Percaya atau tidak 90% masyarakat melayu skang mengelupor mencari duit. Tidak kira mereka ni dr golongan bawahan hatta atasan.
Fakta ini bukan penipuan meskipun aku yg cipta sendiri. Pelbagai idea cari duit yg mereka ceburi. Malahan seorang operator sahaja memiliki 3-4 idea cari duit demi menampung kehidupan seharian. Semalam sewaktu aku membayar di kaunter Giant, casher kat situ berborak dgn kawan kaunter sebelah ttg keuntungan menggunakan salah satu idea cari duit.
Ketika aku mkn di kopitiam hatta di starbuck, golongan elite juga mengelupor berbincang pasal pelbagai idea cari duit utk menampung kehidupan super mewah mereka. Ada beberapa alasan utk cari duit lebih di kalangan mereka. Aku juga punyer ideologi sendiri ttg cari duit lebih ni. Ideologi aku hanya satu untuk hidup selesa ketika bersara,(sempat ke aku bersara tanpa perlu fikir idea cari duit)
Posted on 10 June '07 by catzer, under Buat Duit, Jana Duit. 2 Comments.
tadi aku pergi ke satu cc (cyber cafe bukan credit card) dkt kawasan rumah aku ni. Aku nak print sesuatu untuk digunakan esok. Memandangkan satu cc tu lokasi dia dibawah dan bukan di tingkat atas, aku terus park motor depan kedai tu. Tp ternyata hampa, masalah minggu lepas semasa aku nak print benda yg sama masih belum di atasi. “Adik, printer warna masih rosak lagi.” Pergh, muka aku berubah.
Terpaksa aku mengheret kaki aku menyeberangi jalan dan naik ke tingkat 2. Tak sampai 5 minit, masalah aku selesai. Sambil kaki aku melangkah turun ke tingkat bawah aku terfikir kalau ada kali ke tiga aku perlu print file ni, mungkinkah aku akan ke cc tadi semula kerana lokasi yg cukup baik..tp sayangnya servis yg hampeh.
Posted on 28 March '07 by catzer, under Jana Duit. 1 Comment.
memandangkan blog ini merupakan tempat paling sesuai untuk aku merapu, jadi menjadi lumrah kandungannya pelbagai perasa dan warna. Memandangkan hampir 4 bln aku tanam anggur namun tidak menghasilkan sebarang duit, jadi kadar kebuntuan dan ketepuan aku semakin tinggi sekarang.
Namun, atas nasihat kawan2 yg sentiasa membebel agar aku focus dlm apa yg tgh aku dok main2 skang. Percaya atau tidak serius pada aku bermaksud main2 dan bergembira. Mungkin ramai kawan2 aku yg dah buat duit dr internet melebihi RM1000 sebulan dan ramai gak yg dah berhenti keje utk focus online job.
Di pihak aku pulak tidak seindah mana, cukuplah utk bayar bill dan tampung duit makan dan minyak motor aku tiap2 bulan. Untuk beberapa bulan pertama tanpa duit poket dr parent aku, sedikit risau kerana pertama kali tak mkn duit free. Namun, aku kena telan pahitnya sbb ini yg aku pilih. Nak buat duit dr internet daripada jadi lecturer.
Setakat ini aku tetap gembira dgn membelanjakan duit dari internet ni sebaik mungkin. Segala perbelanjaan seharian aku sekarang adalah duit dr internet dan bukan duit dr abah, emak, kakak dan abang. Ya, aku dah berdiri diatas kaki sendiri skang. Walaupun tidak setebal mana poket aku tp aku gembira sbb graduate menganggur seperti aku ini tidak perlu minta duit dr org lain lagi.
Mungkin 6 bln dari skang aku akan berusaha untuk menghasilkan duit yg bukan sekadar cukup untuk diri aku jer tp lebih dari cukup untuk aku hulur2 kan pada parent aku. Aku tahu mungkin mereka akan berat untuk terima pemberian aku skang kerana sebagai ‘anak manja’ yg selama ini duduk di bawah payung emas mereka, aku lebih sinonim dgn menerima daripada memberi. Tp itu dulu, aku mahu buktikan manja itu tidak membunuh sikap berdikari dlm diri aku.
Aku ingin mencari semuanya dgn usaha aku sendiri, bukan sekadar pekerjaan malahan segalanya. Aku berhenti dr menerima aku ingin memberi pula skang. Yup, memberi bukan sekadar duit malah masa untuk keluarga yg tercinta.
Posted on 27 March '07 by catzer, under Jana Duit. 2 Comments.
mungkin korang agak pelik kenapa aku rajin menggunakan jari utk memasukkan beberapa post dlm minggu ni. Sebenarnya, beberapa hari lepas aku agak sibuk kerana masalah kesihatan dan order dr client yg berlambak.
Sebenarnya aku nak review sedikit ttg site 1billionblogger ni. Ianya adalah milik 2 org kawan aku iaitu Syia dan Fikri. Walaupun umur mereka lebih muda dari aku tp serius kehebatan mereka agak memberahikan semua generasi muda. Mungkin ramai yg ingin menyamakan team ini spt team saifulsham mahupun road2millionaire . Tidak lupe juga team flarebiz, milik 2 anak bujang yg bersemangat membara.
Namun, setiap team yg dibina datang dgn konsep mereka yg tersendiri. Jadi, aku memberi ruang pada setiap team dgn sama sekali tidak akan menyamakan mereka dr apa2 bahagian pun. 1billionblogger, dimana aku lebih byk berbicara dgn Syia berbanding Fikri kerana aku seorang pemalu. Team ini mengetengahkan beberapa idea sedia ada menjadi lebih kreatif dan membaik pulih pelbagai kesamaran idea yg mungkin kita tidak pernah dengar ataupun tidak mahu ambil tahu pasal idea tersebut.
Setakat ini aku juga masih samar dgn team ini memandangkan masih terlalu awal utk aku membuat kesimpulan mengenai team ini. Apapun, kehadiran 2 anak muda ini akan banyak membantu newbie2 yg sengkek seperti aku. Good luck utk mereka berdua.
Posted on 13 March '07 by catzer, under Jana Duit. 3 Comments.
Kuasa berborak mmg tak dpt dinafikan ada pada setiap manusia. Hatta seorang yg bisu sekalipun memang suka berborak apatah lagi yg bersuara. Tapi ada juga yg suke berdiskusi di dalam forum atau blog seperti aku.
Aku kurang suke berborak jika borak2 itu membuang masa dan tidak menambah sebarang pengetahuan malahan menambah dosa. Hindarkan diri anda dari borak2 sebegini.
Sesiapa yg kuasa berborak dan berdiskusi nya tinggi mengalahkan gunung everest, aku syorkan gunakan anugerah itu sebaik mungkin seperti mendapatkan sedikit sen daripada berborak2 menghabiskan air liur sahaja.
Ada satu program iaitu mylot.com, memberikan anda peluang menjana $$$ sambil berdiskusi. Jgnlah ditanya berapa nilai yg telah aku dapat, memandangkan english aku yg lintang pukang aku malas utk berdiskusi disitu. Tunggulah bila aku dah terror nanti..huhu
Kepada yg berminat, anda boleh berbincang apa sahaja mengikut minat, aktiviti dan sebagainya disini. Anda boleh register percuma sahaja di:
http://www.mylot.com
Posted on 23 January '07 by catzer, under Jana Duit. 2 Comments.
Pagi ni aku dapat satu email dari kawan aku seorang internet marketer malaysia, erm mula2 aku fikir nak share atau tak nak kat blog aku ni. Sebab aku mmg mencegah segala bentuk SPAM atau SCAM. Since byk sgt dah kat malaysia ni. Tp after revision dengan kawan-kawan yg seangkatan dengan aku, aku decided nak share kat sini sbb program ni bkn SCAM.
Pernah tak korang dengar tentang laporan PERCUMA “The Death of Adsense” dan “The Death of Internet Marketing“. Tahukah korang bahawa ramai telah memperolehi DUIT PERCUMA hanya dengan mempromosi laporan PERCUMA tersebut.
Kini, korang ada satu lagi peluang untuk buat DUIT FREE yg boleh korang rebut. Apa yg korang perlukan sekarang ialah melawat laman web ini dan download laporan PERCUMA “Give The PPC The Center Finger” yg mendedahkan teknik buat duit dengan pantas diinternet di SINI
Apabila korang dah download laporan PERCUMA ni, nanti korang akan diberikan link untuk mempromosi dan dptlah duit FREE.
Macam mana aku kira sehingga dapat duit tanpa modal tu:
Korang akan di bayar sehingga 3 peringkat tajaan (aisey mcm MLM plak) bila korang fwdkan org supaya download laporan PERCUMA ni:
Peringkat 1 = $1 (RM3.8)
Peringkat 2 = $0.75 (RM2.85)
Peringkat 3 = $0.50 (RM1.90)
Since pembayaran menggunakan USD, korang pandai2lah convert sendiri if korang mampu fwd kan link korang pada 100 kawan korang..kawan tau..bukan buat SPAM.
Posted on 13 December '06 by catzer, under Jana Duit. No Comments.