Archive for 'Komputer'

    Kejiranan Webmaster

    Kejiranan Webmaster

    myip

    Webmaster, sesungguhnya sudah arif at least mereka-mereka ini memiliki lebih dr satu weblog dan website. Jika seorang webmaster mereka biasanya paling tidak punya 2-3 website itu paling sedikit tau. So, adakalanya kejiranan ini yg tidak pernah kita nampak, maklumlah alam maya mana boleh skodeng apa jiran tetangga buat. Hatta, dunia nyata sekalipun berjiran namun tidak pernah kenal..kekekeke

    So, di kesempatan yg sedikit ini (aku mahu pulang ke rumah selepas menstim rambut aku)..kekeke..aku ingin sharekan sesuatu yg menarik. Kenalilah jiran-jiran2 anda,mungkin dlm satu kawasan perumahan anda itu seorang atau dua atau tiga otai webmaster duduk di kawasan kejiranan yg sama. Tak percaya?

    So, aku heret kalian semua ke site yg telah membocorkan rahsia pemilik-pemilik real estate maya ini. Moh kita semua ke myIPneighbors. Aku amik contoh site newbie webmaster ber url :

    http://www.catzer.com

    so just masukkan nama domain catzer.com, walla…semua jiran-jiran yg tidak pernah aku kenal tersenarai. So,selama hampir 2 thn aku berjiran dgn hampir 400 real estate milik webmaster-webmaster yg lain. Cool kan

    Posted on 25 February '08 by catzer, under Internet, Komputer, webmaster, wordpress. 22 Comments.

    Theme Wordpress Melayu dan Habari

    Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.

    Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.

    Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).

    Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.

    habari project

    Posted on 17 January '08 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, blogger, webmaster, wordpress. 30 Comments.

    Webmaster = (Adverlets+Nuffnang) Nufflets

    malaysia

    Aku baru sampai di rumah, spt biasa tanggal kasut,on laptop, on power supply, tanggal helmet, letak beg, tanggal jaket..bump..hehehe..aku mengadap laptop.

    Hari ini dua kali aku baca ttg satu lagi pengiklanan baru utk blog local spt ini. Ya, blog newbie webmaster ini serba sedikit perlu aku monetizekan maklum sajalah aku ini penanam anggur tegar hanya membantu kakak aku di opis. Jika dia baik hati adalah “buah tgn” dr dia. Apapun blog ini tetap punya identiti sendiri, bukan kerana duit tp kerana hati..(uwek, muntah plak aku nak tulis mcm tu)

    Newbie webmaster mcm aku ini agak dahagakan ilmu, jadi semasa aku men”digg” beberapa blog melayu sungguh ghairah menceritakan ttg Nufflets. Lebih lanjut boleh baca di blog megat, fahmishah dan mael. Jika mael mengklasifikasikan nufflets sebagai google adsense versi Asia aku sedikit teruja tambahan pula nufflets membayar dgn US Dollar. Sungguh-sungguh menarik ni.

    Sempena azam dan nekad thn baru ini, nufflets akan menjadi mangsa kerakusan manusia yg dahagakan income dr blog mereka. Bagaimana click fraud akan diambil kira oleh nufflets? Sedia maklum rangkaian Asia merupakan penyumbang click fraud terbesar di dunia. Aku harap nufflets bukan sekadar menjanjikan keindahan kata-kata bersikap sementara. Majulah Nufflets untuk Malaysian.

    Short review :-
    Hari ni ahib buat debit card Public Bank,setelah sejuta kali kena kutuk rapat dgn aku. Ya, aku tahu byk bank yg tawarkan debit card contohnya NexG, Al-Radji,dan beberapa lagi. Tp debit card public bank mmg thumb up. Dan satu lagi aku merupakan pemilik card ATM maybank yg serupa debit card. Bangga gile isi minyak motor kat Petronas seksyen 13 pakai kat ATM Maybank..Hehehe

    supershot review :-
    aku dah dpt total usd15 dr nufflets, and satu lagi yg aku suke ttgh noktah hitam ialah kepantasan dia membuat plugin utk nufflets. I love noktah hitam, you’re rock dude. :D

    Posted on 27 December '07 by catzer, under Internet, Jana Duit, Komputer, Teknologi, webmaster. 12 Comments.

    Newbie Webmaster-Basic SEO

    seo spider

    Basic SEO merupakan pelajaran paling mudah tp agak detailed terutamanya utk newbie mcm aku ni. Search Engine Optimization atau singkatannya SEO merupakan salah satu cara utk kita menjadikan site kita ini mudah utk disenarai putihkan di search engine. Me ‘marketing’ kan blog kita dalam masa tertentu merupakan fungsi SEO ini. Ianya merupakan usaha jangka masa panjang dan berterusan.

    Search Engine Optimization terbahagi kepada dua jenis iaitu On Page Optimization dan juga Off Page Optimization. Kenapa terbahagi kepada 2 jgnlah tanya aku tp yg pasti 2 basics ini ibarat pintu luar dan pintu belakang, ke dua-dua optimization hendaklah dikukuhkan supaya site kita friendly search engine. Disini aku senaraikan apa itu onpage dan off page:-

    On Page optimization:
    Title,description,keywords tags
    alt property
    header tags
    navigation.

    Off page optimization:
    Directory submission
    link exchange
    article marketing
    press release
    Blog commenting

    Kebiasaannya kita melakukan on page dan terus melupakan off page optimization dan sebaliknya. Biasanya on page dilakukan semasa pertama kali kita nak develop sesuatu site ataupun blog. Manakala off page optimization biasa dilakukan sepanjang blog/site itu masih hidup. SEO akan membantu kita menaikkan ranking site dan spider/robot mmg suke site yg seo friendly. Adakah site aku ni seo friendly? Mcm mana nak tahu site kita seo friendly. Muahahaha, sape tahu tinggalkan komen. Sape tak tahu pun tinggalkanlah komen gak..

    Posted on 29 November '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, webmaster. 2 Comments.

    Download Video Youtube

    Erm, ada beberapa video yg aku susah nak dptkan dlm bentuk DVD so akan aku gunakan youtube utk mendownload ke semua video porno..erk pembetulan video anime yg aku inginkan. Erm, jika window blinds boleh menukarkan perasaan aku kepada web 2.0. Vdownloader boleh membuatkan aku tersenyum sendirian. Agak mereng tp mmg menyeronokkan jika kita boleh dptkan semua video secara percuma kan? Erm, mungkin ada benarnya aku telah di label sebagai lanun oleh kawan-kawan aku. Tp benefitnya tidak lari kemana, aku tidak untung atau rugi pun berkongsi faedah yg sama bersama2 kamu semua. :)

    Jika kalian mahu melakukan video marketing, Han ada memberikan ebook percuma bagaimana video editing boleh dilakukan secara percuma. Aku sudah lama bersetongkol dgn video editing jadi mmg terlalu mudah utk dilakukan dgn window movie maker. Argh, satu lagi teknik yg boleh buat kalian tersenyum jika benar2 mahu mengaplikasikan penjanaan visitor ke blog atau blog2 kalian. Berkesan jika berterusan.

    Sejujurnya aku sekadar suke mengedit pic2 dan masukkan beberapa lagu favorite aku kedlmnya. Terasa spt sentimental value nya terlalu tinggi.

    youtube downloader

    Posted on 28 November '07 by catzer, under Download, Internet, Komputer, Teknologi, webmaster. 3 Comments.

    Window Blinds

    window blinds

    window blinds

    Jika ada yg tertanya kenapa desktop aku kelihatan sedikit canggih berbanding dekstop XP kalian..hehehe..itulah kuasa “window Blinds” yg telah aku apply pada computer dell vostro ini. Tanpa segan silu aku telah menggunakan edisi yg tidak “halal”. Ops, sudah pecah rahsia yg aku ini perompak agung industri software dunia. :p

    Mengapa aku memilih window blinds? alamak aku sendiri tak mampu menjawapnya. Tp mengapa pulak aku tak patut pilih window blinds itu aku tahu apa jawapannya. Rugi..tahu tak rugi..actually aku mmg suke kan function yg kelihatan spt 2.0. Uikh, skang ni kalau boleh semua hidup aku nak jadikan 2.0. Argh, actually aku kesuntukan masa utk membuat post ini. aku ada temu janji di KL bersama kumpulan DBSK. Berkaitan Window Blinds ni agak kurang menarik jika aku storykan semua nya disini. Kalian kan suke kan cabaran apa kata jika aku berikan peluang kalian menggunakan window blinds ini unlimited access. Cish, mcm hosting plak ada unlimited-unlimited term.

    p.s - aku tidak akan sama sekali bertanggungjawap jika software ini bakal menyebabkan kecederaan pada komputer kalian.

    Senyap2 tau, download disini.

    Posted on 24 November '07 by catzer, under Download, Komputer, Teknologi. 8 Comments.

    Webmaster = “Top Commentator”

    top commentator

    Erm, vangardx dah lama cite pasal nak buat competition top commentator ni. Erm, salah satu cara utk mengalirkan traffic pada kelajuan maksimum adalah dgn membuat contest di blog. Dgn pelbagai hadiah yg menarik tu, aku pasti bandwitdh dia akan out lagi. Tp dgn bantuan planhoster aku rasa masalah bandwidth tu akan selesai dgn segera.

    Dulu aku rajin juga meninggalkan komen pada blog milik beberapa org rakan spt mael. Namun dgn kewujudan top commentator aku semakin menjauh dr blog2 tertentu. Jika kalian perasan tiada top kaki komen dlm blog ini, kerana aku lebih suke menggunakan plugin commentluv dimana latest post pengomen tertera tanpa aku perlu ke blog kalian. Mudah bukan?

    Namun, skang sudah sinonim top commentator sentiasa di cari dimana2 blogpun. Aku mahu mencari sesuatu juga dr kalian semua tp bukan sebagai top commentator. Aku ingin temui ketulusan hati kalian dtg melawat blog ini meskipun tiada apa yg dpt aku beri. :p Tidak semua visitor akan dtg hanya kerana top commentator bukan? sebab setiap blog ada sesuatu kelainan kerana manusia itu mmg beda..sgt berbeda..lahirpun ber bin kan nama yg tidak sama.

    Goodluck pada kawan2 yg bakal menang di blog vangardx nanti. Aku suke melihat kemenangan meskipun aku sendiri tidak faham apa ertinya. kalian pasti rugi jika tidak terselit nama dlm pertandingan tersebut. :)

    Posted on 22 November '07 by catzer, under Internet, Jana Duit, Komputer, Teknologi, webmaster. 6 Comments.

    Webmaster Ber “Coding”

    C++ language

    Semlm aku sibuk membelek buku2 lama C++, subjek yg aku dpt cukup2 mkn dan salah satu subjek yg menjadi punca aku failed satu subjek yg lain. Pelajar engineer dipaksa menelan bahasa coding-coding telah menyebabkan kelimpahan enzymes2 dlm kuantiti berlebihan dan merosakkan sedikit system imunisasi badan. Akhirnya aku antara student engineer yg cukup2 mkn utk subjek C++.

    Lantaran fobia dgn subjek C++, aku berlari jauh dr konsep yg tidak mampu aku fhm. Ibarat mak salleh yg dipaksa memakan belacan, aku cuba mendalami ke “sedapan” makanan baru ini perlahan-lahan. Hingga ke saat post ini di publish, aku masih terpinga-pinga tak keruan. :p

    Semlm aku berjaya merosakkan beberapa theme dan memulihkannya semula. Belajar dr sesuatu yg rosak lebih tipikal berbanding belajar mencipta sesuatu yg baru. Seorang webmaster tidak akan sesekali lari dr kerosakkan, pantang webmaster lari dr masalah. Erk, sebenarnya aku juga selalu lari dr menyelesaikan masalah berkaitan website development. Bukan kerana aku takut pada cabaran tp mungkin belum masa utk ber ‘perang’.

    Posted on 21 November '07 by catzer, under Internet, Komputer. 10 Comments.

    Siapa Surfaddict?

    Hari ini ada Jamuan Hari Raya oleh Jana Tanmia Sdn Bhd company yg berjiran ngan opis kakak aku ni. Maksudnya ada mkn2 percuma..ya..aku ulang..PERCUMA. Namun mungkin aku tidak akan hadir kerana hari ini aku tidak berpakaian formal..erk, opis kakak aku ada dress code ke..aku rasa mcm takde jerk..hehehe

    So, pagi ini aku merempit awal ke opis, bosan asyik tido jerk..muahahaha..kalian gelak mendengar ayat ini bukan agak mistik bile aku yg boleh menang pertandingan tido sampai mati ni mengatakan ayat bosan utk tido. Alah apa salahnya lebih2 lagi 7hb ni adalah saat dimana aku perlu membuat vision dan mission yg baru. Hari ni aku just updated blog ni ke WP version 2.3.1 dan kebetulan aku temui link sebuah blog yg menceritakan ttg seseorang yg agak familiar namanya pada aku. Surfaddict, wargh sudah jadi keyword carian juga ke?

    Results 1 - 10 of about 13,300 for surfaddict

    Ops, apa aku melalut ni..oklah post tersebut di tinta oleh seorang wanita yg tidak pernah berkenalan hatta melihat wajah ’surfaddict’. Post tersebut pada awal thn lps dan baru skang aku lihat incoming link ke blog aku ini. Maaf jika aku yg kurang sensitif..

    Sesiapa yg mahu mengetahui siapa surfaddict atau sudah tahu (alah, korang ni sporting lah skit..pura2 tak tahu skang juga :p )..aku loloskan link ke blog tersebut agar kalian menemui apa yg ingin aku tunjukkan :)

    SILA BERGOLEK2 KESINI YA KAWAN

    Posted on 2 November '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, True Life. 4 Comments.

    WordPress Lagi

    Eh, bgnlah beb pi lah update blog ko ke wordpress version 2.3.1. Argh, malaslah aku nak layan ko mlm2 buta ni…Alah..pilah upgrade tak sampai seminit jerk, aku nak tgk apa special nya.

    Aku membuka mata perlahan, malaun mana yg dok sibuk suruh aku upgrade blog aku ni. Aku tonyoh2 mata aku nampak fify dok sibuk membuta disebelah aku. Cis, kucing ni makan space sungguh habis tempat tido aku. Argh, mimpi rupanya..Kejadahnya mimpi pasal wordpress plak. Itulah aku ni last time upgrade setahun yg lepas kot. :)

    Di opis,
    Adik mana blog wordpress yg ko ckp tu? Angah aku tersengih-sengih..Angah nak buat mcm ni mcm tu..bla..bla..bla..aku on computer dan buat bodoh. Dlm kepala aku berfikir, patutpun aku mimpi pasal WordPress rupanya malaun sorang ni pagi2 dah sibuk cite pasal WordPress.

    Amiklah..amik…nak update blog ko ngan wordpress 2.3.1 ni..Kang jadi apa2 bug ke apa ke jgn cari aku..muahahahaha..kakak aku mencebek marah..muahahahahaha..

    Image Hosted by ImageShack.us title=
    TAG this imag title=

    Posted on 29 October '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi. 12 Comments.