Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.
Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.
Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).
Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.
Hey genie, i got 7 wishes
Sebenarnya post ini ingin direleased seawal thn baru namun terpaksa aku hold untuk buatkan kalian rindu pada aku. Sebagai newbie webmaster aku kalau boleh nak himpunkan apa yg perlu aku selesaikan utk thn ini. Berbanding thn lps kali ini aku sudah cukup matang utk menilai kredibiliti manusia dan persekitaran, oh sudah tua bukan. Ya, thn ini umur aku 27 dan aku mmg sukekan no 7 tu. Hey genie, i got 7 wishes :-
1. Aku ingin menjadi seorang hamba Allah,adik,kakak, makcik,kawan,sahabat,pekerja,teman dan makwe yg baik.
2. Aku nak punyer ramai kawan yg setia dan menghormati aku meskipun aku papa kedana.
3. Aku nak membina empayar Ardent. Muahahaha..ini idea kakak aku
4. Aku nak beli laptop baru dan kamera DLSR.
5. Aku nak buat lesen kete dan beli kete.
6. Aku ingin generate traffic ke blog ini meningkat 500%..muhahaha
7. Aku akan memiliki satu offline business.
Erm, sape kata aku takde azam, ada tau cuma aku malas nak elaborate jerk. Mungkin ianya tidak secanggih kawan2 aku yg lain but at least aku ada wish yg pelik sebagai seorang newbie webmaster.
We’re Moving
Hujung bulan ini aku dan 2 org lagi housemate akan berpindah ke kediaman yg lain. Lebih selesa dan mahal..huhu..but langkah pertama untuk aku capai segala 7 wishes aku tu ialah dgn berpindah ke rumah lain yg lebih selesa dan kurang gangguan. Moreover, rumah kali ini juga dekat dgn Masjid, so perasaan tenang tu menjalar keseluruh kawasan perumahan. Amin
My Niece
erm, Sally aka budak cina ni semakin rapat dgn aku maybe sbb aku cute mcm dia juga kot..hehe. Actually umur dia 5thn dan sudah ada 5 helai baju kindergarten. Tahun ini dia bertukar ke kindergarten lain kerana kakak sepupu dia, Qistina sudah masuk darjah satu so dia takde kawan disekolah lama. Kindergarten kali ni katanya lebih best dr yg sebelum-belumnya..yer aku layankan aje. Hari ini dia belajar main kasut roda, weekend ni mahu main ais skating di Pyramid. Seperti biasa, aku tak mau ikut walaupun dia cium aku sejuta kali..hahaha..aku tak makan rasuah..
2007 merupakan tahun permulaan yg suram dan pengakhiran yg agak kusam sedikit. Namun selepas merempit sekitar shah alam seawal pagi aku sedikit tenang mendengar bunyi motor kriss aku menderum dlm kesunyian malam. Aku pulang lewat malam dan letak helmet, mata aku memandang whiteboard dihadapan aku puas. New year mlm ni aku perlu pasang niat baru, niat yg lebih bermakna utk aku salah seorang webmaster malaysia walaupun sekadar berlabel newbie webmaster.
Disini aku listkan beberapa kenangan terindah aku utk thn ini, ya thn ini 2007:-
Januari - Feb
Awal thn aku masih dlm trauma dimana accident pada bulan 11 thn lepas menyebabkan aku tak mampu berlari, berjln dgn betul dan tidak mampu aktif spt biasa. Doktor ckp buku lali aku crack so no wonder aku mmg terkial-kial utk berjln. Trauma tu ditambah dgn perasaan bosan takde keje dan juga kehilangan seseorang dimana tempat aku bergantung segala-galanya. Januari - Feb juga dtg membawa bebanan teramat besar bile mak dan abah memutuskan untuk tidak menanggung kehidupan aku di bandaraya shah alam ini.
15 Feb - 11 April
Kehidupan aku jadi lebih baik dr sebelumnya, dimana ada peluang utk aku membuat duit online walaupun sedikit tp yg penting halal dan aku tak menyusahkan sesiapa. at least mak dan abah mampu tersenyum kerana aku punyer income sendiri walaupun cukup2 mkn.
11 April - 30 june
Aku bekerja di PHN Industry Sdn Bhd, merupakan pengalaman pahit yg tak mungkin aku lupakan. Di transfer ke 3 department dlm masa 3 bulan, aku bekerja sebagai management trainee. Alasan pertukaran kerana aku mampu jadi multi purpose trainee. 5 minggu pertama aku di Receiving dept sebagai Planner, 4 minggu seterusnya sebagai Quality executive then untuk terakhir kali ditukarkan ke Purchasing and Vendor Development department sebagai purchasing executive. Akhirnya, selepas konvo aku pada hujung bulan 5 aku menghantar resignation letter berkuat kuasa sebulan dr tarikh tersebut. Even, di psycho lebih 4 jam oleh HR manager itu tak dpt mengubah perasaan aku untuk berlalu pergi dr mereka yg mendouble standard kan aku sebagai seorang fresh graduate. Aku terlalu ethical utk bersama mereka, malah aku bukanlah berminat utk bersama-sama mereka yg tidak tahu menghargai kesetiaan aku bekerja dr pukul 7.45 am - 8.45 pm ni.
1 July - 8 August
Aku lebih byk kepada membina balik jati diri yg telah rosak dan hancur semasa bersama PHN. Lebih memberikan tumpuan pada pembelajaran online dan juga hang out bersama kawan2. Selama hampir dua bulan ini aku tido di rumah k.mai, sedikit melarikan diri dari masalah dan bebanan kehidupan. Bulan ini juga hubungan cinta aku spt tiada ada hujung pangkalnya, gaduh dan gaduh dan spt retak menanti belah aku akur. Sekali lagi aku kena demam panas utk thn ni, i got infection kat brain and hampir2 diserang sawan.
9 August - October
Hari paling tragis buat kami sekeluarga, paksue accident. Skang dia sudah tidak koma lagi tp lumpuh separuh badan sebelah kiri dan hilang short term memories. Dan disaat semua indah meraikan kejayaan PMR, dia tetap berbaring dirumah dan adakalanya duduk di kerusi roda. Pertuturan yg tidak jelas dan bisa buat aku menangis melihat keadaan dia skang. aku masih ingat berulang alik ke HKL dr shah alam untuk melawat dia di wad ICU HKL dan juga bile dia dah stabil namun masih belum sedarkan diri. Dia sedar setelah hampir sebulan coma, syukur kehadrat ilahi dia masih bersama kami. 25 August aku ke Rumpun 2007 walaupun saat itu hati aku berbelah bahagi dgn keadaan paksue. Pada bulan ini juga aku berhenti berharap utk mencapai cita-cita aku sebagai seorang engineer. Aku bukan tidak mahu berusaha tp cukuplah aku mengejar bayang2 sendiri.
November
Aku suke bulan ini kerana byk anniversary yg aku raikan. 7 nov genap umur aku 26 thn bermakna budak yg cute ini sudah menjangkau umur dimana setiap org gatal mulut tanya bile nak kawen. Pleaselah..give me a chance nak hirup dunia single ni puas2. Waktu study mmg tak bleh nak rasa kebahagiaan mcm skang ni. Hari2 kelas, assignment, test and final. Done, all 25 years tu dah gone. So, biarlah 26 ni menjadi lebih bermakna. Anniversary catzer.com pun bulan yg sama juga. Dan pada bulan ini juga aku merompak keyword newbie webmaster menukarkan title sedia ada pada waktu itu.
December
Bulan ini aku menggila sedikit dgn membeli beberapa domain dan hosting. Ya, utk projek thn depan yg aku tak plan pun. Erk, kalian mesti kaku mendengar ayat tidak plan tu. ya, aku bukanlah seorang yg suke plan, do and action. Mmg aku merupakan seorang yg berhati gila, buat sesuka hati aku jerk.Muahahaha. Bulan ini buat pertama kalinya aku memasang azam setelah hampir 6 thn takde azam.
Posted on 31 December '07 by catzer, under Internet, True Life, webmaster. 39 Comments.
Aku baru sampai di rumah, spt biasa tanggal kasut,on laptop, on power supply, tanggal helmet, letak beg, tanggal jaket..bump..hehehe..aku mengadap laptop.
Hari ini dua kali aku baca ttg satu lagi pengiklanan baru utk blog local spt ini. Ya, blog newbie webmaster ini serba sedikit perlu aku monetizekan maklum sajalah aku ini penanam anggur tegar hanya membantu kakak aku di opis. Jika dia baik hati adalah “buah tgn” dr dia. Apapun blog ini tetap punya identiti sendiri, bukan kerana duit tp kerana hati..(uwek, muntah plak aku nak tulis mcm tu)
Newbie webmaster mcm aku ini agak dahagakan ilmu, jadi semasa aku men”digg” beberapa blog melayu sungguh ghairah menceritakan ttg Nufflets. Lebih lanjut boleh baca di blog megat, fahmishah dan mael. Jika mael mengklasifikasikan nufflets sebagai google adsense versi Asia aku sedikit teruja tambahan pula nufflets membayar dgn US Dollar. Sungguh-sungguh menarik ni.
Sempena azam dan nekad thn baru ini, nufflets akan menjadi mangsa kerakusan manusia yg dahagakan income dr blog mereka. Bagaimana click fraud akan diambil kira oleh nufflets? Sedia maklum rangkaian Asia merupakan penyumbang click fraud terbesar di dunia. Aku harap nufflets bukan sekadar menjanjikan keindahan kata-kata bersikap sementara. Majulah Nufflets untuk Malaysian.
Short review :-
Hari ni ahib buat debit card Public Bank,setelah sejuta kali kena kutuk rapat dgn aku. Ya, aku tahu byk bank yg tawarkan debit card contohnya NexG, Al-Radji,dan beberapa lagi. Tp debit card public bank mmg thumb up. Dan satu lagi aku merupakan pemilik card ATM maybank yg serupa debit card. Bangga gile isi minyak motor kat Petronas seksyen 13 pakai kat ATM Maybank..Hehehe
supershot review :-
aku dah dpt total usd15 dr nufflets, and satu lagi yg aku suke ttgh noktah hitam ialah kepantasan dia membuat plugin utk nufflets. I love noktah hitam, you’re rock dude.
Aku rasa byk cart/e-commerce system wujud dlm beberapa tahun kebelakangan ni. Namun tak pulak aku sangka sehingga kepada penjual rugs juga sudah kena tempias kemodenan ini. Aku masih ingat masa zaman kanak2 dulu, bai2 dtg menjual cheap rugs kat rumah aku. Erm, korang tahu tak bai tu apa? Akupun tak pasti betul ke eja perkataan “bai” tu dan memang keje mereka menjual pelbagai cheap area rugs yg sememangnya telah menarik mak aku terlibat sekali dlm kancah shopping di rumah.
Online shopping telah membantu mengurangkan pelbagai kos utk housewife yg mmg pandai utk berjimat cermat tp aku terfikir juga berapa ramai rakyat malaysia yg suke beli rugs secara online berbanding pergi sendiri ke kedai yg menawarkan discount area rugs. Kalaulah raya akan datang ni aku leretkan mata mak aku ke website ini:
http://www.superiorrugs.com dgn header yg menarik ni “www.superiorrugs.com is a great rugs site that provides high quality rugs at low prices”. Adakah dia akan tertarik atau tertolak?
Aku rasa mesti dia lebih suke untuk keluar melihat sendiri,mungkin the feeling of shopping tu yg ingin dikejar oleh kaum hawa ini. Aku teringat seorang kawan bertanya mmg wanita suke menghabiskan duit dgn shopping ke? Aku sendiri tak pasti apatah lagi aku mmg buka kaki shopping. Even website2 rugs sebegini menawarkan free delivery, aku rasa tak ada seorang hawa yg akan direct purchase dr site tersebut, mereka tetap ingin berkunjung ke kedai.
So, berapa ramai Malaysian yg terlibat dgn online shopping ni? Aku rasa boleh kira ngan jari kot.
Posted on 25 December '07 by catzer, under Fakta, Internet, Teknologi. No Comments.
Sorry, sorry sgt2 sebab aku tak dpt updated blog ni hari2. Aku mmg takde masa sbb sibuk tolong kakak aku uruskan company dia. To be honest, aku mmg stressful sbb blog ni sedikit bersawang. Timbunan tekanan buat aku yg comel ni semakin comel tertimbus oleh work load. Aku tak dpt lari kali ini, lari dari masalah bukanlah cara seorang webmaster. Yer ke? Ye kan ajerlah.
Erm ada byk benda aku nak cite kat korang ni..Jeng Je Jeng..erm, aku dpt organizer baru dr abang ipar aku. Sesuatu yg aku mmg ingin ada utk tahun baru ni. Bersama organizer itu aku letakkan sebatang pen yg telah diukir nama pemiliknya. Ya, bukan nama aku sbb pen tu aku tanpa segan silu minta pada pemiliknya. Organizer tanpa pen, takde maknanya.
Erm, apa lagi must have items utk webmaster erk? Aku sepatutnya potong ’s’ pada item tu. Ada beberapa keperluan sebenarnya tp sesungguhnya otak aku tak bleh nak recall skang ni kerana mereka tgh berehat2 sambil membiarkan aku berfikiran kosong.
Ada beberapa target utk thn baru ini, yg pastinya semua berkaitan buat duit online. Yer, aku tahu aku bukanlah top earner untuk google adsense ataupun affiliate. Tp, biar apa titik permulaan sekalipun at least aku learn sesuatu yg terlalu mahal utk dibeli. Buat duit online bukanlah mimpi lagi di Malaysia ini lebih2 lagi NST telah mentabalkan 3 webmaster yg mampu membuat duit secara online 100% full time dr rumah. Alang, Liewcf dan Gobala Krishnan. Untuk tahun ini sahaja aku dpt lihat ramai lagi yg telah menghantar surat perletakkan jawatan mereka utk meneruskan perjuangan sebagai full time internet marketer. (Termasuk aku - sebenarnya aku seorang newbie yg perasan bleh jadi mcm diaorg).
Ada seorang blogger yg aku ingin pastikan status dia skang, yg pasti MENJ sudah mampu tergelak bile membaca kekaguman aku terhadap dia skang. (itupun kalau dia singgah kat sini,hahahaha)
Ini adalah mouse baru aku, free dpt dr wayer..erk diapun dpt free gak dr mobil.
Inilah kesayangan aku,organizer baru lebih2 lagi sbb dpt free..hahaha
Basic SEO merupakan pelajaran paling mudah tp agak detailed terutamanya utk newbie mcm aku ni. Search Engine Optimization atau singkatannya SEO merupakan salah satu cara utk kita menjadikan site kita ini mudah utk disenarai putihkan di search engine. Me ‘marketing’ kan blog kita dalam masa tertentu merupakan fungsi SEO ini. Ianya merupakan usaha jangka masa panjang dan berterusan.
Search Engine Optimization terbahagi kepada dua jenis iaitu On Page Optimization dan juga Off Page Optimization. Kenapa terbahagi kepada 2 jgnlah tanya aku tp yg pasti 2 basics ini ibarat pintu luar dan pintu belakang, ke dua-dua optimization hendaklah dikukuhkan supaya site kita friendly search engine. Disini aku senaraikan apa itu onpage dan off page:-
On Page optimization:
Title,description,keywords tags
alt property
header tags
navigation.
Off page optimization:
Directory submission
link exchange
article marketing
press release
Blog commenting
Kebiasaannya kita melakukan on page dan terus melupakan off page optimization dan sebaliknya. Biasanya on page dilakukan semasa pertama kali kita nak develop sesuatu site ataupun blog. Manakala off page optimization biasa dilakukan sepanjang blog/site itu masih hidup. SEO akan membantu kita menaikkan ranking site dan spider/robot mmg suke site yg seo friendly. Adakah site aku ni seo friendly? Mcm mana nak tahu site kita seo friendly. Muahahaha, sape tahu tinggalkan komen. Sape tak tahu pun tinggalkanlah komen gak..
Erm, ada beberapa video yg aku susah nak dptkan dlm bentuk DVD so akan aku gunakan youtube utk mendownload ke semua video porno..erk pembetulan video anime yg aku inginkan. Erm, jika window blinds boleh menukarkan perasaan aku kepada web 2.0. Vdownloader boleh membuatkan aku tersenyum sendirian. Agak mereng tp mmg menyeronokkan jika kita boleh dptkan semua video secara percuma kan? Erm, mungkin ada benarnya aku telah di label sebagai lanun oleh kawan-kawan aku. Tp benefitnya tidak lari kemana, aku tidak untung atau rugi pun berkongsi faedah yg sama bersama2 kamu semua.
Jika kalian mahu melakukan video marketing, Han ada memberikan ebook percuma bagaimana video editing boleh dilakukan secara percuma. Aku sudah lama bersetongkol dgn video editing jadi mmg terlalu mudah utk dilakukan dgn window movie maker. Argh, satu lagi teknik yg boleh buat kalian tersenyum jika benar2 mahu mengaplikasikan penjanaan visitor ke blog atau blog2 kalian. Berkesan jika berterusan.
Sejujurnya aku sekadar suke mengedit pic2 dan masukkan beberapa lagu favorite aku kedlmnya. Terasa spt sentimental value nya terlalu tinggi.

Erm, vangardx dah lama cite pasal nak buat
competition top commentator ni. Erm, salah satu cara utk mengalirkan traffic pada kelajuan maksimum adalah dgn membuat contest di blog. Dgn pelbagai hadiah yg menarik tu, aku pasti
bandwitdh dia akan out lagi. Tp dgn bantuan
planhoster aku rasa masalah bandwidth tu akan selesai dgn segera.
Dulu aku rajin juga meninggalkan komen pada blog milik beberapa org rakan spt mael. Namun dgn kewujudan top commentator aku semakin menjauh dr blog2 tertentu. Jika kalian perasan tiada top kaki komen dlm blog ini, kerana aku lebih suke menggunakan plugin commentluv dimana latest post pengomen tertera tanpa aku perlu ke blog kalian. Mudah bukan?
Namun, skang sudah sinonim top commentator sentiasa di cari dimana2 blogpun. Aku mahu mencari sesuatu juga dr kalian semua tp bukan sebagai top commentator. Aku ingin temui ketulusan hati kalian dtg melawat blog ini meskipun tiada apa yg dpt aku beri. :p Tidak semua visitor akan dtg hanya kerana top commentator bukan? sebab setiap blog ada sesuatu kelainan kerana manusia itu mmg beda..sgt berbeda..lahirpun ber bin kan nama yg tidak sama.
Goodluck pada kawan2 yg bakal menang di blog vangardx nanti. Aku suke melihat kemenangan meskipun aku sendiri tidak faham apa ertinya. kalian pasti rugi jika tidak terselit nama dlm pertandingan tersebut. 
Semlm aku sibuk membelek buku2 lama C++, subjek yg aku dpt cukup2 mkn dan salah satu subjek yg menjadi punca aku failed satu subjek yg lain. Pelajar engineer dipaksa menelan bahasa coding-coding telah menyebabkan kelimpahan enzymes2 dlm kuantiti berlebihan dan merosakkan sedikit system imunisasi badan. Akhirnya aku antara student engineer yg cukup2 mkn utk subjek C++.
Lantaran fobia dgn subjek C++, aku berlari jauh dr konsep yg tidak mampu aku fhm. Ibarat mak salleh yg dipaksa memakan belacan, aku cuba mendalami ke “sedapan” makanan baru ini perlahan-lahan. Hingga ke saat post ini di publish, aku masih terpinga-pinga tak keruan. :p
Semlm aku berjaya merosakkan beberapa theme dan memulihkannya semula. Belajar dr sesuatu yg rosak lebih tipikal berbanding belajar mencipta sesuatu yg baru. Seorang webmaster tidak akan sesekali lari dr kerosakkan, pantang webmaster lari dr masalah. Erk, sebenarnya aku juga selalu lari dr menyelesaikan masalah berkaitan website development. Bukan kerana aku takut pada cabaran tp mungkin belum masa utk ber ‘perang’.
Posted on 21 November '07 by catzer, under Internet, Komputer. 10 Comments.