2.

    2nd step:
    Slps bayaran domain provider akan htr email domain information.Then kat hosting setting benda paling penting yg korang semua kena tahu ialah DNS setting yg diberikan semasa korang sewa hosting tersebut. contoh:

    ns1.hostingaku.com
    ns2.hostingaku.com

    Kalau korang tak tahu apa DNS setting korang, bleh tanya pemilik hosting provider erk.

    3rd step:
    Login ke akaun anda di domain provider, contoh aku amik kat site namecheap sbb namecheap setting dia userfriendly and takde fees pelik2:-

    login to namecheap account—>manage domain—>’select your domain’—>then klik kat domain name server setup.

    addon domain setup

    4th step:
    Masukkan DNS setting kat kotak tersebut,kadang-kadang dns kita berlainan, contohnya mungkin dns host tertentu bermula dgn ns3,ns4..apapun just masukkan pada kotak no1 dan no2 mengikut susunan ns nombor. Kalau lps masukkan susunan ns tu mcm lari contoh tetiba ns2 masuk kat kotak 1 dan ns1 masuk kat kotak 2.Itu normal berlaku jgn gabra erk.Then klik save change. Done, then tunggu domain tu propagate. Please note that it will take up to 24 hours for the changes to take effect. Sebenarnya biasa amik less than 10 minutes jerk.

    dns setting

    5th step:
    Masuk ke dlm akaun cpanel hosting anda, contoh disini aku amik hosting planhoster. Kekeke, promote skit hosting yg aku dok suke guna ni.

    pergi ke add-on domain—>isi semua information needed–>klik add domain!

    add on domain

    So settle domain korang as long as dah propagate,akan terlist di bawah senarai add-on domain sedia ada.

    Posted on 19 February '08 by catzer, under blogger, webmaster, wordpress. 15 Comments.

    Webmaster Branding

    huh,mana post baru..kemana pergi newbie webmaster ni ckp nak buat byk lagi tutorial pasal wordpress..Oh, sorry kengkawan aku dah seminggu lebih batuk dan selesema jadi segala idea skit terbantut. Erm, lebih sadis aku baru jerk pindah ke kawasan perumahan baru dan internet mungkin akan diaktifkan dlm 3-4 hari lagi. So, lokasi aku skang di Pak Li Kopitiam Seksyen 18, Ole-Ole.

    Bulan Januari yg lps aku gagal menjadi top komentator untuk blogjer tahniah pada Raymond yg agak kritis dgn isi Law of Attraction dan Aizat yg tgh bergembira bersama t-shirt Low Yat. Kebanjiran blogger pada tahun lps skit sebanyak menjadi punca aku mula rajin berblog..yup trend ini aku selarkan sebagai webmaster branding. Suke hati aku lah nak labelkan apa kan since labelling itu tiada isu hak reka cipta.

    14 Feb valentine, argh..Jgn gatal2 nak sambut kerana ianya merupakan sambutan kepada kekalahan tentera islam pada masa itu. Pada tarikh yg sama adik aku boboy lahir dan sadisnya kami mmg dgn sengaja tidak pernah meraikan hari lahir dia..Kejam, tetapi menyeronokkan bile tgk dia pun buat tak kisah.

    Erm, sebenarnya aku nak ceritakan mcm mana kalian mahu add-ons domain menggunakan wordpress tp serius punya malas sbb o9 di kopitiam masa jadi limit dan aku juga kurang focus dek kebisingan org2 yg tgh mkn mlm. Namun, takperlah aku berminat utk bercerita ttg webmaster branding..Actually webmaster juga merupakan satu brand name yg agak tersohor dgn keupayaan di luar jangkaan. Apakah kelayakan untuk menjadi seorang webmaster? Erm, dan perlukah kita mencipta webmaster branding tersendiri? Erk, jawapannya tanyalah pada diri sendiri. Webmaster branding sememangnya perlu bukan sekadar untuk membentuk satu aliran network tetapi juga untuk melabelkan diri kita sendiri di mata insan lain.

    Erm, satu lagi sebab kenapa perlu membrandkan diri sendiri, supaya takde isu ciplak..muahahahahah

    Actually aku sedikit bengong kerana gaji aku bulan ni masih tidak float dlm akaun maybank aku..itu bermakna aku semakin sengkek dan perasaan pokcik tetap aku rasai juga.

    webmaster brand

    Posted on 4 February '08 by catzer, under Internet, Teknologi, webmaster, wordpress. 19 Comments.

    Tutorial Menukar Theme Wordpress

    Kengkawan,aku bukanlah bersandiwara disaat aku katakan aku busy..serius aku mmg busy tgh mempromote parfum dan parfume kat roomate aku skang. Namun, ketika aku ingin membalas comment dr sharil tentang macam mana ingin menukar theme wordpress buat aku berfikir untuk menjadikan comment tersebut sebagai post ke 2 untuk hari ini. Aku bukanlah pakar wordpress but honestly apa yg aku tahu skang semuanya aku tuai dr sikap rajin bertanya pakcik google. Demi masa sesungguhnya aku bakal menjadi org-org yg rugi kerana berceloteh yg bukan-bukan padahal apa yg ingin aku tunjukkan ialah tutorial buat sesiapa yg masih belum tahu menukar theme wordpress. Aku akan mengambil contoh satu blog terbiar aku. Ya, masih terbiar dan thn ini aku akan pastikan ianya di optimize sebaik mungkin dibawah naungan seseorang. Ya,sudah bertukar tgn.

    Step 1:
    Baiklah aku pilih theme wordpress milik neutronics, biru 2.0. Sila download disini atau di sini Unzipkan file biru 2.0 dan plugins

    Step 2:
    Buka File Transfer Protocol (ftp) cuteftp/smartftp/filezilla..etc

    Masukkan host : ftp.yourdomainname.com (ftp.uptownmalaysia.com), username dan password–> quickconnect

    Step 3:
    Dibahagian kanan filezilla “remote site” click public_html. Memandangkan aku install wordpress untuk blog ni menggunakan root file so di public_html aku akan ada terus file2 dr wordpress system spt wp-admin,wp-content dan wp-includes. So, yg aku bulatkan merah2 tu kalian kena peratikan betul2.

    filezilla

    Step 4:
    Public_html–> wp-content—>theme + plugin
    So, kita akan masukkan folder biru 2.0 ke dlm folder theme. Drag folder biru 2.0 dr local site ke dalam folder theme di remote site. Tunggulah process transfer sehingga berjaya. Perkara yg sama dilakukan untuk plugin.

    Step 5:
    Sila open admin wordpress, camne nak open? Nak kena lempang ke tanya soklan bodoh tu. So, dibhgn dashboard admin wordpress—> presentation—>pilih theme Biru 2.0, then pergi ke plugin–> activated all related plugins. Then cuba view site…jeng..jeng.. DONE

    So, 5 steps mudah ini akan berkesan sekiranya kalian mengikut langkah demi langkah dan jika berlaku sebarang kesulitan silalah tinggalkan komen..Ya, aku mmg busy..post ni amik masa 2jam sebelum dipublished. Beberapa editing perlu dilakukan untuk kesesuaian blog masing2.

    Posted on 25 January '08 by catzer, under Internet, webmaster, wordpress. 21 Comments.

    Theme Wordpress Melayu dan Habari

    Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.

    Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.

    Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).

    Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.

    habari project

    Posted on 17 January '08 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, blogger, webmaster, wordpress. 30 Comments.