I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for 'Isu Semasa'

    Jaga-Jaga Melayu

    tanah melayu

    Jika ada yg masih ingat pada peristiwa 13 Mei mungkin perasaan ketakutan tu masih bergetar dlm hati. Malaysia negaraku tercinta telah menjadi medan beberapa himpunan yg sgt menarik. Dari satu kaum ke satu kaum, hanya menanti kemuncaknya sahaja.

    Aku tidak berfikir byk utk ini hanya cukup bersedia utk menghadapi percanggahan dalam kaum yg berbeza. Jika mampu memilih aku lebih rela kita tidak mengharungi globalisasi ini asalkan tanah malaya ini tidak dibahagi-bahagi pada kaum yg tidak sedar asal usul mereka. Argh, adakah aku racist? Terpulanglah pada kalian utk berfikir. Aku bukanlah pejuang yg menuntut kemerdekaan tp aku antara mereka yg tidak mahu gugurnya pahlawan negara itu dgn sia-sia bila negara ini bukan lagi milik kita.

    Lihatlah disekeliling kita, dan lihatlah dimana kedudukan kita sekarang. Jika untuk saat terakhir ini kita gagal bertahan dimana kah kedudukan waris yg ingin kita tinggalkan. Jgn tersenyum kerana poket penuh tp jiwa tergadai di tgn bangsa lain. Bangkitlah wahai pewaris bangsa, mari kita maju tanpa mereka. Kita kikiskan sikap melayu lama, kita bangunkan kendiri yg utuh.

    Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada saudara-mara . Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF> (The Hindu Rights Action Force).> Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD> 16/12/2007 930pagi berkumpul di Kg Bharu.> > Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang lain> tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN.> Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK KITA,tragedi 13> Mei mungkin berulang (jangan anggap remeh) JANGAN BAGI MUKA KAT DIA ORANG NIE….KITA SENYAP TAK BERMAKNA KITA TAKUT ATAU TAK BERSATU….

    Mungkin aku yg terlalu mudah terpengaruh tp kawan2 berjaga-jaga, mereka mmg menunggu masa kita semua leka. Leka dgn kesenangan yg kita ada skang tp tidak kita kongsi bersama.

    Disini wujud pelbagai propaganda, aduh..aku tidak mahu fikir pasal ini semua kerana pada 16 hb ni seorang teman baik akan mengakhiri alam bujang…Berbanding himpunan yg entah apa2..baik kiranya aku berhimpun di majlis perkahwinan ini, dpt juga aku makan dan bergambar bersama pengantin..dpt aura-aura supaya aku juga cepat kawin.

    Jika kalian keliru..disini..ya baca disini..

    Posted on 6 December '07 by catzer, under Isu Semasa, Melayu Boleh, True Life. 8 Comments.

    Webmaster Love Money

    Erm, webmaster je ke yg suke duit? Aku rasa semua orgpun suke kan apatah lagi bile time2 hujung bulan..hehehe, duit gaji,duit o.t , duit komisyen, duit claim, dan pelbagai jenis duit lagi.

    Namun, kewujudan duit malaysia dlm pelbagai nilai yg aku paling tak suka ialah duit polymer RM5. Sbb, ianya mudah pecah dan kesian dia sorang2 ber structure polymer berbanding kawan2nya yg lain. Aku lebih suke kan duit kertas RM2 dan RM20 yg telah dilupuskan tu. Kesian mereka tak dpt hidup lama. Bank Negara pencetak duit RM2 dan RM20 tu letak kat mana? Kalau tak nak boleh bg kat aku..hehehe

    Di kemuncak ketakutan terhadap kenaikkan harga minyak dan harga barang2 pada tahun depan,bank negara bakal mengeluarkan wang RM50 beredisi baru. Lebih comel dan sistem sekuriti yg lebih baik. Namun apa maknanya jika nilai RM50 tahun depan sudah serupa duit RM5 polymer. Rm50 terlalu kecil skang ini, alangkah indahnya jika value RM50 itu sama seperti RM100..hehehe

    RM50 ringgit malaysia

    RM50 ringgit malaysia

    Posted on 30 November '07 by catzer, under Isu Semasa. 9 Comments.

    Rumpun 2007 - Yang Hangat

    Edisi hangat Rumpun bisa bikin mael jadi ayam goreng jika diikutkan hati aku. Tp mengenangkan kawan, ya aku maafkan walaupun penuh sindiran. Yg beku pula kerana hujan lebat, aku sedikit beku…Ramai bertanya mana gambar yg hangat ni? Erm, sangat2 terlewat untuk membuat imbasan kerana beberapa hari ini agak busy dgn bantal busuk ku..

    Tiba seawal mungkin aku byk menghabiskan masa bersama omar, jasmine dan mamu. Monster dtg membawa seseorang yg istimewa, sama spt adar dan norizam cuma utk mereka berdua teman yg halal..hehe

    Oklah ,aku tak share any rumpun pic kat sini BUT di sini

    Memories of Rumpun 2007

    Sorry post ini tidak seindah mana, aku mahu cepat ke HKL. (Paksue aku masih koma).

    Posted on 28 August '07 by catzer, under Hiburan, Isu Semasa, True Life. 8 Comments.

    Tukang Komen Terbaik

    Erm, setelah berbulan2 aku download plugin ni baru hari ni aku ada hati utk mengupload ke dlm server aku..bukan aku kedekut ruang atau sebagainya. Tetapi aku seakan gembira bila ramai yg bertanya ttgnya..

    Tukang komen malah lebih sinonim aku gelarkan sebagai mereka yg sanggup meninggalkan memo utk aku baca..”aku melawat blog kau, sila lawat blog aku juga”. Ya, aku pasti akan lawat blog kalian yg sudi tolong jagakan blog aku selama aku tiada.

    Hari ni tgn aku lenguh..sgt lenguh..mahu tahu kenapa? Hari ini aku sgt rajin menulis blog..oh..tulis blog bisa buat tgn lenguh ke? Entah..aku mmg suke mereka cipta fakta.

    Posted on 8 July '07 by catzer, under Internet, Isu Semasa, Servis. 12 Comments.

    Malaysian Blogger’s Day

    Advertlets.com akan mengadakan Malaysian Blogger’s Day, so aku rasa sesiapa yg join Advertlets mmg konpem akan cuba pergi..aku mungkin tak pergi sbb..erm..sbb..aku ni kan anti-sosial..hahaha

    Date: 14 July 2007, 8PM Onwards
    Venue: Friendster Cafe

    so sesiapa yg pergi tu jgn lupe share picture2 yg menarik kat blog korang nanti..adios

    Posted on 6 July '07 by catzer, under Hiburan, Isu Semasa. No Comments.

    Selamat Hari Pekerja

    hari ni aku bgn lewat, erm..penat sungguh bekerja (hehe). Semlm 2-3 kali aku di panggil mengadap boss aku, maklumlah pembantu peribadi dia cuti sehingga esok hari jadi nak tak nak kena terus berkomunikasi dgn boss aku ni.

    Sempena hari bekerja dan aku layak menyambutnya, ada beberapa perkara yg aku nak sharekan ttg alam pekerjaan aku yg totally lain dr apa yg aku ambil semasa degree dulu. Mungkin ada yg menyatakan ianya tidak berbaloi dgn bayaran yg aku terima. Tp, hakikatnya jika suatu masa dulu ada company yg related ngan apa yg aku study sudi memanggil aku utk interview sudah pasti aku sendiri tidak lari dr apa yg aku belajar.

    Namun, rezeki itu telah Allah tulis lebih awal dr planning aku. Jadi, jgnlah memilih keje kerana pekerjaan tersebut tak berkaitan dgn apa yg kau belajar hatta gaji yg di tawarkan tidak seperti kau harapkan. Mmg semua ni hak peribadi utk memilih tp jujur aku katakan aku bukan golongan yg bernasib baik yg menerima pelbagai tawaran. Buat masa ini, aku berharap utk kekal di mana aku berpijak skang, ilmu yg jauh dr apa yg aku belajar selama 7thn lps. Tp, aku percaya aku mampu pergi jauh jika aku mahu.

    Impian aku mmg untuk menjadi engineer tp aku punyer impian yg lebih besar dan bermakna dr cita2 itu. Aku impikan utk menghulurkan wang belanja ke tgn parent aku. Aku ingin menghabiskan masa yg ada bersama mereka bercuti dgn duit gaji ku sendiri. Apa pekerjaan asal menghasilkan duit yg halal akan ku kerah diri ini.

    Selamat hari pekerja pada semua insan yg bgn seawal pagi balik selewat mlm untuk rezeki yg halal. Tidak kira apa status atau jawatan kau sandang, tanggungjawap kita adalah sama, mencari rezeki yg halal. Kepada pekerja yg asyik makan duit haram, ubah2 lah diri sempena hari pekerja ni. Jadilah seorang pekerja yg berdedikasi dan bukan yg hanya tahu claim OT.

    Posted on 1 May '07 by catzer, under Isu Semasa. 2 Comments.

    Blog Perniagaan Internet

    Mungkin aku selalu terlewat membaca isu2 panas dlm blog2 perniagaan internet gergasi di Malaysia ini. Lantaran itu aku bagaikan terpanggil utk membuat diskusi sendiri mengenai isu lambakan website dan weblog berkaitan perniagaan internet. Isu ini boleh di baca di blog smartusaha. Mungkin ianya lebih tertuju pada newbie2 meskipun tidak dinyatakan. Adakah aku terasa hati? Oh, tidak..Kerana blog ini bukan semata-mata mengenai perniagaan internet. Blog aku ini cukuplah sekadar tempat aku belajar mencurah perasaan melalui blog menggunakan wordpress dlm bahasa ibunda.

    Jika mahukan blog perniagaan yg asli, alang telah menyenaraikannya di dlm blog beliau. Aku bangga kerana blog kawan2 aku telah tersenarai di sana. Jika kau seorang newbie, adakah perlu menulis blog perniagaan internet kerana ingin menunjukkan kau bakal seorang gergasi dlm perniagaan internet ini? Jawapannya tidak ada pada aku, terpulang pada diri sendiri. Itu pilihan bukan satu perkara yg wajib, itu hak kau untuk menulis apa jenis blog pun janji content nya tidak di ciplak.

    Newbie, adakah kau terfikir utk mendelete sahaja blog tersebut? Wahai kawan, dunia ini ada atas dan bawah dan ianya berpusing. Jika kau berani membuat blog sebegitu, teruskan dgn niat murni dan buktikan itu bukan blog sampah mahupun ciplak. Jika kau takut bertanya kerana selalu dimaki / di marah kerana kurang berusaha, adakah kau sudah tunduk kepala jika bersua? Maki dan marah ini kau jadikan azimat, bila terasa putus asa kau telan kepahitan itu dan jika kau bisa tahan mengapa mahu menyerah semudah itu.

    Ini bukan lautan yg tanpa gelora, ini lautan yg penuh gelora dan ikan jerung. Kau adalah ikan sardin yg bakal di masukkan ke dlm tin bercap Ayam jika ko masih membuntut jerung2 itu. Kawan, jgn katakan jerung2 itu kejam jika kau gagal mencari panduan hanya kerana malas berusaha. Aku ingin berkongsi byk perkara tp aku juga ikan sardin spt kamu.

    Jgnlah bermimpi jika kau tak mampu tidur. Seorang kawan aku memakan masa 3 thn utk merealisasikan mimpi nya. Tp, itu dia..kita adalah kita. Jika kau rasa aku mencabar kewibawaan kau, terpulang. Aku bukan ingin membakar semangat sesiapa. Ini diskusi hati aku, kau tak puas hati, takper..itu pendirian kau sendiri, milik sejati yg bisa kau bikin senjata melawan jerung2 itu dan bukan aku.

    Posted on 15 March '07 by catzer, under Isu Semasa. 9 Comments.

    Blogger Wanita Penipu

    aduh..sakit nya hati aku mendengar fakta bodoh sebegini. Aku baca berkaitan isu ini di blog mail dan lelabu.

    Fakta acuh tak acuh ini telah menguris hati ribuan penganggur seperti aku yg merupakan full time blogger (buat masa skang). Menyifatkan blogger wanita sebagai penipu adalah ibarat seorang insan kuno yg tidak dpt membezakan istilah tipu dan kebenaran. Hak aku sebagai blogger bagaikan tersekat, di mana kebebasan utk blogger menyuarakan isi hati di blog yg aku byr dan create sendiri tanpa se sen pun duit mereka.

    Beberapa bulan lepas 2 org blogger telah di saman, adakah aku mangsa seterusnya dgn mengkritik fakta yg tidak tepat ini? Kenapa kita perlu berpura-pura buta melihat kebenaran di hadapan mata. Takperlah, dacing disana lebih adil dr mana2 keadilan di dunia. Aku akur tapi tak bemakna membutakan mata.

    Aku harap, kepada menteri-menteri yg hanya mengharapkan pembantu dlm mencari fakta yg sahih. Sesekali berpijaklah di bumi nyata, di saat anda membina istana ramai homeless di malaysia tidur di kaki2 lima. Di saat anda mkn dgn mewah di hotel2 besar, ada ramai rakyat malaysia yg bermatian utk dptkan sesuap nasi. Anda dipilih utk bekerja utk rakyat, bukan membazirkan wang rakyat.

    Pilihan raya akan tiba, adakah aku akan merosakkan undi lagi..??

    Posted on 13 March '07 by catzer, under Isu Semasa. 4 Comments.

    Public Bank Visa Electron Debit Card

    erm..lupe nak cite plak, oklah minggu lepas 20hb aku dah dpt debit card aku dari Public Bank. Herm, so happy..sbb debit card ni aku perlukan utk beli barang2 dari oversea. Yup, Visa Electron..BSN punyer, korang simpan ajerlah, tak bergunapun.

    kenapa aku buat DC: sebab senang nak beli brg dgn duit sendiri bukannya hutang mcm credit card..alahai mcm prepaid hphone kita tu..

    Kenapa Public Bank : Sebab deposit minimum adalah RM25,then kena tambahlah kalau nak berbelanja..RM25 tu cagaran..hahaha

    Apa faedah nyer DC ni: Faedahnya aku boleh beli brg2 dgb duit aku sendiri tanpa perlu pergi mesin ATM setiap kali nak beli brg. Then ada Visa tu acceptable seluruh dunia tau.

    Erm..yg penting aku perlukannya sbb, aku senang nak beli brg dr oversea, itu jer. Then PB tak charge sebanyak AMbank Mastercard.

    visa_electron1.gif ini contoh kad DC public bank, warna kuning ada logo Visa electron. Kenapa tak tunjuk real2 punyer…ooo..bahaya2..korang akan fhm bile korang ada sendiri card ni nanti..

    Posted on 26 December '06 by catzer, under Isu Semasa. 2 Comments.