Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'Uncategorized'

    Kebakaran di Blok 9

    Sebenarnya kejadian ni berlaku pada 9hb lepas. Tp aku tak sempat dlm erti kata yg sebenar malas nak upload dan tertangguh berhari-hari.

    Kejadian ini berlaku dalam pukul 6.30pm, waktu tu hujan agak lebat gak dan kilat yg sgt kuat telah menyebabkan litar pintas di 2 buah rumah di sayap kiri bangunan blok aku duduk ni. Aku tinggal di sebelah hujung sayap kanan.

    Sebenarnya sewaktu kilat tu aku tgh syok2 main game, fify terkejut dari tido tp aku control2 macho tunjuk berani. Tetiba kedengaran macam kesesakan jalan raya yg teruk di hadapan jln ke arah klang depan rumah aku ni. Tp aku sedap makan kepak ayam sambil main game. Tetiba kedengaran bunyi siren bomba dekat gile di telinga aku.(ish, nak mkn pun tak syok).

    Aku mengendap di luar tingkap, mak ai ramainya makhluk allah diluar. Aku pun nak menyibuk jugak turun menyertai yg lain. Aku tanya diaorg kenapa, semua tak tahu tp ada gak yg ckp ada kebakaran. Tak nampakpun asap, hehehe..bomba dah sedutlah..lambat sgt aku ni. Keadaan kurang dramatic aku naik amik camera snap skit2 dan sambung main game. Ops, dgr cerita bomba terpaksa mengangkat kereta2 yg menghalang laluan mereka. Itulah masalahnya bile parking kereta sesuke hati, menyusahkan org lain bila berlaku kecemasan.

    fire1ek2 Kebakaran di Blok 9

    fire2aj9 Kebakaran di Blok 9

    fire3gu4 Kebakaran di Blok 9

    fire4ey3 Kebakaran di Blok 9

    Picture-picture ni aku snap dlm keadaan ingatan aku adalah pada kepak ayam. Aku berdiri dekat bahagian koridor rumah. Nak turun amik picture yg lebih menarik rasa malas dan rimas kerana terlalu ramai org yg berhimpun di situ. Lagipun adegan dramatic yg aku selalu terbayang-bayang (akibat pengaruh tv) tidak berlaku.

    Posted on 11 February '07 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Computer crack lagi!!!

    part ni buat jantung aku berhenti berdegup sekejap..apa telah berlaku??? aku tension..aku tekat button on byk2 kali..aikh…screen blank..terus aku jerit panggil wayer…wargh…

    so..hari ni mood aku kurang baik, lepas bertungkus lumus membetulkan balik apa yg patut..aku terfikir…kenapa aku tak beli external hardisk..herm..satu benda yg aku wajib ada..

    aku takde idea..seperti kepala aku jugak dah blank..nasib baik aku tak berada dlm bilik peperiksaan..kalau tak..mmg repeat paper lah aku..

    Posted on 28 January '07 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Kenapa Begini? Entah..

    beberapa hari ni mata aku tak lelap utk tido, kadang2 kerana takut bersendirian di ruang tamu aku paksa diri utk tido. (takut pada unsur2 alam yg lain)..Tadi wayer tanya bile nak pergi tukar tayar motor, jawapan ringkas..takde duit lagi..tunggu dulu..Hampir seminggu motor aku tersadai tidak berganjak dr parking motor. Tayar belakang tu aku pakai dah 2thn rupanya aku tak tukar..sudah cukup uzur..

    lepas rileks2 sekejap telefon emak, emak di rumah jiran ada kenduri sikit..riuh sungguh..tp aku terlalu sunyi di sini..Diluar awan begitu gelap dan guruh kedengaran, aku angkat baju di ampaian..sedikit gusar kalau baju akan jadi ’superman’ nanti.

    Aku sedikit diam sekarang, malas nak berdiskusi dengan sesiapapun..hati aku tenang bagaikan tiada apa yg perlu difikirkan..cukuplah pening kepala dan sakit hati menanti panggilan interview, cukuplah segala masalah yg melanda, cukuplah utk hari ini aku rasa lega..adakah aku terlalu malas utk berfikir atau kepala aku sudah ‘reject’ semua perkara tu? Kenapa begini? Entah..aku tersenyum sendiri..

    Posted on 26 January '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Salam AidilAdha dan Tahun Baru

    erm..selamat hari raya aidil adha dan selamat thn baru cina. So, sempena thn depan aku kena berusaha lebih kuat utk capai impian aku.

    Aku balik lambat, pg raya baru sampai kot. Biasalah aku ni mmg kalau raya apa2pun selalu balik lambat skip buat2 keje penting..hehehe..tp raya puasa hari tu aku jadi rajin skit dari thn2 sebelum ni..

    Thn Baru, aku perlu cari keje..herm..nanti parent dan family aku risau..buat aku rasa tak selesa plak. Memang diaorg tak kisah kalau aku buat keje sendiri tp apapun keje full time tetap kena ada..yup..korangpun jgn membebel2 kat aku..aku tahu ttg tu, dan aku mmg tgh berusaha cari keje..tp mungkin takde rezeki lagi..so..wait and see.

    Oklah, aku doakan pembaca blog aku ni dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu. (pembaca blog aku je???Huhuhuhu..kejam sungguh aku ni)

    Posted on 30 December '06 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Internet dan Aku

    Seharian aku rasa bosan tanpa internet. Aku rasa mcm terlalu sepi sehinggakan duduk termenung dekat tingkap sambil tgk kenderaan lalu dkt jln menghala ke klang. Erm, akhirnya aku punggah brg2 lama dan belek2 semula. Paling best bile tgk pic2 lama semasa di jengka, aku tersenyum sorang2..so sweet lah memory kat sana..(except cite2 seram).

    Then, aku layan tido sampai ptg. Tetiba my brother call tanya balik kg tak raya haji ni. Mak dan abah nak balik johor tau..Tersentak sekejab dan aku duduk termenung, bulan lepas nenek aku masuk wad ICU then syukur umur dia masih pjg. Aku terfikir tinggal beberapa hari jer lagi untuk raya haji, if parent aku nak lawat parent diaorg aku redha ajerlah..Tp jgn request aku ikut sekali.

    Erm, lepas solat aku test internet masih belum pulih. Hari ni just offline job, kemas file2 kat hard disk, defrag computer aku, baca ebook2 yg aku ada, bla…bla..bla..

    Jam 0040 internet pulih kembali, syukur alhamdulillah..Perkara pertama aku buat ialah check email, check friendster, check apa2 yg patut..then lastly, update forum yg aku cintai ni..Thanks takde apa2 masalah yg berlaku. Aku boleh tido lena..

    Posted on 27 December '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Beli Perisian atau Muat Turun

    erm..BELI PERISIAN..

    Biasanya apa pilihan korang, beli atau download crack version? Aku tak dpt menafikan perisian2 di internet ni regenya mmg tak mampu utk aku beli. Lagipun setakat ni perisian yg aku betul2 guna sepanjang di alam maya ni hanyalah perisian microsoft office. Skang ni dah habis belajar dah kurang semua tu. Perisian yg aku selalu guna sekarang ialah Nvu(N-view) untuk belajar buat website paling senang(WYSIWYG) dan perisian tu PERCUMA.

    Then, since aku buat projek design, tgn aku terpaksa gatal2 guna perisian utk design seperti Photoshop. Aku mengaku dah 20X aku install dan uninstall program ni sbb aku mmg tak reti langsung pasal photoshop. Dan yg mmg biasa aku guna utk buka file pdf ialah FOXIT reader.(inipun percuma)..

    eh..tp bukan semua perisian yg aku pakai adalah FREE, even aku tak belipun its come by contributed something. Perisian apa??? Apa2 jerlah yg tak berkaitan ngan hidup korang.

    Posted on 23 December '06 by catzer, under Komputer, Uncategorized. No Comments.

    Apa Maknanya

    hari ni aku sgt penat sbb settlekan beberapa hal peribadi aku. Then, tiba2 kawan aku htr sms minta tolong belikan tiket utk dia esok. Aku call dan tanya dia ‘awak nak dtg sini, then suruh saya belikan tiket’…tak sempat aku habiskan ayat..dia balas ‘oklah takpe, kalau menyusahkan’. Mungkin nada suara aku tak tune betul2..IM TIRED..so,aku sms dia say sorry dan tanya pasal tiket tu..then dia boleh reply..’sorry salah pilih kawan untuk minta tolong’…huh..aku terpegun sekejap..Apa maknanya?

    Aku tak reply apa2 lepas tu, sbb malas nak fikir masalah org. Masalah aku bertimbun lagi macam buku2 kat rak aku tu. Terpulanglah, dari dulu dia fikir aku ni sebagai apa akupun tak tahu. Aku tolong ikhlaspun dipertikaikan, tak tolongpun di perkotak-katikkan.

    Kawan, apa maknanya kalau korang nak aku sebijik mcm korang/100% faham korang..itu menunjukkan korang tak ikhlas kawan ngan aku. Baik tak payah kawan.Aku tolak perasaan tu jauh2..Right now focus..Aku ada misi utk thn baru ni.

    Posted on 22 December '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Website Berguna untuk Kejuruteraan Kimia

    Aku jumpa website ni setelah kita habis belajar..tp ianya boleh menjadi reference pada kita yg malas nak buka buku dan nak mencari maklumat lanjut yg berkaitan dgn chemical engineering ni..

    Link ni berguna bukan sahaja pada chem.engineer, student chem.engine malah pada lecturer chem.engine juga.

    So..boleh layan gile2 ngan chemical engineering subjek kat SINI

    Posted on 9 December '06 by catzer, under Chem.Engine, Uncategorized. No Comments.

    Namaku Terpahat Di Seluruh Dunia

    hahaha..tajuk jer gempak..actually tgh dok syok2 tgk iklan hotlink yg menggunakan huruf dari bentuk bangunan tu, aku jumpa link yg menarik..So, akupun menggatalkan tgn aku..hehehe..

    memandangkan aku mmg suke main2..Alah..aku tahu korang mesti nak cuba gak kan..so cubalah kat sini..aku tak cite kat org lain punyer.

    Posted on 4 December '06 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Selamat Pengantin Baru

    Sabtu minggu lepas, aku dan bebudak rumah pergi ke segamat, johor utk menghadiri majlis perkahwinan kawan satu diploma dulu. Sebenarnya, ada 2 org lagi kawan kami yg berkahwin pada tarikh yg sama..Tp kami hanya dpt menunaikan satu jemputan sahaja.
    Apapun SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Faizah Halida, Nor Rizan Osman dan Yusfalina Mohd Yusof.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

    Kepada kawan2 yg lain, jgn malu2 utk mengundang aku menghabiskan nasi minyak kenduri korang.

    Posted on 4 December '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.