Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'Uncategorized'

    GayaRuangKepelbagaian Live Now!

    GayaRuangKepelbagaian” Blog milik chot ni mmg dah lama aku nantikan utk di up sepenuhnya oleh pemiliknya yg chomei tu..dgn kete vios nya yg macho. Mengapa aku cintakan chot dan blog milik beliau. Actually gayaruangkepelbagaian mmg mempunyai satu pukulan yg kuat bukan dr segi penulisan sahaja malahan topic yang dibincangkan oleh chot mmg ada ummph..

    Siapa Chot, selain dr chomei dan vios..Oklah chot yg aku kenal merupakan seorang photoshooter yang telah berpaling tadah dr canon ke nikon..syabas kawanku..kekeke..akhirnya racun itu merebak juga. Perkenalan singkat aku ngan chot telah membawa kami ke gerbang cinta yg agung terhadap photoshoot.Muahahaha..Chot bile mau lompat2 lagi..aku sudah rajin training main skipping hari2.

    Actually aku nak snapshot image blog gayaruangkepelbagaian (GRK) milik chot ni..tp memandangkan aku tahu dia akan ubah gak nanti sbb biasalah..chot yg aku kenal tak kan pernah letih mengodek2.

    So, terima kasih chot kerana menggunakan khidmat website/weblog servis dari aku. Jika ada yg kau keliru jgn segan2 htr sms..jika lambat reply..sedia maklum, cinta aku pada internet menyebabkan aku sering tido awal dr org lain..hehehehe..

    Kawan2, tepuk tgn utk part time blogger tersohor Malaysia.. Chot..(tepuk-tepuk)

    gayaruangkepelbagaian

    Posted on 7 July '08 by catzer, under Uncategorized. 7 Comments.

    Bila Patut Mengalah

    Hari ni best skit sbb dpt solat subuh seawal mungkin, hehehehe..Hari ni gak aku berpeluang buka pintu koridor pagi-pagi. Masa aku kecik lps solat subuh mak akan suruh aku buka tingkap awal2 pagi biar rezeki masuk. So, waktu aku buka pintu tu aku melepak jap kat koridor tgk byk van sekolah lalu dan juga bas kilang. Awal pagi lagi ramai yang sudah keluar mencari rezeki. Syukur di bumi Allah ini masih ada rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua.

    Semlm aku tidur awal, lps solat maghrib aku tido. Then terjaga pukul 1 aku solat Isyak dan waktu tu adei sungguh sunyi takut plak aku sedar sorang-sorang. But waktu itu jugalah paling sesuai utk melakukan keje. Rezeki aku pada waktu-waktu begini, erk mcm kelawar plak aku..ish..

    Bulan ini walaupun belum tamat, byk menguji aku menjadi seorang yg mengalah dlm byk hal. Adakalanya kedegilan aku tolak tepi dan aku mengalah, setiap kali solat aku berdoa semoga hati aku menjadi lebih tabah dan dpt memperbaiki byk keburukan dlm diri. Alhamdulillah, sifat mengalah itu byk menyedarkan aku adakalanya kita perlu lepaskan sesuatu/seseorang pada suatu masa yg terbaik. Insya-allah bermula hari ini aku tak punya kesempatan untuk kerap berblog kerana tugasan semakin melambak. Mungkin apa yg aku ingin sampaikan tidak jelas atau sukar difahami tp a good lesson dlm hidup aku sentiasa aku share disini.

    Jika ada masa tertentu kalian berang kerana dugaan yg Allah beri, kita selami semula mengapa Allah permudahkan org lain tp tidak kita. Sesungguhnya semakin besar dugaan Allah pada kita semakin dia Mengasihi kita. Mengapa Allah memberi org lain rezeki yg berlimpah ruah sedangkan kita terlalu sukar utk memperolehinya. Fikir-fikirkan apa perbuatan kita yang membuat Allah murka dan disukarkan rezeki kepada kita.

    Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

    1. tidak sembahyang atau solat.
    2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
    3. makan atas pinggan yang terbalik.
    4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
    5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
    6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
    7. suka bersandar pada pintu rumah.
    8. suka duduk di atas tangga.
    9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
    10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
    11. tidak membersihkan rumah.
    12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
    13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
    14. suka tidur di atas muka.
    15. membakar kulit bawang.
    16. menjahit baju yang sedang dipakai.
    17. mengelap muka dengan baju.
    18. berdiri sambil bercekak pinggang.
    19. tidur tidak memakai baju.
    20. makan sebelum mandi hadas.
    21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
    22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
    23. lambat pulang dari masjid.
    24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
    25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
    26. suka memadam pelita dengan nafas.
    27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
    28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
    29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
    30. memakai seluar sambil berdiri.
    31. memakai serban sambil duduk.
    32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
    33. makan dengan menggunakan dua jari.
    34. berjalan di antara kambing.
    35. berjalan di antara dua perempuan.
    36. suka mempermainkan janggut.
    37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
    38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
    39. suka menggigit kuku dengan mulut.
    40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
    41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
    42. menguap ketika solat.
    43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

    So dlm 43 perkara ni aku jamin ada lebih dr 5 ada dlm perbuatan kita seharian. Jadi aku memperingati diri sendiri dgn post ni, semoga ianya bermanfaat juga pada kawan2 yg lain. Jika dengan Allah kita masih mahu mendabik dada dan ego dibumi-Nya, tidak mahu mengalah dan mengakui kesalahan sendiri. Tiada siapa yg dpt membantu kita disana, sesungguh-Nya setiap apa yg ada dimuka bumi ini adalah milik Dia. Jadi jgnlah menyangkal kebenaran kerana keegoan. Jgnlah meninggalkan solat kerana kerja2 dunia..Aku pernah bekerja di company dimana ramai staff dimarah hanya kerana pergi bersolat. Ini Malaysia dimana ramai rakyatnya Islam tp mengapa bersolat itu ditegah? Mengapa takut dimarah client/boss tp rela dimurkai oleh Allah? Mengapa sanggup bekerja ditempat sebegitu dan meninggalkan solat semata-mata kerana wang? Mungkin ada yg akan ckp aku tak fhm sbb aku bekerja sendiri dan zaman skang tidak sama spt zaman nabi. Tidak kah kalian fikirkan betapa baiknya Junjungan Rasulullah s.a.w memohon agar solat ini dikurangkan menjadi 5 waktu utk umatnya?

    Aku bukan ustazah untuk ber tazkeerah di blog aku ini dan sejujurnya aku akui aku juga kalangan mereka2 yg lupe janji dgn Allah. Tp, selagi pintu keampunan masih terbuka aku kudus tunduk sujud padanya. Aku mahu kembali, kembali pada-Nya dengan hati yg tulus. Aku tidak mahu kembali dgn hati yg penuh kehitaman. Aku memperingati diri sendiri,jika aku terlupa inilah post yg akan mengingatkan aku.

    Posted on 25 June '08 by catzer, under Beautiful Islam, Uncategorized. 14 Comments.

    Nikon D70s - Cinta Tak Kesampaian

    Argh, bgn lewat lagi. Semua ini gara2 omar mengheret aku ke Rafi’s bistro sehingga lewat mlm. Ya, aku mmg suke salahkan kau omar..saje hobi..

    Erm, tersasul perkataan hobi, semlm kami byk mencurah idea ttg photography. Maklumlah anak2 persetankan sedia maklum gile dgn istilah ini. Aku jatuh cinta dgn photography seawal umur 6 thn. Ya, setelah aku merosakkan kamera abg aku secara ’sengaja’. Saat itu aku merasakan dunia ini satu perhitungan antara mata dan lens. Memiliki beberapa camera cikai sememangnya tidak mampu memuaskan nafsu seorang penggila kamera spt aku. Lantaran kekangan dr segi kewangan aku berhenti dan hampir melupakan terus impian utk memiliki lsr..huhu

    d70spressmo5 Nikon D70s - Cinta Tak Kesampaian

    Namun, jodoh pertemuan itu telah menoktahkan bahawa cinta aku pada slr bukan satu kepalsuan. Bagaikan aku mmg sudah ditakdirkan utk nya. Aku mula mengumpul kembali cinta yg bersisa utk lsr. Doakan aku berjaya ‘merompak’ D70s, target aku thn dpn si D ini akan aku lamar secepat mungkin..tak mampu menahan gelora cinta ini lagi..

    Posted on 23 September '07 by catzer, under Uncategorized. 14 Comments.

    Merah itu Berhenti

    Berhenti Berharap

    Minggu lepas ada byk waktu yg merosakkan perasaan ini. Namun bukan itu yg ingin aku runtunkan disini. Apatah lagi jika ianya membosankan utk dibaca, dan terlalu telus membongkar rahsia si pemuja cinta ini. Mlm tadi aku mengheret seseorang menemani aku berpeleseran sementara di bandar shah alam ini. Kami lepak di Restoran Kulafah memenuhkan perut kosong ku. Kemudian kami ke tesco, ah..sudah hampir setahun tidak kesana. Indahnya udara mlm ni buat aku menyejukkan hati yg tidak berisi. Perasaan spt kena pelempang ini semua kerana koneksi internet yg tidak ubah spt siput babi. Aku sudah berhenti berharap dgn tmnet ini, biarlah kalian di hitung disana kerana menyusahkan sekalian rakyat pengguna streamyx.

    Posted on 10 September '07 by catzer, under Uncategorized. 6 Comments.

    72 Jam Terakhir

    72 jam terakhir aku bersama rakan2 di Procurement and Vendor Development Department. Pagi nanti aku akan ada vendor briefing terakhir utk aku..yup

    lps ni, aku akan terbang seperti biasa, melayan tido yg indah sambil memikirkan bagaimana untuk memenuhi poket aku semula..

    Posted on 26 June '07 by catzer, under Uncategorized. 4 Comments.

    Masa Kecederaan

    Masa kecederaan selalunya kita dgr masa perlawanan bola sepak. Tp aku suke gunakannya di saat aku dlm keadaan yg tidak stabil dan masa sudah suntuk.

    Hari ni aku mc meskipun boss aku tak izinkan aku mc hari ni..apa2 jerlah. Dan pada hari ni juga aku mengarang surat utk perletakan jawatan aku. Mungkin terlalu awal utk aku membuat keputusan sedemikian tetapi aku bukan seorang yg suke beralasan. Setelah aku membuat beberapa penilaian terhadap persekitaran dan kemampuan diri, aku akur jln terbaik utk aku adalah berhenti keje.

    Lantaran keadaan yg tidak stabil, aku perlu mencari ruang utk aku bertenang dan mencari jln hidup yg terbaik. Kali ini aku belajar dr kesilapan yg aku lakukan kerana sikap yg terburu-buru dan kurang berhati-hati.

    Posted on 29 May '07 by catzer, under Uncategorized. 5 Comments.

    CONVOCATION UiTM 66

    esok aku konvo, bermakna aku tak perlu pergi keje esok.Oh..indahnya bile tak perlu pergi keje dan mengadap keje yg aku tak suke..Hari sabtu pun aku tak pergi keje sbb aku nak prepare utk konvo ni.

    Aku tersenyum kerana akhirnya tiba masa nya utk aku dan kawan2 meraikan hari kemenangan buat kami yg grad on time slps 4 thn berjuang bersama. Meskipun haluan kami skang berbeza, tp kami berkongsi kegembiraan yg sama.

    Kepada semua rakan sekelas degree in chemical engineering batch dec 2002 - nov 2006, Selamat berkonvo esok..marilah kita sama2 meraikan kemenangan kita bersama insan tersayang..

    SELAMAT BERKONVO KPD SEMUA GRADUAN UiTM

    Posted on 27 May '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Kekuatan Jari Anda

    Beberapa hari ni aku merenung jari2 aku yg pendek dan kurus ni..ada makna rupanya kedudukan jari2 aku ni..korang rajin pergilah baca kat dlm picture tu segala keterangan..

    i344_pic28503 Kekuatan Jari Anda
    i345_pic121812 Kekuatan Jari Anda

    dari pemerhatian mata aku terhadap jari2 aku ni:

    STRENGTHS:

    -You’re a charismatic, articulate and expressive, observant and chary people.

    WEAKNESS:

    - You’re loyal, often consistent handling matters, steadfast and relentless which may seem as strengths but in reality it’s a character of defect.

    sape yg nak pic ni lebih cerah lagi inform, nanti aku send email kat korang.

    Posted on 24 May '07 by catzer, under Fakta, Uncategorized. 2 Comments.

    Saya Benci Skim Cepat Kaya

    Sebagai seorang yg suka kan kebebasan membuat duit tanpa di ganggu oleh anasir2 dan parasit2 yg bangang. Aku dgn bangga nyer menyokong kempen celik duit internet. (Cantik kan button kat bawah shoutbox aku tu?)

    Bunyi mmg mudah nak buat duit dari internet, tp apa jua yg melibatkan duit yg halal dan berterusan ianya memerlukan usaha dan masa. So, jgn berfikiran singkat hanya kerana anda malas nak berusaha dan tak cukup masa utk mencari ilmu mengenai cari duit melalui internet. Kerana sekali korang terjebak, agak susah utk berpatah balik. (Dah sedap makan duit senang).

    Posted on 21 May '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Siapa Aku

    Hari ni kebetulan sempat berborak dgn sorang brother ni. Perbualan kami agak serius dan mungkin ada menimbulkan sedikit perasaan panas hati. Siapa yg panas, aku sendiri tak pasti. Biasalah itu namanya berdiskusi.

    Kadang-kadang org akan berkata apa sahaja yg mereka suke secara sengaja atau tidak di dunia maya ni. Lebih mudah kerana tidak perlu menunjukkan muka dan perasaan sebenar, cukuplah dgn penulisan yg mudah utk difahami. Aku kental menghadapi apa jua pandangan org pada aku. Pemalas, kurang berusaha, demand atau apa sahaja yg terlepas dr mulut mereka kerana hakikatnya mereka tidak mengenali siapa aku dr konsep kemanusiaan yg sebenar. Hatta kadang-kadang manusia yg kita kenali bertahun-tahun pun agak sukar untuk kita kenali hati budi mereka.

    Aku hanyalah seorang insan yg gah menyatakan sesuatu sekiranya aku pasti ttg sesuatu perkara itu. Masakan tidak aku selalu bertekak dgn emak hanya kerana aku menolak 2 tawaran menjadi lecturer. Tidak! Itulah titik noktah aku terhadap kerjaya seorang pendidik. Jgn ada sesiapa cuba membuang titik noktah itu. Cukup.

    Mungkin brother tu sedikit kecewa dgn sikap aku yg menolak idea nyer bulat2. Hakikatnya tiada sesiapa yg mengenali atau mengetahui kemampuan diri sendiri melainkan kita. Kemampuan diri ini lebih sinonim jika disebut sebagai kemahuan atau kehendak.

    Aku tersenyum membaca penulisan bro tersebut, you must STAND TALL. Yup, aku lebih suke duduk di atas gunung berbanding berdiri di atas bukit. Tidak ada sesiapa yg tahu siapa diri aku sebenar melainkan aku dan Allah. Dimana aku sekarang? Aku sedang duduk menyembunyikan diri memikir apa yg ingin aku makan esok. Kenapa mkn yg aku selalu risaukan. Sbb, tanpa mknn kita tak mampu lakukan apa yg ingin kita lakukan, tak terdaya dan tak bertenaga.

    p.s-thanks bro, apapun setiap manusia ada satu ruang dimana bile mereka hilang arah mereka akan pulang keruang tersebut. Sy, berada di ruang itu skang.

    Posted on 13 February '07 by catzer, under Uncategorized. 3 Comments.