Beberapa hari tanpa post apa2 disini disebabkan kesibukkan aku menyelesaikan beberapa client untuk service blog aku. So, lega sedikit kerana blog client aku tu dah hampir siap 90%. Bukan senang untuk melakukannya kena byk bersabo especially bile mereka2 ini dtg dr non-IT background. Walaupun lambakan webmaster blog yg mungkin ada yg berkualiti atau cukup untuk menambah quantity sedia ada namun lumrah insan takde masa nak explore apa yg webmaster-webmaster itu ingin ceritakan hatta penulisan dlm bahasa ke 2 yg mungkin agak pusing kepala untuk ditafsir oleh segolongan insan. Jadi berikutan itu aku dgn hati terbuka membantu client aku ini sebaik mungkin, semoga dia berpuas hati selepas 2 sesi consultation bersama aku.
Sebelum ini aku pernah memberikan love link kepada beberapa blog yg aku terjatuh cinta semasa berlayar di internet ini, so hari ini aku temui satu site yg pada aku ada gah dan sedikit pincang. Aku tak pasti apa niche blog tu nak kata personal blog seperti tidak adei tp penemuan blog tertentu mmg menghairahkan. Betul tak? So, blog yg berdomainkan Kabel Duit dgn tag Bukan Sekadar Menjana Kewangan bunyinya agak menarik sekali..Kalau mengikut kefahaman aku ayat kabel itu sendiri menunjukkan pengantaraan yg kuat antara dua dimensi. Namun blog ini bukan semata-mata bercakap pasal penjanaan kewangan, syukur at least aku tidak perlu burned otak aku dgn ayat2 kewangan. Kenkadang super bosan mendengar term2 begitu sejak 2-3 thn ini. Jujur aku tidak suka pada iklan2 yg terlalu byk di mana2 blog sekalipun, aiyak ko punya tag bukan sekadar menjana kewangan itu ada sedikit konspirasinya. Maaf jika aku suke menikam perasaan org, tp tag adalah kata-kata cinta seorang blogger terhadap blog miliknya. Erm blogger pun bercinta ke..aiyak..aku mmg suke buat istilah sendiri..ampun2.
Ops, pemiliknya yazuka666..nama yg agak gah juga..yakuza..kekekke..teringat cerita Jepun plak. Sygnya aku masih tidak berkesempatan untuk keluar dating ngan mamat ni kerana lokasi yg tidak strategi. Ehem, aku bukan playgirl tp tak salah kalau berdating sesama blogger, makin masyuk. Anwar aka yakuza666 bile turun shah alam jgn lupe belanja aku erk. Blog kau tukarlah warna lain plak, warna biru muda tu nampak mcm mamat bunga pun ada, besarkan lagi apa yg patut..kekekekek…Lagi satu tak boleh buang ke header blogspot tu? Aiyak aku mmg tak boleh diberi chance lebih2 habis aku komen yg bukan2, mcm bagus jerk..padahal aku skang agak busy dlm process nak transfer domain ni ke hosting baru. Ya, cari rumah lagi besar senang aku nak buat kenduri pelbagai jenis post..
5 tips seo, kekeke..Self Esteem Optimization, bukan Search Engine Optimization..Oklah hampir separuh bulan blog ni tidak di update dan aku tahu kalian rindukan aku..betul tak?kekekeke..
Oklah, actually storage utk hosting ni dah reach critical limit dan aku mungkin akan beredar ke ruang legar yg lebih besar dan memerlukan byk masa dan trial and error..Aku tak mahu kehilangan apa2 dlm process perpindahan nanti so sbb tu aku kena berhati-hati meskipun aku tidak sabar utk menjadi problogger sejurus selepas perubahan rumah nanti..erm bunyinya spt sgt poyo tp itulah yg aku reti buat skang melainkan subjek chemical engineering yg tidak di aplikasikan kemana2 sejak aku grad.
Pada weekend yg lps aku ke Sabah..yup Negeri Di Bawah Bayu..bunyinya macam sejuk tp kepanasan di sana buat aku jadi sotong kering. Aku ke Kota Kinabalu bersama si dia dan future parent in law..kekeke..Percutian yg ditanggung ni agak kurang seronok kerana lokasi yg kurang menarik. KK adalah bandar utk Sabah jadi harga brgnya lebih mahal dan aku tak beli apa2 sbb takde budget. Then minggu ni aku hanya satu hari dtg ke opis kakak aku sbb hari2 yg lain lepak di rumah sbb sakit perut, doktor ckp perut aku tak biasa dgn mknn di gerai2 mknn di sana..Erm, perut mahal..
So, dlm keadaan perut yg tidak stabil aku perlu siapkan beberapa order blog installation utk kengkawan. Ya, aku menyediakan servis blog installation + hosting + domain..Beminat boleh sms atau dating bersama aku dimana sahaja wireless berada asalkan mkn minum tu ditanggung oleh kalian..kekeke..Harga boleh dirunding dan jika kalian bernasib baik mungkin ada tips2 yg ramai otai charge RM50/jam boleh terkeluar dr mulut aku secara spontan..Jika mau korek soal jana pendapatan secara online juga boleh tp sejujurnya aku tidak ke arah situ..cukuplah berckp pasal photography atau pun pasal kucing..Ya, sebut pasal kucing skang ini keluarga aku sudah spt SPCA, mengutip kucing terbiar.Last weekend kakak dan abg aku sudah tambah “anak angkat” lagi. Aku cukuplah dgn fify seekor itupun aku tak cukup mkn dah.
Oklah, kalian yg kemurungan spt seekor kucing yg tak dpt makan biskut Royal Canin..Bagaimana mahu optimize SEO kalian? Tips ini aku berikan utk seseorang yg telah dibuang keje hanya kerana ingin mengambil final PJJ. Aku tahu kesukaran yg dialami buat dia down dan mendiamkan diri..so aku harap tips ini berkesan:-
1. Lihat dan nilai segala apa yg berlaku terhadap diri kita dr segi positif, even kebodohan juga memiliki kelebihan dr sudut positifnya membawa kita ke arah kepandaian. Hanya mereka yg bodoh yg berusaha utk menjadi cerdik.
2. Bawa diri kita ke satu ruang dimana kita rasa selesa dan berhenti dr mengeluh dan menyalahkan diri sendiri. Forgive and forget.
3. Lakukan sesuatu aktiviti yg sudah lama kita teringin lakukan tp takde masa atau terlalu byk rintangan. Jika sebelum ini kita merasakan terlalu byk batasan, bebaskan diri dan lakukan sesuatu..Dulu aku pernah teringin melihat apakah reaksi mak bile aku “terpecah” salah satu set pinggan mahal miliknya. Namun impian tu tak kesampaian kerana pinggan itu telah pecah lebih awal dr apa yg aku jangkakan..So, lakukan sesuatu asalkan tidak memudaratkan diri dan tidak melanggar batas2 normal hidup.
4. Berhenti berangan..Ya, penting untuk berangan tp dlm keadaan self esteem yg tak keruan kita perlu berhenti berharap benda yg tidak sepatutnya. Hidup dlm dunia nyata dan percaya rezeki itu ada cuma lambat atau cepat jerk.
5. Dating bersama aku dgn membawa laptop di tempat yg ada wireless dan aku belanja kalian secawan kopi atau tea. Cool bukan bile dpt keluar bersama pemilik blog catzer.com..kui kui kui..Boleh membantu SEO tau..
Posted on 25 April '08 by catzer, under Jana Duit, Servis, True Life. 19 Comments.
Erm, setelah berbulan2 aku download plugin ni baru hari ni aku ada hati utk mengupload ke dlm server aku..bukan aku kedekut ruang atau sebagainya. Tetapi aku seakan gembira bila ramai yg bertanya ttgnya..
Tukang komen malah lebih sinonim aku gelarkan sebagai mereka yg sanggup meninggalkan memo utk aku baca..”aku melawat blog kau, sila lawat blog aku juga”. Ya, aku pasti akan lawat blog kalian yg sudi tolong jagakan blog aku selama aku tiada.
Hari ni tgn aku lenguh..sgt lenguh..mahu tahu kenapa? Hari ini aku sgt rajin menulis blog..oh..tulis blog bisa buat tgn lenguh ke? Entah..aku mmg suke mereka cipta fakta.
erm..semlm aku ada little briefing ngan designer aku..Pro gak diaorg ni..So kat sini, aku nak inform kepada sesiapa yg berminat utk menggunakan perkhidmatan mendesign apa sahaja yg releven seperti cover ebook, montaj, banner, logo, kad kawin,etc..korang boleh contact aku utk pricing yg terbaik utk pengunjung setia blog aku ni..
Mcm mana aku nak tahu korang pengunjung setia blog aku? Woit..korang ni baca2 bglah comment sikit kat setiap post aku tu. Letih tau aku mengupdate blog aku ni..
Then, servis ni merupakan servis pertama aku, aku harap dpt sokongan dari korang semua. Harga kawan2 mmg ada, tp bayaran kawan2 takde yerk..
oklah, satu contoh design ialah header untuk blog aku ni..Design tu aku yg pilih sendiri. So, kalau korang nak hebat2 lagi..bleh..sape kata tak bleh..
Posted on 23 December '06 by catzer, under Servis. 3 Comments.