Archive for 'tag and ping'
SEO YOUR BLOG WITH TAG
Salam kengkawan..yup aku kembali semula setelah sedikit emergency 999, syukur nenek kesayangan kami masih bersama kami. Actually aku tak balik kampungpun but just standby, itu pesanan parent aku. Nenek aku dah nazak sbyk 3 kali seingat aku lah, pertama kali thn 2005, then hujung thn 2006 dan sekali lagi pada tahun ini. Jadi kami sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan..
So, sekembalinya aku memblogger semula, aku terpaksa menelan 57 spams dan tanpa aku sedari hosting pun sudah habis storage..adei, mungkin aku akan tukar hosting kerana tak mampu nak membayar hosting yg agak mahal skang. So, tunggulah nanti..Aku tak dapat buat byk perkara disebabkan kuantiti storage yg sudah berkurang..huhuhuhuh
So, kat sini aku ingin melangsaikan hutang TAG dgn beberapa rakan yg tidak dpt aku tunaikan minggu lps..erm kalian sedia maklum aku kureng ngan TAG tp love PING. Tp aku tahu kita mmg selalu dpt benda yg kita tak suke kan..kekeke..Takperlah demi menambah kepoweran seo untuk blog wordpress ni aku dgn rasminya mereply TAG dr Amirol:-
Syarat:
1. Tak boleh cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag berakhir 27 April 2008.
5 PERKARA PERTAMA DALAM HIDUP CATZER:
1. Pertama kali aku kenal subjek science iaitu physic,biologi dan chemistry adalah semasa aku buat pra-sains di Kolej IKIP, Kuantan. Sejujurnya aku merasakan subjek2 ni mmg killer sbb aku mmg super Budus..Then sambung Diploma pun diploma sains..so skang ni subjek2 tu aku boleh katakan agak pro..erm kalau blogger kita panggil problogger..so aku pro-science..(mcm bagus jerk)
2. Pertama kali aku membela seekor kucing ialah pada thn 2005, actually aku mmg kureng ngan haiwan berbulu ni tp itulah tuhan nak tunjukkan kita jgn sombong ngan makhluk lain..so Allah bukakan pintu hati aku pada Fify..so aku baru tahu betapa ciptaan Allah ini sgt2 chomel…kui kui kui
3. Pertama kali aku pakai kebaya ialah semasa pra graduation di Kolej IKIP, itupun baju pinjam…kui kui kui..but semua org tahu aku allergy ngan baju kurung dan seangkatan dgnnya..
4. Pertama kali aku bekerja dgn organisasi selain dr kedai mkn family aku ialah selepas SPM, keje sebagai sales assistant di Parkson Subang Parade hampir setahun..gaji..huhuhu..cukup2 mkn jek
5. Pertama kali aku berblog, aku beli domain “catzer.com” dan host di sempoihosting..tanpa mengerti apa itu cpanel..etc..so cool.
So, seperti biasa…Maaf im not a Tagger..
Pagi ni aku bgn awal spt biasa, mungkin lewat sedikit aje sbb semlm aku telah dicakar oleh fify dan lukanya sgt teruk. Seluruh tgn kanan aku bercalar dgn luke yg agak dalam dan menyebabkan aku sedikit lemah disebabkan bisa kuku. Pagi ini aku agak pelik kerana tiba-tiba terfikir utk online seawal mungkin, rupa-rupanya aku di tag oleh zakiyamani ttg 5 sites kegemaran seorang newbie webmaster ni.Partner threesome kepada azwan dan zaki blogjer. Actually tag ni sepatutnya di balas menggunakan blog english aku, but tetiba aku rasa alangkah indahnya jika ianya di jawap di blog newbie webmaster ni. Actually my english is very poor so kalau aku jawap dlm bahasa ke-2 aku tu bunyinya tidak semesra dan semanja di sini.
Sebelum itu aku ingin ucapkan tahniah pada couple blogger untuk ulang tahun ke 4 mereka, aduh bahagianya terasa PHD aku semakin membara. Maklumlah bukan senang untuk menjunjung cinta selama itu lebih-lebih lagi dalam usia muda.
Ops, aku selalu lari dari topic awal maklumlah pagi-pagi begini aku mmg punya byk idea utk merapu. 5 Favourite sites newbie webmaster selain dari blog aku sendiri:
1. Yahoo.com - Aku suke baca header story sahaja dan kalau ada yg menarik perhatian bolehlah aku scroll lebih2.
2. Youtube - Erm sedia maklum aku mmg suke menonton mv artist korea dan jepun melalui youtube.
3. Google Adsense - aku bukanlah main player untuk google adsense but sejujurnya aku seronok login ke akaun google adsense aku sbb sukekan system yg beroperasi di dalamnya.
4. Entrecard - Aku suke cari blog best2 kat sini.
5. Wp Malaysia forum - Ok, aku suke ke sini sbb ketidak asingan yg timbul setiap kali aku membuat post disana. Sama ada kalian blogger worpdress baru atau lama, kita adalah setara.
So, mereka yg aku rasakan agak istimewa utk di tag ialah :-
1. Mrozaidi - yg tgh bergembira dgn snap shot picture.
2. Ahib aka budak ayam - isu Akademi Al-Quran
3. Azhar - isu seram yg tak berkesudahan, aku takut nak baca blog ko mlm2.
4. Deen aka deenasour - sape nak topup RM10 boleh lah adjust kat blog dia.
5. Kodin aka tukang masak - ya masih setia bersama blogspot
Erm post kali ini tak dpt aku selitkan sebarang picture kerana aku sudah lambat utk merempit ke opis kakak aku. Kang mengamuk plak dia.hehehe
Aku suke hari Jumaat kerana hari ini adalah penghulu segala hari, dan merupakan hari terakhir bekerja untuk minggu ini. Aku nak minta maaf sbb tak dpt update blog ini sekerap yg mungkin,maaf sgt2 sebab company kakak aku sgt2 perlukan aku skang. Beberapa minggu ini kami sibuk mendaftar beberapa product baru dr France melalui sistem BPFK dgn menggunakan teknologi dari DigiCert.
Agak sibuk untuk mencari agent jualan..hah..siapa berminat untuk menjadi agent jualan product kecantikan angkat tgn..hehehe..jika ada kawan2 kalian yg ingin menjadi agent jualan beritahu aku yerk.
Ops, pagi-pagi ini aku lihat ada tag dr Musnaz, tag superpower..Kalian sedia maklum aku agak berat membuat tag since I hate tag but love ping. Tp hari jumaat yg mulia ni aku ingin membuka sedikit dunia khayalan yg tidak pernah dikongsi dimana2 dan dgn sesiapapun.
1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
Aku ingin memiliki kuasa pemulihan diri yg menakjubkan
2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
wolverine, watak x-men
3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Aku pilih dia kerana dgn kuasa sedemikian at least aku yg selalu ditimpa kemalangan ni cepat sembuh :p
4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
Kelemahan superpower aku ialah aku merupakan seorang yg akan pengsan bile tgk darah.
5. Nama anda sebagai hero apa?
SuperCatzer
6. Motto anda sebagai superhero?
Fight for your life
Biasanya aku tidak mahu sebarkan sebarang tag, tp keindahan hari jumaat akan jadi kurang bermakna tanpa menghulurkan tag superpower ni pada rakan2 yg setia. Maaf jika kalian terluka di tag oleh aku.Jika kalian sporting dan ingin sedikit leisure moh jawap tag ni..Mereka2 yg mungkin ada superpower terpendam dan aku mahu tahu rahsia kalian:-
1. Syia
2. Bro azhar
3. Ahib
4. Pokcik Azwan
5. Aizat
6. Nazri perasan serious
7. reezluv
seperti biasa hanya 7 org sahaja..aku suke no 7.