Archive for 'webmaster'

    Control Your Anger

    Ok, ini adaalah apa yg berlaku semlm..so kengkawan please control your anger. Honestly aku mmg “panas baran” luckily aku tak pernah pukul org lagi kecuali semasa sparring taekwando..But, mlm tadi akhirnya segala panas hati aku terhambur tanpa aku sengaja…Mengapa..biarlah sebabnya menjadi rahsia..

    Kejadian ni berlaku mlm tadi,actually the whole day hati aku mula jadi panas disebabkan oleh perkara “itu” (sekali lagi jangan tanya apa “itu” ). So aku cuba kawal, aku membaca majalah favorite aku tiba-tiba aku mula baran..aku lempar majalah tersebut ke rak buku..berterabur semua susunan2 majalah..aku keluar, mengadap computer..Argh..internet lembab..hati aku mula bergelora…jantung aku berdegup pantas..aku berisgtifar banyak2..ingat Allah.

    Dan kemuncak baran aku tetiba muncul..aku akhirnya tidak boleh mengawal lagi..Yup, aku hempas pda aku ke lantai dan tumbuk pintu..”Bumped” budak2 rumah terkejut…aku tutup pintu dan sandar pada pintu supaya takde sape boleh open pintu tu..Tangan dan badan aku mula sejuk..aku tgk tangan aku pucat dan menggigil..Ya Allah, aku pejam mata..Yup, pda aku berkecai..tangan aku bengkak dan ada sedikit darah..

    qzhd22w82g2fgelzpcka Control Your Anger

    Erm sedikit bengkak, but 3 jari aku tak boleh digerakkan

    zfezpy8rgrg6qhgkq4wz Control Your Anger

    Aku gunakan camera laptop cikai aku jadi kalian akan nampak tidak berapa jelas

    Aku tundukkan muka sampai satu masa aku rasa lega..Ya lega merosakkan pda satunya2 alat komunikasi yg aku ada buat masa skang..Then, tgn aku bengkak dan sakitnya..huhuhuh..but last segala yg terkumpul dlm hati kurang parahnya. So ini bukan cara terbaik kawan2..aku adalah contoh yg bangang disebabkan “itu” aku meradang…buat “dia” so akhirnya fhm dan mengerti mengapa parent aku dan sibling yg lain sgt berhati-hati dengan aku..Aku pernah punched muke seseorang hingga pecah hanya kerana “mengejek” nama abah. Aku pernah menumbuk seseorang kerana “memaki dan menghina” kawan aku semasa di sekolah menengah. Bukan kerana aku samseng, but action speak louder than mouth. So, skang korang mesti susah nak contact aku..Yup, simcard aku juga dah rosak..

    anger management

    Setelah process cantuman balik yg gagal

    j0dn5ao3x02qq2sxhe96 Control Your Anger

    Nampak tak cermin pda aku yg pecah ni..lampu dah tak nyawa, sim card rosak

    Untuk “dia” maaf sbb ko sendiri tahu aku tidak bersifat mcm tu. So, semoga ko ingat suatu masa nanti bile aku dah jauh. Pintu tu jadi saksi kesakitan hati aku ini.

    Posted on 3 July '08 by catzer, under True Life, blogger, webmaster. 9 Comments.

    Webmaster is Super M

    super webmaster

    Ok, nak marah pasal aku tak updated blog ni..ok marah cepat..Minggu lepas mmg superb busy aku kena berulang alik ke KL dr hari Rabu hingga Jumaat. Erm meet up with kawan yg tak pernah aku cuma mcm blind date erm tp aku tahu muke dia mcm mana dia jerk yg tak kenal aku..kekeke..Aku bawak bodyguard pergi bersama..Yup, Ahib..thanks sbb teman aku selama 3 hari tu but ko tahukan berapa harga ilmu yg telah ko sedut perlahan-lahan tu..Jgn telan sume kang tercekik aje jadi keje aku menjawap ngan parent ko nanti. Kami merempit bersama menemui kawan aku dr Belgium, erm kebetulan dia disini untuk beberapa hari. So aku amik kesempatan untuk sembang-sembang secara offline di Starbuck Bukit Bintang selama 3 hari tu. Thanks kawan, ko mmg superb friend even aku ckp bahasa ayam dan ko cakap bahasa itik..

    So, baru jerk plan nak rehat hari sabtu tu..aiyak my “kawan lelaki” telah di sengat tebuan dan kena tahan di wad selama 2-3 hari. Thanks Allah dia takde apa2, actually mamat ni mmg allergy ngan bisa tebuan so effectnya mmg teruk, low blood pressure secara mendadak. So, weekend aku hanya lepak di Poliklinik Salam, Seksyen 19 dekat ngan rumah aku gak. Baiknya “kawan perempuan” mcm aku ni..kui kui kui. So semlm just tunggu dia discharge dari wad dan pi settlekan few tasks yg sepatutnya dilakukan semasa weekend. Great dia dpt mc 3 hari..i also want mc..But erm..self-employed so no need mc..

    Today, aku wake up little bit late..gosh,ada meet up ngan sorang uncle ni aiyak..sudah bgn lewat tak berani nak call dia..So takperlah nanti aku sms balik. Not easy to become femes person ni tau..uwek..

    Ops, tgk title aku kali ni “webmaster is super M” , M tu boleh di klasifikasikan dgn apa sahaja. So yg sesuai utk aku ialah M itu malas, M itu Money, M tu Makan, M tu Meggi..Erm yg pastinya kali ni M itu utk Menang. Yes, bulan ni bermula dgn bunga-bunga yg cantik apabile aku “menang” dua competition.

    Tukang Komen Terkejam
    Erm dpt sehelai t-shirt ok apa..Actually tak plan pun nak jadi antara tukang komen paling kejam disitu tp oklah..Thank bro Zaki.

    Pakar Review Blog Paling Cute
    RM50, aku dah dptpun then dah buat byr renew domain dan beli domain baru..Thanks Yakuza.

    Erm, so bile lagi aku nak buat pertandingan utk blog ni..kekekekek..Biarlah Rahsia kang tetiba dpt sebiji kete dr aku so jgn terkejut plak..kiranya korang pemenang dlm pertandingan invisible dekat blog aku..Kete mainan sudahlah..akupun pakai motor jerk.

    So cara paling smart utk tingkatkan visitor ke blog korang ialah dengan menganjurkan pertandingan sebegini. Ya, kalau korang tak percaya tanyalah mereka.

    Posted on 3 June '08 by catzer, under True Life, blogger, webmaster. 10 Comments.

    Webmaster, Blogger, Engineer or Whatever

    CHEMICAL ENGINEERING

    Mlm tadi aku tido awal, bukan sengaja nak tido awal tp mmg tak boleh nak focus ngan job servis blog aku. Aku call mak mlm tadi, dan percakapan selama 25 minit 38 saat ( aku tgk meter kat phone masa letak gagang) mmg sedikit sebanyak membuatkan hati aku tak senang lenang spt beberapa bulan yg berlalu. Buat pertama kali dalam hidup aku selepas bergelar penanam anggur, mak bercakap pasal keje. Ya, keje yg tetap, yg dibyr gaji bulan2, yg ada socso, ada EPF, ada tatacara dan pelbagai lagi. Dia tahu aku mmg memperolehi pendapatan sebagai seorang blogger dan newbie webmaster tp biarlah pendapatan tu sebagai keje part time dan bukan my full time income. Tak layakpun lagi nak reach title Full Time Blogger tu akhirnya “Majlis Tertinggi Family” bersuara selepas hampir 2 thn berdiam dan memberi muke pada aku.

    “You’re the skillful daughter in our family and never complaint much on any problem face by you. But, please find “any job” for your future. Leverage your income, even you need to sell something at Pasar Malam. You can walk alone and learn, from our experiences you can be more successful than your elder sibling. Quit helping others, focused on yourself especially your dream. You don’t have money, but you still happy. But if you got no accomplished dream, you’re nothing.”

    Pagi ni aku tak berapa sihat, perut aku sakit, kepala aku pening dan jantung aku pun rasa kurang stabil..I’m Stress..Takperlah dah lama Mak tak ckp apa2, dah lama abah bg muke. Aku jerk yg terlupe sume tu kerana aku rasa cukup dgn apa yg aku ada skang, aku terlalu gembira buat “keje amal” sampai aku lupe impian sendiri. Aku nak nangis masa bercakap dgn Mak dan abah but i’m pretended like “tough” and let that tear gone slowly. Mak tak marah, abah sikitpun tak kuarkan kata-kata yg menguris jiwa..Kami gelak-gelak tp itulah ada point yg membuatkan aku tak mampu mengatakan “Tidak”. Bukan duit yg mereka sogokkan pada aku tp dr segi pencapaian. Dlm hampir 2thn ini apakah pencapaian aku sebagai seorang blogger dan webmaster. Mereka mmg arif dgn sikap pemalas aku dan sudah tiba masanya aku di kejutkan dr sikap tersebut.

    Kengkawan yg dihormati, jika ada ruang keje kosong area Selangor pleaselah refer2 kan kat aku. Erm honestly, my parent nak ilmu chemical engineering ni di manfaatkan. Thanks kengkawan yg baca blog ni, aku tetap akan jadi blogger..But dalam rahsia..Bukan parent aku tak suke, mereka support aku nak jadi apapun even keje cikai2..janji aku ada pencapaian..Ya, achievement. Pencapaian selain dr dunia online…itulah bunyi paling menyenangkan.

    Posted on 8 May '08 by catzer, under True Life, webmaster. 41 Comments.

    Webmaster Blog - Quality or Quantity

    port dickson

    Beberapa hari tanpa post apa2 disini disebabkan kesibukkan aku menyelesaikan beberapa client untuk service blog aku. So, lega sedikit kerana blog client aku tu dah hampir siap 90%. Bukan senang untuk melakukannya kena byk bersabo especially bile mereka2 ini dtg dr non-IT background. Walaupun lambakan webmaster blog yg mungkin ada yg berkualiti atau cukup untuk menambah quantity sedia ada namun lumrah insan takde masa nak explore apa yg webmaster-webmaster itu ingin ceritakan hatta penulisan dlm bahasa ke 2 yg mungkin agak pusing kepala untuk ditafsir oleh segolongan insan. Jadi berikutan itu aku dgn hati terbuka membantu client aku ini sebaik mungkin, semoga dia berpuas hati selepas 2 sesi consultation bersama aku.

    Sebelum ini aku pernah memberikan love link kepada beberapa blog yg aku terjatuh cinta semasa berlayar di internet ini, so hari ini aku temui satu site yg pada aku ada gah dan sedikit pincang. Aku tak pasti apa niche blog tu nak kata personal blog seperti tidak adei tp penemuan blog tertentu mmg menghairahkan. Betul tak? So, blog yg berdomainkan Kabel Duit dgn tag Bukan Sekadar Menjana Kewangan bunyinya agak menarik sekali..Kalau mengikut kefahaman aku ayat kabel itu sendiri menunjukkan pengantaraan yg kuat antara dua dimensi. Namun blog ini bukan semata-mata bercakap pasal penjanaan kewangan, syukur at least aku tidak perlu burned otak aku dgn ayat2 kewangan. Kenkadang super bosan mendengar term2 begitu sejak 2-3 thn ini. Jujur aku tidak suka pada iklan2 yg terlalu byk di mana2 blog sekalipun, aiyak ko punya tag bukan sekadar menjana kewangan itu ada sedikit konspirasinya. Maaf jika aku suke menikam perasaan org, tp tag adalah kata-kata cinta seorang blogger terhadap blog miliknya. Erm blogger pun bercinta ke..aiyak..aku mmg suke buat istilah sendiri..ampun2.

    Ops, pemiliknya yazuka666..nama yg agak gah juga..yakuza..kekekke..teringat cerita Jepun plak. Sygnya aku masih tidak berkesempatan untuk keluar dating ngan mamat ni kerana lokasi yg tidak strategi. Ehem, aku bukan playgirl tp tak salah kalau berdating sesama blogger, makin masyuk. Anwar aka yakuza666 bile turun shah alam jgn lupe belanja aku erk. Blog kau tukarlah warna lain plak, warna biru muda tu nampak mcm mamat bunga pun ada, besarkan lagi apa yg patut..kekekekek…Lagi satu tak boleh buang ke header blogspot tu? Aiyak aku mmg tak boleh diberi chance lebih2 habis aku komen yg bukan2, mcm bagus jerk..padahal aku skang agak busy dlm process nak transfer domain ni ke hosting baru. Ya, cari rumah lagi besar senang aku nak buat kenduri pelbagai jenis post..

    Posted on 2 May '08 by catzer, under Jana Duit, Servis, blogger, webmaster. 19 Comments.

    SEO YOUR BLOG WITH TAG

    SEO YOUR BLOG WITH TAG

    seo with image

    Salam kengkawan..yup aku kembali semula setelah sedikit emergency 999, syukur nenek kesayangan kami masih bersama kami. Actually aku tak balik kampungpun but just standby, itu pesanan parent aku. Nenek aku dah nazak sbyk 3 kali seingat aku lah, pertama kali thn 2005, then hujung thn 2006 dan sekali lagi pada tahun ini. Jadi kami sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan..

    So, sekembalinya aku memblogger semula, aku terpaksa menelan 57 spams dan tanpa aku sedari hosting pun sudah habis storage..adei, mungkin aku akan tukar hosting kerana tak mampu nak membayar hosting yg agak mahal skang. So, tunggulah nanti..Aku tak dapat buat byk perkara disebabkan kuantiti storage yg sudah berkurang..huhuhuhuh

    So, kat sini aku ingin melangsaikan hutang TAG dgn beberapa rakan yg tidak dpt aku tunaikan minggu lps..erm kalian sedia maklum aku kureng ngan TAG tp love PING. Tp aku tahu kita mmg selalu dpt benda yg kita tak suke kan..kekeke..Takperlah demi menambah kepoweran seo untuk blog wordpress ni aku dgn rasminya mereply TAG dr Amirol:-

    Syarat:
    1. Tak boleh cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
    2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
    3. Tempoh tag berakhir 27 April 2008.

    5 PERKARA PERTAMA DALAM HIDUP CATZER:

    1. Pertama kali aku kenal subjek science iaitu physic,biologi dan chemistry adalah semasa aku buat pra-sains di Kolej IKIP, Kuantan. Sejujurnya aku merasakan subjek2 ni mmg killer sbb aku mmg super Budus..Then sambung Diploma pun diploma sains..so skang ni subjek2 tu aku boleh katakan agak pro..erm kalau blogger kita panggil problogger..so aku pro-science..(mcm bagus jerk)

    2. Pertama kali aku membela seekor kucing ialah pada thn 2005, actually aku mmg kureng ngan haiwan berbulu ni tp itulah tuhan nak tunjukkan kita jgn sombong ngan makhluk lain..so Allah bukakan pintu hati aku pada Fify..so aku baru tahu betapa ciptaan Allah ini sgt2 chomel…kui kui kui

    3. Pertama kali aku pakai kebaya ialah semasa pra graduation di Kolej IKIP, itupun baju pinjam…kui kui kui..but semua org tahu aku allergy ngan baju kurung dan seangkatan dgnnya..

    4. Pertama kali aku bekerja dgn organisasi selain dr kedai mkn family aku ialah selepas SPM, keje sebagai sales assistant di Parkson Subang Parade hampir setahun..gaji..huhuhu..cukup2 mkn jek

    5. Pertama kali aku berblog, aku beli domain “catzer.com” dan host di sempoihosting..tanpa mengerti apa itu cpanel..etc..so cool.

    So, seperti biasa…Maaf im not a Tagger..

    Posted on 16 April '08 by catzer, under True Life, tag and ping, webmaster. 26 Comments.

    Check SERP

    Check Your Site SERP

    checkSERP

    Adei, beberapa minggu ini aku mmg agak busy. Almaklumlah minggu lps begitu busy berkempen PRU 12, memandangkan lokasi aku sekarang di jajahan pimpinan PAS dan PKR aku tak punya komen apa2 sbb aku tidak mengundi di sini. Sekali lagi adei, bile minggu lps juga fify telah aku htr surgeon utk membuang sistem peranakan dia. Ramai yg mencemuh aku mengatakan aku kejam, biarlah sbb Allah tahu apa yg aku buat ini dgn niat yg jujur dan betul. Fify skang tidak murung seperti dulu, bermain gembira dan manja. Apa yg penting sekarang aku perlu pastikan berat badan dia naik semula, terlalu kurus untuk kucing yg dah berumur 2 thn.

    Sebagai part time blogger aku terasa bahang yg sama seperti pokcik Azwan, tiada masa untuk update blog ni hari-hari. Aku hanya berkesempatan menghalau spammer-spammer dr blog ni sahaja tetapi untuk mencetuskan idea post yg gah lagi bergaya aku tidak mampu. Sedikit kesian pada pembaca-pembaca setia blog ni, maaf sesangat kenkadang aku mmg busy utk mencari sesuap nasi. Maklumlah aku seorang bujang yg tinggal jauh di perantauan, ada rumah utk dibayar, ada motor perlu diberi minum minyak, ada kucing dan kura-kura yg perlu aku bg mkn 3x sehari, ada pelbagai utilities bil yg tersergam indah namun segan utk aku pandang dan yg pasti ada blog yg semakin bersawang yg perlu aku bersihkan selain dr blog ini…kekekekek

    So, setiap pemilik blog mesti mempunyai keyword sebagai identiti pada blog masing2. Kebanyakkan keyword ni mampu di jual di kemudian hari. So, sebagai blogger yg mengejar kedudukan di SERP untuk keyword-keyword tertentu aku selalu membuat cubaan menggunakan blog ini. Erm permainan SEO merupakan game yg paling aku gila-gilakan namun aku tahu batas-batas yg tidak patut aku rempuhi.

    Disini aku pecahkan sedikit ruang untuk kalian mudahkan pencarian SERP untuk keywords kesayangan. Check Serp membolehkan kita mendapatkan kedudukan Alexa Ranking dan kedudukan SERP utk site kita di carian search engine.

    Untuk keyword “newbie webmaster” blog ini mendapatkan ranking SERP yg baik, berada di page1 dan ke 2 dlm senarai search engine. Malangnya tiada publisher yg berminat dengan keyword tersebut. Alexa ranking aku yg juga buruk, 240,074. Adei,bile mahu turun bawak 100k ni..

    p.s - kengkawan blogger sekalian yg mengenali bro BadrulZamani, dia skang berada di HUKM menerima rawatan “downsizing”. Sesiapa yg berdekatan tu bolehlah melawat dia.

    Posted on 12 March '08 by catzer, under Internet, webmaster, wordpress. 9 Comments.

    Kejiranan Webmaster

    Kejiranan Webmaster

    myip

    Webmaster, sesungguhnya sudah arif at least mereka-mereka ini memiliki lebih dr satu weblog dan website. Jika seorang webmaster mereka biasanya paling tidak punya 2-3 website itu paling sedikit tau. So, adakalanya kejiranan ini yg tidak pernah kita nampak, maklumlah alam maya mana boleh skodeng apa jiran tetangga buat. Hatta, dunia nyata sekalipun berjiran namun tidak pernah kenal..kekekeke

    So, di kesempatan yg sedikit ini (aku mahu pulang ke rumah selepas menstim rambut aku)..kekeke..aku ingin sharekan sesuatu yg menarik. Kenalilah jiran-jiran2 anda,mungkin dlm satu kawasan perumahan anda itu seorang atau dua atau tiga otai webmaster duduk di kawasan kejiranan yg sama. Tak percaya?

    So, aku heret kalian semua ke site yg telah membocorkan rahsia pemilik-pemilik real estate maya ini. Moh kita semua ke myIPneighbors. Aku amik contoh site newbie webmaster ber url :

    http://www.catzer.com

    so just masukkan nama domain catzer.com, walla…semua jiran-jiran yg tidak pernah aku kenal tersenarai. So,selama hampir 2 thn aku berjiran dgn hampir 400 real estate milik webmaster-webmaster yg lain. Cool kan

    Posted on 25 February '08 by catzer, under Internet, Komputer, webmaster, wordpress. 22 Comments.

    Tutorial Install WP ke Subdomain

    Agak sukar untuk menolak permintaan dr azhar dan chot lebih-lebih lagi mereka berdua spt abg aku sendiri..chewah..hehehe..oklah abang2 yg macho..aku sanggup bersengkang mata utk buat tutorial ini kepada sesiapa yg berminat. Sebenarnya aku mahu buat post ttg kunjungan kami sekeluarga ke Teluk Kemang sabtu lps tp alkisah post itu akan memakan storage aku yg sedia ada tinggal sedikit ni.

    Kepada reezluv sori beb aku masih terlalu jauh untuk menjulang title webmaster hatta aku sendiri masih terpinga-pinga bersama wordpress meskipun platform ini merupakan padang sasar aku sejak kali pertama mengenali istilah blogging. Aku tetap seorang newbie webmaster sehingga satu saat dimana aku bosan dgn title tu baru aku menggila mengejar title webmaster plak..kekeke..doakan aku cepat-cepat bosan erk.

    Disini aku dgn beraninya menggunakan cpanel 11 dr sempoi hosting. Hosting pertama yg aku beli hak milik Shuth pengasas forum Wangcyber. So camne nak login cpanel, nak cite gak ke? Malas aku ko pi tanya pakcik google..

    oklah step-stepnya ialah:-

    1st step:
    login to cpanel control, contoh http://www.catzer.com/cpanel : masukkan username dan password.

    2nd step:
    Cari dibhgn domain–> subdomains–> ‘klik subdomains’—> masukkan nama extension subdomain yg diingini.

    subdomain

    eg: blog.catzer.com

    then klik CREATE

    blog.catzer.com has been created!

    klik go back jika anda ingin melihat senarai subdomains yg telah di ‘create’

    createsubdomains

    3rd step:
    Pergi ke home semula (muke depan cpanel), pergi ke software/service–> fantastico de luxe

    fantasticodeluxe

    Then dr fantastico de luxe—>wordpress tu.pilihkan new installation:-

    wordpressnewinstallation

    4th step:
    Semasa memilih installation location pastikan anda pilih ‘install on domain’ : subdomain yg anda create tadi, utk tutorial ni aku dah create subdomain : blog.catzer.com. Then yg lain2 tu isi lah seadanya mengikut selera masing-masing then klik

    INSTALL WORDPRESS–>FINISH INSTALLATION

    install wordpress to subdomain

    So settle dan korang bolehlah berblog dgn subdomain baru, then jika berlaku masalah 500 internal server error spt yg berlaku pada aku skang, puncanya ialah aku terlalu byk kali create dan delete subdomain…kekekeke..Ianya telah menyebabkan .htaccess file aku dah corrupted dan syntax error. Cara-caranya bleh tgk kat blogjer,erm serius aku dah ngantuk tahap cipan ni kang salah informasi plak. Habislah title newbie webmaster aku..ehehehe

    Ops, terlupe nak inform dr segi seo folder lebih baik dr subdomain. Subdomain akan di treat sebagai domain baru oleh search engine. Berbanding folder, search engine melihat blog baru anda meggunakan folder sebagai satu blog yg sama dgn blog di root domain. So segala seo yg telah anda bina di root domain akan sedikit sebanyak disalurkan kepada folder. Contohnya PR,Alexa,etc. Erm,so sbb tu korang tgk aku takde pakai subdomain utk mana-mana blog aku. Tp tak salah gunakan subdomain jika korang mahu miliki 2-3 blog yg berjaya sebagai entiti yg berbeza.

    Okies, apa lagi yg kalian mahu tahu ttg wordpress silalah tinggalkan comment disini. Takpun aku mengalu-alukan kalian ke forum wordpress malaysia.

    Posted on 20 February '08 by catzer, under Internet, Tutorial, blogger, webmaster, wordpress. 29 Comments.

    Tutorial Add-on Domain

    Erm sedikit terkeliru dimana aku harus mulakan post ni. Aku mengalami masalah kekurangan idea beberapa hari ini mungkin kerana terlalu penat. Aku teringin utk pi tgk wayang tp hakikatnya di Shah Alam ini tiada panggung wayang. Jika mau kena pi Jusco Bukit Raya, dr rumah aku ke JJ aduhai sudah terlalu jauh skang ni. Jadi aku masuk ke cpanel melihat apa2 yg patut aku ketahui. Ops ada beberapa domain yg terbiar bersawang. Ya, aku sudah lupe aku punya add-on domain yg lain pada hosting yg sama.

    So, meskipun saat ini aku sedang rancak melihat video di site ke 2 terglamer di dunia. Namun hati aku juga teringin utk membuat tutorial macam mana nak add on domain ke hosting yg sama. Itu bermaksud anda beli domain di tempat lain spt namecheap,godaddy atau enom. Then kita mahu host domain tu di hosting sedia ada..Erm,seorang rakan yg baik hati meminjamkan aku cpanel untuk menunjukkan mcm mana add-on domain dilakukan.

    1st step:
    Pastikan korang semua dah beli domain dr salah satu domain provider yg aku listkan. Kalau tak reti camne nak beli bleh lah tinggalkan komen kat sini. Mana yg dah reti proceed terus step 2.

    2nd step:
    Slps bayaran domain provider akan htr email domain information.Then kat hosting setting benda paling penting yg korang semua kena tahu ialah DNS setting yg diberikan semasa korang sewa hosting tersebut. contoh:

    ns1.hostingaku.com
    ns2.hostingaku.com

    Kalau korang tak tahu apa DNS setting korang, bleh tanya pemilik hosting provider erk.

    3rd step:
    Login ke akaun anda di domain provider, contoh aku amik kat site namecheap sbb namecheap setting dia userfriendly and takde fees pelik2:-

    login to namecheap account—>manage domain—>’select your domain’—>then klik kat domain name server setup.

    addon domain setup

    4th step:
    Masukkan DNS setting kat kotak tersebut,kadang-kadang dns kita berlainan, contohnya mungkin dns host tertentu bermula dgn ns3,ns4..apapun just masukkan pada kotak no1 dan no2 mengikut susunan ns nombor. Kalau lps masukkan susunan ns tu mcm lari contoh tetiba ns2 masuk kat kotak 1 dan ns1 masuk kat kotak 2.Itu normal berlaku jgn gabra erk.Then klik save change. Done, then tunggu domain tu propagate. Please note that it will take up to 24 hours for the changes to take effect. Sebenarnya biasa amik less than 10 minutes jerk.

    dns setting

    5th step:
    Masuk ke dlm akaun cpanel hosting anda, contoh disini aku amik hosting planhoster. Kekeke, promote skit hosting yg aku dok suke guna ni.

    pergi ke add-on domain—>isi semua information needed–>klik add domain!

    add on domain

    So settle domain korang as long as dah propagate,akan terlist di bawah senarai add-on domain sedia ada.

    Posted on 19 February '08 by catzer, under blogger, webmaster, wordpress. 15 Comments.

    Webmaster Branding

    huh,mana post baru..kemana pergi newbie webmaster ni ckp nak buat byk lagi tutorial pasal wordpress..Oh, sorry kengkawan aku dah seminggu lebih batuk dan selesema jadi segala idea skit terbantut. Erm, lebih sadis aku baru jerk pindah ke kawasan perumahan baru dan internet mungkin akan diaktifkan dlm 3-4 hari lagi. So, lokasi aku skang di Pak Li Kopitiam Seksyen 18, Ole-Ole.

    Bulan Januari yg lps aku gagal menjadi top komentator untuk blogjer tahniah pada Raymond yg agak kritis dgn isi Law of Attraction dan Aizat yg tgh bergembira bersama t-shirt Low Yat. Kebanjiran blogger pada tahun lps skit sebanyak menjadi punca aku mula rajin berblog..yup trend ini aku selarkan sebagai webmaster branding. Suke hati aku lah nak labelkan apa kan since labelling itu tiada isu hak reka cipta.

    14 Feb valentine, argh..Jgn gatal2 nak sambut kerana ianya merupakan sambutan kepada kekalahan tentera islam pada masa itu. Pada tarikh yg sama adik aku boboy lahir dan sadisnya kami mmg dgn sengaja tidak pernah meraikan hari lahir dia..Kejam, tetapi menyeronokkan bile tgk dia pun buat tak kisah.

    Erm, sebenarnya aku nak ceritakan mcm mana kalian mahu add-ons domain menggunakan wordpress tp serius punya malas sbb o9 di kopitiam masa jadi limit dan aku juga kurang focus dek kebisingan org2 yg tgh mkn mlm. Namun, takperlah aku berminat utk bercerita ttg webmaster branding..Actually webmaster juga merupakan satu brand name yg agak tersohor dgn keupayaan di luar jangkaan. Apakah kelayakan untuk menjadi seorang webmaster? Erm, dan perlukah kita mencipta webmaster branding tersendiri? Erk, jawapannya tanyalah pada diri sendiri. Webmaster branding sememangnya perlu bukan sekadar untuk membentuk satu aliran network tetapi juga untuk melabelkan diri kita sendiri di mata insan lain.

    Erm, satu lagi sebab kenapa perlu membrandkan diri sendiri, supaya takde isu ciplak..muahahahahah

    Actually aku sedikit bengong kerana gaji aku bulan ni masih tidak float dlm akaun maybank aku..itu bermakna aku semakin sengkek dan perasaan pokcik tetap aku rasai juga.

    webmaster brand

    Posted on 4 February '08 by catzer, under Internet, Teknologi, webmaster, wordpress. 19 Comments.