Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'Uncategorized'

    Takziah

    Subuh tadi seorang rakan sekelas saya telah kehilangan bonda tercinta, iaitu saudara saipudin. Saya mendapat sms dari rakan sekelas, afdzan pada pukul 7.26 am.

    Jadi kepada pengunjung blog ini, marilah kita sama2 membacakan al-fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmah.

    Al-fatihah.

    p/s - kematian itu adalah janji Allah.

    Posted on 29 November '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    7 Ayat Penting amalan harian

    Untuk renungan semua.

    Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

    1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

    2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

    3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

    4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

    5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

    6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

    7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa


    Posted on 28 November '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Aku Takut Darah

    Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

    DARAH O

    Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

    Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

    DARAH A

    Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
    (more…)

    Posted on 27 November '06 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Persahabatan - Pekerjaan

    hari ini aku beranikan diri call dia..Mungkin di kalangan kawan2, masalah kami seperti sudah dpt di hidu. Ada yg beri nasihat supaya buat seperti tiada apa2 yg berlaku. So, aku call opis dia then just nak tanya dia nak pergi tak kenduri kawin Pai 2hb ni..Jawapan simple, tgklah kalau takde apa2 pergilah..tak bleh nak janji..takut ada hal plak last minute..Akupun ckp oklah dan dpt rasakan seperti mmg dia tak rasakan apa2pun. Ketika aku berckp dgn dia rasa mcm bercakap dgn org yg takde perasaan pulak..

    Aku letak telefon dan termenung sekejab…Mungkin betul kata aidah - mungkin itu cara dia utk menyesuaikan diri dgn keadaan sekarang, kita sebagai kawan kena terima semua tu. Saat2 mcm ni aku berdoa agar aku cepat dpt keje..dan betulkah pekerjaan akan buat org berubah sampai sebegitu sekali..Kenapa dlm beratus-ratus kawan aku yg bekerja hanya dia seorang yg berubah sehingga terasa kami terlalu asing. Seperti org yg tak di kenali.

    Aku mmg tak akan berbuat apa2 lagi utk persahabatan ini..Sbb itulah yg dia mahu. Sesiapa yg memiliki sahabat..hargai mereka selagi persahabatan itu berharga..

    Posted on 22 November '06 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Meniti hari sebagai ‘Penanam Anggur’

    Ini adalah minggu ke tiga aku menjadi ‘penanam anggur’..then kerana khamis lepas aku accident, so minggu ni lebih kepada minggu menyembuhkan diri..
    hari ni pagi2 aku dikejutkan oleh fify “mummy, bgn nak mkn”..tetapi kerana aku mmg ngantuk gile, aku buat bodoh dan tutup muka aku ngan bantal dan buat2 tak dgr. Bila aku terjaga aku tgk fify tgh tido kat atas bantal aku sambil bermuka malas..Aku kemaskan tempat tido dan diapun sibuk bgn dan beralih tempat tido ke ruang tamu.

    Aku on computer, dan chatting ngan aidah (x-housemate) sampai ptg..Then tetiba hujan dan ribut petir..aku sign-off, tutup com..Fify berlari kesana-sini ketakutan..haha..padan muke dia..

    Aku bentang comforter dan sambung tido sampai hujan reda. Housemate aku masak hari ni, so aku tumpang mkn dan tolong cuci pinggan mangkuk. Lps tu bergegas keluar dating.

    Balik dari dating, fify dah bising2 nak jumpa daddy dia..so, lps daddy dia balik..sibuk ajak aku main2 ngan dia..waktu siang keje membuta jer, mlm baru sibuk nak main…Tension sungguh aku…Nak buat mcm manakan..dia kucing mmg rutin hidup dia mcm tu..

    Posted on 20 November '06 by catzer, under Uncategorized. 1 Comment.

    Pesanan Semasa Mendengar Azan

    Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

    Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  ”Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”   Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan  berkumandang.Sebagai  orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  ”Lailahaillallah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.   “Ya Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri  kami.  Amin..  amin.. amin  Yarobbal a’lamin..”

    WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

    Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
    1)   Jujur dalam berkata-kata.
    2)   Menjauhi segala yg haram.
    3)   Merendahkan diri.

    Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
    1)    Merahsiakan ibadahnya.
    2)    Merahsiakan sedekahnya.
    3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

    Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
    1)    Takut berlaku dusta dan keji.
    2)    Menjauhi kejahatan.
    3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

    Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
    1)     Mengawasi dirinya.
    2)     Menghisab dirinya.
    3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

    Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak  derma  masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untuk memasukinya.

    Posted on 19 November '06 by catzer, under Uncategorized. 1 Comment.

    Selamat Datang ke Selamba

    uikh..kiranya..dah masuk 3 minggu aku menjadi penanam anggur setia kat Malaysia ni. Semua budak rumah aku pergi keje dan aku mmg bosan gile..nasib baik ada internet dan motor aku..kalau bosan blehlah merempit kemana-mana yg aku suke.

    Setelah 4 thn aku amik degree mcm nak gile..akhirnya..aku berjaya grad dgn result yg tak seberapa..

    Sebab aku dah takde keje nak buat..aku blogginglah dkt blog kepunyaan aku ni..sambil2 buat bodoh..

    Posted on 14 November '06 by catzer, under Uncategorized. 1 Comment.