I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'Tutorial'

    Tutorial Install WP ke Subdomain

    Agak sukar untuk menolak permintaan dr azhar dan chot lebih-lebih lagi mereka berdua spt abg aku sendiri..chewah..hehehe..oklah abang2 yg macho..aku sanggup bersengkang mata utk buat tutorial ini kepada sesiapa yg berminat. Sebenarnya aku mahu buat post ttg kunjungan kami sekeluarga ke Teluk Kemang sabtu lps tp alkisah post itu akan memakan storage aku yg sedia ada tinggal sedikit ni.

    Kepada reezluv sori beb aku masih terlalu jauh untuk menjulang title webmaster hatta aku sendiri masih terpinga-pinga bersama wordpress meskipun platform ini merupakan padang sasar aku sejak kali pertama mengenali istilah blogging. Aku tetap seorang newbie webmaster sehingga satu saat dimana aku bosan dgn title tu baru aku menggila mengejar title webmaster plak..kekeke..doakan aku cepat-cepat bosan erk.

    Disini aku dgn beraninya menggunakan cpanel 11 dr sempoi hosting. Hosting pertama yg aku beli hak milik Shuth pengasas forum Wangcyber. So camne nak login cpanel, nak cite gak ke? Malas aku ko pi tanya pakcik google..

    oklah step-stepnya ialah:-

    1st step:
    login to cpanel control, contoh http://www.catzer.com/cpanel : masukkan username dan password.

    2nd step:
    Cari dibhgn domain–> subdomains–> ‘klik subdomains’—> masukkan nama extension subdomain yg diingini.

    subdomain

    eg: blog.catzer.com

    then klik CREATE

    blog.catzer.com has been created!

    klik go back jika anda ingin melihat senarai subdomains yg telah di ‘create’

    createsubdomains

    3rd step:
    Pergi ke home semula (muke depan cpanel), pergi ke software/service–> fantastico de luxe

    fantasticodeluxe

    Then dr fantastico de luxe—>wordpress tu.pilihkan new installation:-

    wordpressnewinstallation

    4th step:
    Semasa memilih installation location pastikan anda pilih ‘install on domain’ : subdomain yg anda create tadi, utk tutorial ni aku dah create subdomain : blog.catzer.com. Then yg lain2 tu isi lah seadanya mengikut selera masing-masing then klik

    INSTALL WORDPRESS–>FINISH INSTALLATION

    install wordpress to subdomain

    So settle dan korang bolehlah berblog dgn subdomain baru, then jika berlaku masalah 500 internal server error spt yg berlaku pada aku skang, puncanya ialah aku terlalu byk kali create dan delete subdomain…kekekeke..Ianya telah menyebabkan .htaccess file aku dah corrupted dan syntax error. Cara-caranya bleh tgk kat blogjer,erm serius aku dah ngantuk tahap cipan ni kang salah informasi plak. Habislah title newbie webmaster aku..ehehehe

    Ops, terlupe nak inform dr segi seo folder lebih baik dr subdomain. Subdomain akan di treat sebagai domain baru oleh search engine. Berbanding folder, search engine melihat blog baru anda meggunakan folder sebagai satu blog yg sama dgn blog di root domain. So segala seo yg telah anda bina di root domain akan sedikit sebanyak disalurkan kepada folder. Contohnya PR,Alexa,etc. Erm,so sbb tu korang tgk aku takde pakai subdomain utk mana-mana blog aku. Tp tak salah gunakan subdomain jika korang mahu miliki 2-3 blog yg berjaya sebagai entiti yg berbeza.

    Okies, apa lagi yg kalian mahu tahu ttg wordpress silalah tinggalkan comment disini. Takpun aku mengalu-alukan kalian ke forum wordpress malaysia.

    Posted on 20 February '08 by catzer, under Internet, Tutorial, blogger, webmaster, wordpress. 29 Comments.