I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'webmaster'

    Tag Super Catzer

    megatron

    Aku suke hari Jumaat kerana hari ini adalah penghulu segala hari, dan merupakan hari terakhir bekerja untuk minggu ini. Aku nak minta maaf sbb tak dpt update blog ini sekerap yg mungkin,maaf sgt2 sebab company kakak aku sgt2 perlukan aku skang. Beberapa minggu ini kami sibuk mendaftar beberapa product baru dr France melalui sistem BPFK dgn menggunakan teknologi dari DigiCert.

    Agak sibuk untuk mencari agent jualan..hah..siapa berminat untuk menjadi agent jualan product kecantikan angkat tgn..hehehe..jika ada kawan2 kalian yg ingin menjadi agent jualan beritahu aku yerk.

    Ops, pagi-pagi ini aku lihat ada tag dr Musnaz, tag superpower..Kalian sedia maklum aku agak berat membuat tag since I hate tag but love ping. Tp hari jumaat yg mulia ni aku ingin membuka sedikit dunia khayalan yg tidak pernah dikongsi dimana2 dan dgn sesiapapun.

    1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
    Aku ingin memiliki kuasa pemulihan diri yg menakjubkan

    2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
    wolverine, watak x-men

    3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
    Aku pilih dia kerana dgn kuasa sedemikian at least aku yg selalu ditimpa kemalangan ni cepat sembuh :p

    4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
    Kelemahan superpower aku ialah aku merupakan seorang yg akan pengsan bile tgk darah.

    5. Nama anda sebagai hero apa?
    SuperCatzer

    6. Motto anda sebagai superhero?
    Fight for your life

    Biasanya aku tidak mahu sebarkan sebarang tag, tp keindahan hari jumaat akan jadi kurang bermakna tanpa menghulurkan tag superpower ni pada rakan2 yg setia. Maaf jika kalian terluka di tag oleh aku.Jika kalian sporting dan ingin sedikit leisure moh jawap tag ni..Mereka2 yg mungkin ada superpower terpendam dan aku mahu tahu rahsia kalian:-

    1. Syia
    2. Bro azhar
    3. Ahib
    4. Pokcik Azwan
    5. Aizat
    6. Nazri perasan serious
    7. reezluv

    seperti biasa hanya 7 org sahaja..aku suke no 7.

    Posted on 25 January '08 by catzer, under True Life, tag and ping, webmaster. 23 Comments.

    Download Fonts

    dofont

    Semlm semasa org sibuk dating dan kuar pi shopping, aku plak mengodek-godek fonts yg sesuai untuk aku download ke windows font aku..hehehe..Beberapa CSP font mmg sangat-sangat mengujakan dan mampu membuat aku tersenyum-senyum sendirian. Yes, ada cats font..cantik-cantik.

    Pada designer-designer yg mmg cekap bab2 fonts ni mereka mmg suke menambah font-font sedia ada. Erm, semlm aku bermain dgn beberapa fonts. Sedikit bosan kerana tidak mampu menemui font yg menarik utk “projek contengan bersama Sally”. Budak cina tu balik dr Tadika terus jumpa aku di opis, mau main computer dan conteng-conteng.

    Macam mana mahu download font ke computer kita,sape mau tahu angkat tgn..hehehe..

    Memula korang Unzip files yg korang download dr Dafont, then berpandukan pada type of OS yg korang guna:-

    # Windows Vista : Right-click on the font files (.ttf, .otf, .fon) > Install
    # Windows XP or earlier : Put the font files (.ttf, .otf, .fon) into C:\Windows\Fonts
    # Mac OS X 10.3 or above : Double-click the font file (.ttf, .otf) > “Install font” button

    Muahahaha, senang bukan..sbb tu lah aku sedikit mereng dgn beberapa font weekend lepas.

    Posted on 21 January '08 by catzer, under Internet, webmaster. 12 Comments.

    Theme Wordpress Melayu dan Habari

    Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.

    Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.

    Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).

    Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.

    habari project

    Posted on 17 January '08 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, blogger, webmaster, wordpress. 31 Comments.

    Newbie Webmaster’s Wish 2008

    newbie webmaster

    Hey genie, i got 7 wishes

    Sebenarnya post ini ingin direleased seawal thn baru namun terpaksa aku hold untuk buatkan kalian rindu pada aku. Sebagai newbie webmaster aku kalau boleh nak himpunkan apa yg perlu aku selesaikan utk thn ini. Berbanding thn lps kali ini aku sudah cukup matang utk menilai kredibiliti manusia dan persekitaran, oh sudah tua bukan. Ya, thn ini umur aku 27 dan aku mmg sukekan no 7 tu. Hey genie, i got 7 wishes :-

    1. Aku ingin menjadi seorang hamba Allah,adik,kakak, makcik,kawan,sahabat,pekerja,teman dan makwe yg baik.
    2. Aku nak punyer ramai kawan yg setia dan menghormati aku meskipun aku papa kedana.
    3. Aku nak membina empayar Ardent. Muahahaha..ini idea kakak aku
    4. Aku nak beli laptop baru dan kamera DLSR.
    5. Aku nak buat lesen kete dan beli kete.
    6. Aku ingin generate traffic ke blog ini meningkat 500%..muhahaha
    7. Aku akan memiliki satu offline business.

    Erm, sape kata aku takde azam, ada tau cuma aku malas nak elaborate jerk. Mungkin ianya tidak secanggih kawan2 aku yg lain but at least aku ada wish yg pelik sebagai seorang newbie webmaster.

    We’re Moving

    Hujung bulan ini aku dan 2 org lagi housemate akan berpindah ke kediaman yg lain. Lebih selesa dan mahal..huhu..but langkah pertama untuk aku capai segala 7 wishes aku tu ialah dgn berpindah ke rumah lain yg lebih selesa dan kurang gangguan. Moreover, rumah kali ini juga dekat dgn Masjid, so perasaan tenang tu menjalar keseluruh kawasan perumahan. Amin

    My Niece

    erm, Sally aka budak cina ni semakin rapat dgn aku maybe sbb aku cute mcm dia juga kot..hehe. Actually umur dia 5thn dan sudah ada 5 helai baju kindergarten. Tahun ini dia bertukar ke kindergarten lain kerana kakak sepupu dia, Qistina sudah masuk darjah satu so dia takde kawan disekolah lama. Kindergarten kali ni katanya lebih best dr yg sebelum-belumnya..yer aku layankan aje. Hari ini dia belajar main kasut roda, weekend ni mahu main ais skating di Pyramid. Seperti biasa, aku tak mau ikut walaupun dia cium aku sejuta kali..hahaha..aku tak makan rasuah..

    Posted on 4 January '08 by catzer, under Internet, True Life, webmaster. 23 Comments.

    Webmaster version 2008

    newbie webmaster

    2007 merupakan tahun permulaan yg suram dan pengakhiran yg agak kusam sedikit. Namun selepas merempit sekitar shah alam seawal pagi aku sedikit tenang mendengar bunyi motor kriss aku menderum dlm kesunyian malam. Aku pulang lewat malam dan letak helmet, mata aku memandang whiteboard dihadapan aku puas. New year mlm ni aku perlu pasang niat baru, niat yg lebih bermakna utk aku salah seorang webmaster malaysia walaupun sekadar berlabel newbie webmaster.

    Disini aku listkan beberapa kenangan terindah aku utk thn ini, ya thn ini 2007:-

    Januari - Feb
    Awal thn aku masih dlm trauma dimana accident pada bulan 11 thn lepas menyebabkan aku tak mampu berlari, berjln dgn betul dan tidak mampu aktif spt biasa. Doktor ckp buku lali aku crack so no wonder aku mmg terkial-kial utk berjln. Trauma tu ditambah dgn perasaan bosan takde keje dan juga kehilangan seseorang dimana tempat aku bergantung segala-galanya. Januari - Feb juga dtg membawa bebanan teramat besar bile mak dan abah memutuskan untuk tidak menanggung kehidupan aku di bandaraya shah alam ini. :D

    15 Feb - 11 April
    Kehidupan aku jadi lebih baik dr sebelumnya, dimana ada peluang utk aku membuat duit online walaupun sedikit tp yg penting halal dan aku tak menyusahkan sesiapa. at least mak dan abah mampu tersenyum kerana aku punyer income sendiri walaupun cukup2 mkn.

    11 April - 30 june
    Aku bekerja di PHN Industry Sdn Bhd, merupakan pengalaman pahit yg tak mungkin aku lupakan. Di transfer ke 3 department dlm masa 3 bulan, aku bekerja sebagai management trainee. Alasan pertukaran kerana aku mampu jadi multi purpose trainee. 5 minggu pertama aku di Receiving dept sebagai Planner, 4 minggu seterusnya sebagai Quality executive then untuk terakhir kali ditukarkan ke Purchasing and Vendor Development department sebagai purchasing executive. Akhirnya, selepas konvo aku pada hujung bulan 5 aku menghantar resignation letter berkuat kuasa sebulan dr tarikh tersebut. Even, di psycho lebih 4 jam oleh HR manager itu tak dpt mengubah perasaan aku untuk berlalu pergi dr mereka yg mendouble standard kan aku sebagai seorang fresh graduate. Aku terlalu ethical utk bersama mereka, malah aku bukanlah berminat utk bersama-sama mereka yg tidak tahu menghargai kesetiaan aku bekerja dr pukul 7.45 am - 8.45 pm ni.

    1 July - 8 August
    Aku lebih byk kepada membina balik jati diri yg telah rosak dan hancur semasa bersama PHN. Lebih memberikan tumpuan pada pembelajaran online dan juga hang out bersama kawan2. Selama hampir dua bulan ini aku tido di rumah k.mai, sedikit melarikan diri dari masalah dan bebanan kehidupan. Bulan ini juga hubungan cinta aku spt tiada ada hujung pangkalnya, gaduh dan gaduh dan spt retak menanti belah aku akur. Sekali lagi aku kena demam panas utk thn ni, i got infection kat brain and hampir2 diserang sawan.

    9 August - October
    Hari paling tragis buat kami sekeluarga, paksue accident. Skang dia sudah tidak koma lagi tp lumpuh separuh badan sebelah kiri dan hilang short term memories. Dan disaat semua indah meraikan kejayaan PMR, dia tetap berbaring dirumah dan adakalanya duduk di kerusi roda. Pertuturan yg tidak jelas dan bisa buat aku menangis melihat keadaan dia skang. aku masih ingat berulang alik ke HKL dr shah alam untuk melawat dia di wad ICU HKL dan juga bile dia dah stabil namun masih belum sedarkan diri. Dia sedar setelah hampir sebulan coma, syukur kehadrat ilahi dia masih bersama kami. 25 August aku ke Rumpun 2007 walaupun saat itu hati aku berbelah bahagi dgn keadaan paksue. Pada bulan ini juga aku berhenti berharap utk mencapai cita-cita aku sebagai seorang engineer. Aku bukan tidak mahu berusaha tp cukuplah aku mengejar bayang2 sendiri.

    November
    Aku suke bulan ini kerana byk anniversary yg aku raikan. 7 nov genap umur aku 26 thn bermakna budak yg cute ini sudah menjangkau umur dimana setiap org gatal mulut tanya bile nak kawen. Pleaselah..give me a chance nak hirup dunia single ni puas2. Waktu study mmg tak bleh nak rasa kebahagiaan mcm skang ni. Hari2 kelas, assignment, test and final. Done, all 25 years tu dah gone. So, biarlah 26 ni menjadi lebih bermakna. Anniversary catzer.com pun bulan yg sama juga. Dan pada bulan ini juga aku merompak keyword newbie webmaster menukarkan title sedia ada pada waktu itu.

    December
    Bulan ini aku menggila sedikit dgn membeli beberapa domain dan hosting. Ya, utk projek thn depan yg aku tak plan pun. Erk, kalian mesti kaku mendengar ayat tidak plan tu. ya, aku bukanlah seorang yg suke plan, do and action. Mmg aku merupakan seorang yg berhati gila, buat sesuka hati aku jerk.Muahahaha. Bulan ini buat pertama kalinya aku memasang azam setelah hampir 6 thn takde azam.

    Posted on 31 December '07 by catzer, under Internet, True Life, webmaster. 39 Comments.

    Webmaster = (Adverlets+Nuffnang) Nufflets

    malaysia

    Aku baru sampai di rumah, spt biasa tanggal kasut,on laptop, on power supply, tanggal helmet, letak beg, tanggal jaket..bump..hehehe..aku mengadap laptop.

    Hari ini dua kali aku baca ttg satu lagi pengiklanan baru utk blog local spt ini. Ya, blog newbie webmaster ini serba sedikit perlu aku monetizekan maklum sajalah aku ini penanam anggur tegar hanya membantu kakak aku di opis. Jika dia baik hati adalah “buah tgn” dr dia. Apapun blog ini tetap punya identiti sendiri, bukan kerana duit tp kerana hati..(uwek, muntah plak aku nak tulis mcm tu)

    Newbie webmaster mcm aku ini agak dahagakan ilmu, jadi semasa aku men”digg” beberapa blog melayu sungguh ghairah menceritakan ttg Nufflets. Lebih lanjut boleh baca di blog megat, fahmishah dan mael. Jika mael mengklasifikasikan nufflets sebagai google adsense versi Asia aku sedikit teruja tambahan pula nufflets membayar dgn US Dollar. Sungguh-sungguh menarik ni.

    Sempena azam dan nekad thn baru ini, nufflets akan menjadi mangsa kerakusan manusia yg dahagakan income dr blog mereka. Bagaimana click fraud akan diambil kira oleh nufflets? Sedia maklum rangkaian Asia merupakan penyumbang click fraud terbesar di dunia. Aku harap nufflets bukan sekadar menjanjikan keindahan kata-kata bersikap sementara. Majulah Nufflets untuk Malaysian.

    Short review :-
    Hari ni ahib buat debit card Public Bank,setelah sejuta kali kena kutuk rapat dgn aku. Ya, aku tahu byk bank yg tawarkan debit card contohnya NexG, Al-Radji,dan beberapa lagi. Tp debit card public bank mmg thumb up. Dan satu lagi aku merupakan pemilik card ATM maybank yg serupa debit card. Bangga gile isi minyak motor kat Petronas seksyen 13 pakai kat ATM Maybank..Hehehe

    supershot review :-
    aku dah dpt total usd15 dr nufflets, and satu lagi yg aku suke ttgh noktah hitam ialah kepantasan dia membuat plugin utk nufflets. I love noktah hitam, you’re rock dude. :D

    Posted on 27 December '07 by catzer, under Internet, Jana Duit, Komputer, Teknologi, webmaster. 12 Comments.

    I Hate Tag, but love Ping

    tag and ping

    Bgn pagi ni mcm biasa aku capai cermin mata dan on laptop aku. Pi cuci muke dan gosok gigi, lap2 muke. Terus surf ke Newbie Webmaster dan akaun google adsense aku. Spt yg aku sangka akaun google menunjukkan digit yg tidak merembesken horman gembira di kepala aku pagi ni. Beberapa bulan ini visitor utk Newbie Webmaster mmg dtg dari traffic targeted melalui saluran search engine. Sejujurnya mmg dari dulu begitu. Walaupun dr keyword-keyword yg tidak profitable namun berada di SERP page dan page ke2 akan buat semua webmaster tersenyum utk seketika.

    Melihat visitor yg tidak putus-putus melawat blog serba kekurangan ini dr FEEDJIT buat aku tersenyum bangga. Erm, tgn aku terus click ke blog x-classmate semasa degree (rajin juga dia updated blog). Erm, patutpun ada link dia di FEEDJIT, sudah buat aku pening utk fikir 8 random facts about me. Jika sebelum ini kalian sudah tahu 7 perkara pelik ttg aku kini kalian bakal tahu 8 fakta ttg aku. Fakta atau kenyataan ini menunjukkan ianya tidak boleh diubah, betul kan? Oklah, i give you a chance shah actually im really got no interest to revealed it.

    The Rules:

    1. Post these rules before you give the facts.
    2. List 8 random facts about yourself.
    3. At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
    4. Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

    8 random facts about Catzer (unrevealed until NOW):-

    1. Catzer merupakan anak perempuan terakhir dalam family dan sgt manja, so the reason why she been dumped to Shah Alam. (my mak ckp i can be independent girl, but abah refuse that great idea. Just to show off kat abah, im no longer your baby girl so jgn risau i can take care of myself here).

    2. Catzer tidak pernah menghadiri mana2 kelas komputer, she born with a talent on computer and internet. (after merosakkan byk computer dan line internet , “so talented” )

    3. Catzer pernah membantu menjaga kedai repair motor seorang pakcik yg sudah pulang ke rahmatullah selama 5 thn sbb itu dia sgt pandai bab2 teknikal.(Arwah byk ajar skill repair motor dan perniagaan, masa dia passed away im struggle to death for final, thanks uncle Naim may good bless you there).

    4. Catzer tidak suke dgn sayur, allergi ngan sayur, akan bad mood bile mknn yg diorder ada sayur. (She had been like this from born until now, kalau di rumah bile mak/kakak/kakak ipar masak diaorg akan asingkan dulu mknn tersebut before masukkan sayur. Pernah parent mogok masak semua sayur-based food selama seminggu. But, she the “megatron” refuse to eat dan pi mkn luar jerk minggu tu)

    5. Catzer tidak pandai memandu kereta malah tidak ada lesen kereta lagi. (Masa kemaruk nak belajar kereta, at the same year my only best friend during childhood meninggal dunia accident kereta di JB masa pulang dr kerja awal subuh.So i stop belajar kereta hingga skang, already 7years ago still can’t forget about this tragedy until now).

    6. Catzer tak tahan makan pedas, yup spt sayur dia satu-satunya dlm family yg tidak mkn mknn pedas. Semua mknn must be mild dan my mum akan warning which one yg pedas. (Perut mmg tak tahan makan pedas, moreover mmg dr kecik lagi akan nangis bile termakan benda-benda yg pedas. Abg ngan kakak mmg selalu kenakan waktu tu, im truly “mild” and sos tomato. 1st time mkn sos cili waktu umur 18thn, itupun campur sedikit sos tomato. Ok, got a funny story about pedas2 ni hanya wayer yg tahu rahsia tu).

    7. Catzer tak pandai english tp still lulus dgn cemerlang semasa di universiti. Selalu digelakkan semasa presentation dan dicerca oleh boss masa meeting semasa keje di PHN. “Im not expected your english like this, so shameful”. Im just smiling, nak buat mcm mana masa praktikal im work ngan budak2 yg mmg tak pandai ckp english then dok kat rumah tak praktis gak. It really doesn’t matter for me, if bangsa lain boleh berjaya walaupun tak pandai ckp omputeh, why not me yg belajar english dr sek ren sampai degree ni tak bleh. Im not fluent enough but cercaan tu too much for me. At least dgn English yg tak seberapa ni lah i make money online, much better than him yg sampai pencen dok makan gaji buta lagi. (just nak sedapkan hati sendiri)

    8. Catzer seorang yg penakut pada perkara-perkara superstition. Umah parent bertentangan ngan satu umah “hantu” yg dah dirobohkan sbb tuan dia dah lama meninggal and nobody bleh tahan dok umah tu. My sister ajak beli tanah tu then buat rumah lain kat situ. Im rather died dr dok kat tanah tu. It just like a land of death. (Sgt2 benci bile movie2 ghost-based keluar, my abah always ckp you’re not “Alone” )

    Ok, aku takde mood nak TAG others. I hate tag and love Ping. :p

    idea credit to : Catzer.com
    image credit to : nataliedee

    Posted on 23 December '07 by catzer, under True Life, webmaster. 6 Comments.

    Webmaster Must Have Items

    Sorry, sorry sgt2 sebab aku tak dpt updated blog ni hari2. Aku mmg takde masa sbb sibuk tolong kakak aku uruskan company dia. To be honest, aku mmg stressful sbb blog ni sedikit bersawang. Timbunan tekanan buat aku yg comel ni semakin comel tertimbus oleh work load. Aku tak dpt lari kali ini, lari dari masalah bukanlah cara seorang webmaster. Yer ke? Ye kan ajerlah.

    Erm ada byk benda aku nak cite kat korang ni..Jeng Je Jeng..erm, aku dpt organizer baru dr abang ipar aku. Sesuatu yg aku mmg ingin ada utk tahun baru ni. Bersama organizer itu aku letakkan sebatang pen yg telah diukir nama pemiliknya. Ya, bukan nama aku sbb pen tu aku tanpa segan silu minta pada pemiliknya. Organizer tanpa pen, takde maknanya.

    Erm, apa lagi must have items utk webmaster erk? Aku sepatutnya potong ’s’ pada item tu. Ada beberapa keperluan sebenarnya tp sesungguhnya otak aku tak bleh nak recall skang ni kerana mereka tgh berehat2 sambil membiarkan aku berfikiran kosong.

    Ada beberapa target utk thn baru ini, yg pastinya semua berkaitan buat duit online. Yer, aku tahu aku bukanlah top earner untuk google adsense ataupun affiliate. Tp, biar apa titik permulaan sekalipun at least aku learn sesuatu yg terlalu mahal utk dibeli. Buat duit online bukanlah mimpi lagi di Malaysia ini lebih2 lagi NST telah mentabalkan 3 webmaster yg mampu membuat duit secara online 100% full time dr rumah. Alang, Liewcf dan Gobala Krishnan. Untuk tahun ini sahaja aku dpt lihat ramai lagi yg telah menghantar surat perletakkan jawatan mereka utk meneruskan perjuangan sebagai full time internet marketer. (Termasuk aku - sebenarnya aku seorang newbie yg perasan bleh jadi mcm diaorg).

    Ada seorang blogger yg aku ingin pastikan status dia skang, yg pasti MENJ sudah mampu tergelak bile membaca kekaguman aku terhadap dia skang. (itupun kalau dia singgah kat sini,hahahaha)

    Ini adalah mouse baru aku, free dpt dr wayer..erk diapun dpt free gak dr mobil.

    mouse free

    Inilah kesayangan aku,organizer baru lebih2 lagi sbb dpt free..hahaha

    organizer siemens

    Posted on 21 December '07 by catzer, under Internet, Teknologi, True Life, webmaster. 4 Comments.

    Friendship Indeed

    Semalam aku hang out bersama raimi, my friend indeed. Lately, dia agak busy outstation dan rasanya kali terakhir kami hangout di Pine 38 seksyen 9, 6 bulan yg lepas. So, semalam dikesempatan bulan terakhir ni kami hang out di starbuck seksyen 9. Lunch disana sampai petang dan disaat ada sekumpulan makhluk Allah yg buat starbuck tu mcm kedai mamak kami berlalu pergi ke SACC.

    Raimi dan aku perlukan planner baru utk thn depan, kami sama2 merempit ke SACC, masuk ke MPH. Tak byk pilihan disana, tp dek kerana malas utk merayap ke tempat lain aku mengambil 2 diari untuk ajin dan aku. Raimi beli satu planner berwarna hijau, aku tahu sebenarnya dia nak yg berwarna pink tu..hahahaha..

    Ada masa raimi sibuk htr sms org di UK, yerlah sape tak ngeri tunang org ni. Aku awal2 lagi sudah melaporkan diri. Puas di SACC, selepas hujan lebat menjadi rintik kami rempit ke Seksyen 13. Argh, ada jom heboh rupanya plan kami hanya utk ke fun fair. Kami tak ke sana, aku mmg tak selesa berada dlm lautan manusia. Erm, memandangkan kami punyer minat terhadap dunia video yg sama, disini sedikit sisipan dari kami berdua. We’re Inspiration.

    newpicture2jq5 Friendship Indeed

    Posted on 9 December '07 by catzer, under True Life, webmaster. 3 Comments.

    Newbie Webmaster-Basic SEO

    seo spider

    Basic SEO merupakan pelajaran paling mudah tp agak detailed terutamanya utk newbie mcm aku ni. Search Engine Optimization atau singkatannya SEO merupakan salah satu cara utk kita menjadikan site kita ini mudah utk disenarai putihkan di search engine. Me ‘marketing’ kan blog kita dalam masa tertentu merupakan fungsi SEO ini. Ianya merupakan usaha jangka masa panjang dan berterusan.

    Search Engine Optimization terbahagi kepada dua jenis iaitu On Page Optimization dan juga Off Page Optimization. Kenapa terbahagi kepada 2 jgnlah tanya aku tp yg pasti 2 basics ini ibarat pintu luar dan pintu belakang, ke dua-dua optimization hendaklah dikukuhkan supaya site kita friendly search engine. Disini aku senaraikan apa itu onpage dan off page:-

    On Page optimization:
    Title,description,keywords tags
    alt property
    header tags
    navigation.

    Off page optimization:
    Directory submission
    link exchange
    article marketing
    press release
    Blog commenting

    Kebiasaannya kita melakukan on page dan terus melupakan off page optimization dan sebaliknya. Biasanya on page dilakukan semasa pertama kali kita nak develop sesuatu site ataupun blog. Manakala off page optimization biasa dilakukan sepanjang blog/site itu masih hidup. SEO akan membantu kita menaikkan ranking site dan spider/robot mmg suke site yg seo friendly. Adakah site aku ni seo friendly? Mcm mana nak tahu site kita seo friendly. Muahahaha, sape tahu tinggalkan komen. Sape tak tahu pun tinggalkanlah komen gak..

    Posted on 29 November '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, webmaster. 2 Comments.