
Erm, vangardx dah lama cite pasal nak buat
competition top commentator ni. Erm, salah satu cara utk mengalirkan traffic pada kelajuan maksimum adalah dgn membuat contest di blog. Dgn pelbagai hadiah yg menarik tu, aku pasti
bandwitdh dia akan out lagi. Tp dgn bantuan
planhoster aku rasa masalah bandwidth tu akan selesai dgn segera.
Dulu aku rajin juga meninggalkan komen pada blog milik beberapa org rakan spt mael. Namun dgn kewujudan top commentator aku semakin menjauh dr blog2 tertentu. Jika kalian perasan tiada top kaki komen dlm blog ini, kerana aku lebih suke menggunakan plugin commentluv dimana latest post pengomen tertera tanpa aku perlu ke blog kalian. Mudah bukan?
Namun, skang sudah sinonim top commentator sentiasa di cari dimana2 blogpun. Aku mahu mencari sesuatu juga dr kalian semua tp bukan sebagai top commentator. Aku ingin temui ketulusan hati kalian dtg melawat blog ini meskipun tiada apa yg dpt aku beri. :p Tidak semua visitor akan dtg hanya kerana top commentator bukan? sebab setiap blog ada sesuatu kelainan kerana manusia itu mmg beda..sgt berbeda..lahirpun ber bin kan nama yg tidak sama.
Goodluck pada kawan2 yg bakal menang di blog vangardx nanti. Aku suke melihat kemenangan meskipun aku sendiri tidak faham apa ertinya. kalian pasti rugi jika tidak terselit nama dlm pertandingan tersebut. 
Semlm aku sibuk membelek buku2 lama C++, subjek yg aku dpt cukup2 mkn dan salah satu subjek yg menjadi punca aku failed satu subjek yg lain. Pelajar engineer dipaksa menelan bahasa coding-coding telah menyebabkan kelimpahan enzymes2 dlm kuantiti berlebihan dan merosakkan sedikit system imunisasi badan. Akhirnya aku antara student engineer yg cukup2 mkn utk subjek C++.
Lantaran fobia dgn subjek C++, aku berlari jauh dr konsep yg tidak mampu aku fhm. Ibarat mak salleh yg dipaksa memakan belacan, aku cuba mendalami ke “sedapan” makanan baru ini perlahan-lahan. Hingga ke saat post ini di publish, aku masih terpinga-pinga tak keruan. :p
Semlm aku berjaya merosakkan beberapa theme dan memulihkannya semula. Belajar dr sesuatu yg rosak lebih tipikal berbanding belajar mencipta sesuatu yg baru. Seorang webmaster tidak akan sesekali lari dr kerosakkan, pantang webmaster lari dr masalah. Erk, sebenarnya aku juga selalu lari dr menyelesaikan masalah berkaitan website development. Bukan kerana aku takut pada cabaran tp mungkin belum masa utk ber ‘perang’.
Posted on 21 November '07 by catzer, under Internet, Komputer. 10 Comments.
Argh, tension..tension aku gini. Tetiba kakak aku ckp aku kena pi seminar di Hotel Sheraton Subang esok. Aku baru jerk ada plan sendiri, argh…tension..tension,seminar tu start pukul 8.00 am - 6.00 pm. So, bermakna hampir 12 jam tanpa internet. Sungguh tragis.
Hari ini aku meloloskan diri ke forum milik mysticmind, dah lama aku tak kesana. Warnanya sama spt rambut Ichigo dlm cerita bleach

Posted on 20 November '07 by catzer, under Internet, Teknologi, True Life. 5 Comments.

Muahahahaha..sungguh aku mmg suke melonggokkan blog ini dgn lagu2 yg aku suke. Erm aku bukanlah si empunya blog download mp3 atau lirik, tp sesungguhnya aku ingin berkongsi sesuatu dgn pembaca blog ini. aku ingin kalian tahu disaat hidupnya empunya blog ini dia merupakan seorang insan yg tidak petah berkata namun seorang yg baik hati..muahahaha
KerisPatih - Mengenangmu
Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu
Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi
Lagu ini sgt sedap didengar jika kalian tidak menyanyikannya sendiri
Posted on 2 November '07 by catzer, under Hiburan, Internet. 3 Comments.
Hari ini ada Jamuan Hari Raya oleh Jana Tanmia Sdn Bhd company yg berjiran ngan opis kakak aku ni. Maksudnya ada mkn2 percuma..ya..aku ulang..PERCUMA. Namun mungkin aku tidak akan hadir kerana hari ini aku tidak berpakaian formal..erk, opis kakak aku ada dress code ke..aku rasa mcm takde jerk..hehehe
So, pagi ini aku merempit awal ke opis, bosan asyik tido jerk..muahahaha..kalian gelak mendengar ayat ini bukan agak mistik bile aku yg boleh menang pertandingan tido sampai mati ni mengatakan ayat bosan utk tido. Alah apa salahnya lebih2 lagi 7hb ni adalah saat dimana aku perlu membuat vision dan mission yg baru. Hari ni aku just updated blog ni ke WP version 2.3.1 dan kebetulan aku temui link sebuah blog yg menceritakan ttg seseorang yg agak familiar namanya pada aku. Surfaddict, wargh sudah jadi keyword carian juga ke?
Results 1 - 10 of about 13,300 for surfaddict
Ops, apa aku melalut ni..oklah post tersebut di tinta oleh seorang wanita yg tidak pernah berkenalan hatta melihat wajah ’surfaddict’. Post tersebut pada awal thn lps dan baru skang aku lihat incoming link ke blog aku ini. Maaf jika aku yg kurang sensitif..
Sesiapa yg mahu mengetahui siapa surfaddict atau sudah tahu (alah, korang ni sporting lah skit..pura2 tak tahu skang juga :p )..aku loloskan link ke blog tersebut agar kalian menemui apa yg ingin aku tunjukkan
SILA BERGOLEK2 KESINI YA KAWAN
Eh, bgnlah beb pi lah update blog ko ke wordpress version 2.3.1. Argh, malaslah aku nak layan ko mlm2 buta ni…Alah..pilah upgrade tak sampai seminit jerk, aku nak tgk apa special nya.
Aku membuka mata perlahan, malaun mana yg dok sibuk suruh aku upgrade blog aku ni. Aku tonyoh2 mata aku nampak fify dok sibuk membuta disebelah aku. Cis, kucing ni makan space sungguh habis tempat tido aku. Argh, mimpi rupanya..Kejadahnya mimpi pasal wordpress plak. Itulah aku ni last time upgrade setahun yg lepas kot.
Di opis,
Adik mana blog wordpress yg ko ckp tu? Angah aku tersengih-sengih..Angah nak buat mcm ni mcm tu..bla..bla..bla..aku on computer dan buat bodoh. Dlm kepala aku berfikir, patutpun aku mimpi pasal WordPress rupanya malaun sorang ni pagi2 dah sibuk cite pasal WordPress.
Amiklah..amik…nak update blog ko ngan wordpress 2.3.1 ni..Kang jadi apa2 bug ke apa ke jgn cari aku..muahahahaha..kakak aku mencebek marah..muahahahahaha..

Posted on 29 October '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi. 12 Comments.
Yer..gelak dan gelak..kalian suke bile aku di ‘tag’ sesuatu yg membuatkan aku membongkar rahsia. Tag ini drpd teman lama yg seangkatan berlabel robotys.
5 perkara yg sebenarnya ingin aku kuburkan dr pengetahuan kalian semua, tp tak mengapa kali ini aku dedahkan demi kebahagiaan bersama..hehehe
1. Aku seorang PEMBUNUH - kejadian ini berlaku semasa hari raya pertama semasa aku di tingkatan 1. Aku terlanggar kucing kesayangan kawan aku sendiri, bukan salah aku kucing itu meluru ke arah motor aku. Pagi itu aku membasuh darah kucing yg terlekat pada motor dgn hati yg berbelah bahagi. Semasa beraya di rumahnya, dia menangis kesedihan kehilangan kucing tersayang. Aku hanya berdiam menyimpan rahsia itu hingga skang.
2. Aku seorang PENAGIH - actually aku tidak bleh hidup tanpa ubat migrain aku. Even berjuta kali mencuba melawan migrain ini tanpa ubat akhirnya ianya bukan menambah baik tp semakin melarat menjadi lebih serius. Aku perlukan ponstan 500mg setiap kali diserang.
3. Aku seorang KARNIVOR - hehehe,aku tak mkn sayur. Dulu masa kecil parent aku pernah cuba paksa aku mkn sayur dgn hanya memasak sayur atau campurkan lauk dgn sayur yg aku tak makan selama seminggu. Hasilnya, selama seminggu itu aku makan di luar.
4. Aku owner uptownmalaysia.com - ini merupakan blog persendirian mengenai malaysia. Aku saje melahirkan blog ini konon2 nya mahu berkongi sesuatu ttg malaysia. Ianya akan diperbaik pulih secepat mungkin dgn entri entri yg berfaedah..hehehe
5. aku suke makan pisang salai dan aku tak mahu korang tahu…nak tahu kenapa? Sbb aku tak mahu menerima bungkusan pisang silai setiap kali kawan2 aku pergi ke Johor..hehe
Argh,gile post ni mengambil masa sehari utk disiapkan..Erm sebagai hadiah utk kawan2 yg aku temui di Rumpun..aku tag:
adar - dia nak bg RM50 percuma skang, baik korang pi skodeng.
omar - erm nak beli baju persetankan bleh order kat dia.
Fiona - sarawakian yg cute
Monster - dia berjaya turunkan berat bdn utk Rumpun..bleh tanya rahsianya?
Budak PSP - hahaha…jgn mare erk
Erm sebenarnya aku mahu tahu semua rahsia blogger di Rumpun..Tp agak melampau jika aku tag semuanya lebih 50 org tu..Gile2
tag source: mohdSuhaimy-robotys
Posted on 29 August '07 by catzer, under Hiburan, Internet, True Life. 12 Comments.
Erm, setelah berbulan2 aku download plugin ni baru hari ni aku ada hati utk mengupload ke dlm server aku..bukan aku kedekut ruang atau sebagainya. Tetapi aku seakan gembira bila ramai yg bertanya ttgnya..
Tukang komen malah lebih sinonim aku gelarkan sebagai mereka yg sanggup meninggalkan memo utk aku baca..”aku melawat blog kau, sila lawat blog aku juga”. Ya, aku pasti akan lawat blog kalian yg sudi tolong jagakan blog aku selama aku tiada.
Hari ni tgn aku lenguh..sgt lenguh..mahu tahu kenapa? Hari ini aku sgt rajin menulis blog..oh..tulis blog bisa buat tgn lenguh ke? Entah..aku mmg suke mereka cipta fakta.
hari ni aku cabut lari balik awal,even seharian hari ni boss aku lepak kat section office aku. Biasalah kadang2 boss pun nak cari ruang untuk lari dr “big boss”. So, lokasi terbaik adalah bilik aku. So, segala aktiviti main games aku terbantut seketika.
Kebetulan seorang “big boss” dr department lain nak jumpa aku hari ni. Tp terpaksa postpone besok sbb aku dia busy. (hehe). My boss ckp ada projek untuk 3-4 bln yg aku kena handle ngan azura, QC merangkap kawan aku gak. Entah betul atau tidak akupun tak pasti.
Uikh, lari dari tajuk sebenar post aku..oklah..2-3 hari ni aku layan friendster sakan. Erm, hari ni aku temui 2 blog lecturer aku semasa di uitm. Taddaaa…
Pn. AmizonÂ
Pn. Fitrah
Sebenarnya kan mereka berdua tak pernah pun ajar aku, dan besar kemungkinan mereka mungkin tak kenal aku. But, mcm biasa natural aku genuine blogger syok sendiri. Aku pergi ke blog mereka secara kebetulan bukan semata-mata mereka lecturer di FKK dulu. Jika kamu seorang blogger, ayuh tinggalkan comment disini beserta url blog agar dapat aku lawati selalu.
Posted on 23 April '07 by catzer, under Internet. No Comments.
Persetankan.com merupakan website yg aku kerap lawati bukan utk skodeng atau membuat comment..yer..aku tahu aku insan yg kedekut utk meninggalkan comment, bukan kerana aku kurang bijak dalam hal itu tp kebesaran huruf M dlm hidup aku buat aku semakin Malas.
Jatuh cinta pada seni photography seawal umur 9 thn buat aku suke pada gambar2 dan camera. Meskipun hingga kini aku tak mampu memiliki kamera idaman aku tp cinta aku pada seni ini tidak pernah pudar. Melihat mereka2 yg gah bersama ’senjata’ kesayangan buat aku tercabar, namun biarlah..photography itu seni meskipun ramai yg telah menukarkan nyer menjadi note berlambang RM pelbagai warna.
Hari ini aku ke site yg sama, membelek2 picture2 yg indah disana. Aku obses pada keindahan setiap gambar, mungkin suatu masa nanti aku akan bina suatu tugu cinta aku pada seni ini. Seni ini adalah memori, yg tak bisa aku pulangkan atau garab kembali.
Posted on 2 March '07 by catzer, under Internet. 3 Comments.