Archive for 'Beautiful Islam'
Hari ni best skit sbb dpt solat subuh seawal mungkin, hehehehe..Hari ni gak aku berpeluang buka pintu koridor pagi-pagi. Masa aku kecik lps solat subuh mak akan suruh aku buka tingkap awal2 pagi biar rezeki masuk. So, waktu aku buka pintu tu aku melepak jap kat koridor tgk byk van sekolah lalu dan juga bas kilang. Awal pagi lagi ramai yang sudah keluar mencari rezeki. Syukur di bumi Allah ini masih ada rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua.
Semlm aku tidur awal, lps solat maghrib aku tido. Then terjaga pukul 1 aku solat Isyak dan waktu tu adei sungguh sunyi takut plak aku sedar sorang-sorang. But waktu itu jugalah paling sesuai utk melakukan keje. Rezeki aku pada waktu-waktu begini, erk mcm kelawar plak aku..ish..
Bulan ini walaupun belum tamat, byk menguji aku menjadi seorang yg mengalah dlm byk hal. Adakalanya kedegilan aku tolak tepi dan aku mengalah, setiap kali solat aku berdoa semoga hati aku menjadi lebih tabah dan dpt memperbaiki byk keburukan dlm diri. Alhamdulillah, sifat mengalah itu byk menyedarkan aku adakalanya kita perlu lepaskan sesuatu/seseorang pada suatu masa yg terbaik. Insya-allah bermula hari ini aku tak punya kesempatan untuk kerap berblog kerana tugasan semakin melambak. Mungkin apa yg aku ingin sampaikan tidak jelas atau sukar difahami tp a good lesson dlm hidup aku sentiasa aku share disini.
Jika ada masa tertentu kalian berang kerana dugaan yg Allah beri, kita selami semula mengapa Allah permudahkan org lain tp tidak kita. Sesungguhnya semakin besar dugaan Allah pada kita semakin dia Mengasihi kita. Mengapa Allah memberi org lain rezeki yg berlimpah ruah sedangkan kita terlalu sukar utk memperolehinya. Fikir-fikirkan apa perbuatan kita yang membuat Allah murka dan disukarkan rezeki kepada kita.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
So dlm 43 perkara ni aku jamin ada lebih dr 5 ada dlm perbuatan kita seharian. Jadi aku memperingati diri sendiri dgn post ni, semoga ianya bermanfaat juga pada kawan2 yg lain. Jika dengan Allah kita masih mahu mendabik dada dan ego dibumi-Nya, tidak mahu mengalah dan mengakui kesalahan sendiri. Tiada siapa yg dpt membantu kita disana, sesungguh-Nya setiap apa yg ada dimuka bumi ini adalah milik Dia. Jadi jgnlah menyangkal kebenaran kerana keegoan. Jgnlah meninggalkan solat kerana kerja2 dunia..Aku pernah bekerja di company dimana ramai staff dimarah hanya kerana pergi bersolat. Ini Malaysia dimana ramai rakyatnya Islam tp mengapa bersolat itu ditegah? Mengapa takut dimarah client/boss tp rela dimurkai oleh Allah? Mengapa sanggup bekerja ditempat sebegitu dan meninggalkan solat semata-mata kerana wang? Mungkin ada yg akan ckp aku tak fhm sbb aku bekerja sendiri dan zaman skang tidak sama spt zaman nabi. Tidak kah kalian fikirkan betapa baiknya Junjungan Rasulullah s.a.w memohon agar solat ini dikurangkan menjadi 5 waktu utk umatnya?
Aku bukan ustazah untuk ber tazkeerah di blog aku ini dan sejujurnya aku akui aku juga kalangan mereka2 yg lupe janji dgn Allah. Tp, selagi pintu keampunan masih terbuka aku kudus tunduk sujud padanya. Aku mahu kembali, kembali pada-Nya dengan hati yg tulus. Aku tidak mahu kembali dgn hati yg penuh kehitaman. Aku memperingati diri sendiri,jika aku terlupa inilah post yg akan mengingatkan aku.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429H
“Ya, Allah ampunkanlah segala dosaku untuk tahun ini dan jadikanlah tahun depan tahun yang baik bagiku… Aamiiin”
Baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada akhir waktu asar (sebelum maghrib)
Baca doa awal tahun selepas maghrib
Azam tahun ini:
Gunakan 5 perkara sebaiknya sebelum datang 5 perkara lain.
salam Maal Hijrah dr aku seorang newbie webmaster yg mmg agak blur dan selalu menyesakkan nafas kalian. Kunjungan tahun baru islam ini akan mencoretkan sesuatu yg lebih indah dan sememangnya biarlah thn ini menjadi tinta terindah utk umat islam sedunia.
Semestinya utk rakyat Pakistan semoga kehidupan mereka akan lebih baik thn ini meskipun pemimpin kesayangan mereka tidak sempat meraikan thn baru 1429 ini. Sesungguhnya memang inilah saat2 yg aku nantikan, ingin berubah menjadi insan yg lebih baik..ya lebih baik..
Beberapa pengajaran penting sempena tahun baru islam ini boleh kalian baca disini.
Doa utk akhir thn dan awal thn disini
Posted on 9 January '08 by catzer, under Beautiful Islam. 10 Comments.
Pagi ni kakak aku beritahu Former Prime Minister Pakistan,Benazir Bhutto atau lebih dikenali sebagai Ms.Liberty telah pulang ke Rahmatullah. Al-fatihah buat dia dr kita semua umat islam. Sedikit terharu dgn pemergian tragis sebegitu, betapa susahnya untuk berpolitik di Pakistan lebih-lebih lagi dia adalah seorang perempuan.
Tragis dgn kematian Benazir Bhutto, aku mengheret diri kebeberapa page berkaitan pembunuhan beliau:-
Bhutto’s assassination rocks Pakistan
Pakistan’s Bhutto Killed in Attack
Benazir Bhutto killed by bomb blast
Pakistan opposition leader Benazir Bhutto Shot died
Bhutto Slideshow from Yahoo
Domain name atas nama beliau sudah habis dibeli oleh mereka2 yg pakar. Kata2 terakhir Benazir Bhutto ttg kematian adalah sgt menarik utk kita semua perhalusi.
“Allah has written death for me some day, i would go happily”
Posted on 28 December '07 by catzer, under Beautiful Islam, Isu Semasa. 5 Comments.
Tahun ini berlalu dgn cepat sekali, Maulidur Rasul datang kembali tanpa aku perasan. Betapa teruknya aku tidak mengingati hari Keputeraan Rasul yg Tercinta. Sebenarnya bukan aku terlupa langsung, tetapi mungkin kerana sambutan terhadapnya tidak seperti sambutan tahun baru hatta hari raya.
Namun, cinta aku padanya membuatkan hati aku merintih dan menangis. Betapa kasih seorang Nabi pada umatnya, aku menunduk malu. Terima kasih buat post dr mail yg membuatkan aku ingin melakukan post yg sama.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua umat islam di dunia.
Posted on 30 March '07 by catzer, under Beautiful Islam. 3 Comments.
MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun disunatkan dibaca 7 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (more…)
Posted on 19 January '07 by catzer, under Beautiful Islam. 6 Comments.
RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
So, jgnlah sebarangan memotong kuku pada hari2 yg korang suke jer. Hari yg tidak digalakkan ialah hari sabtu,ahad, selasa dan rabu. Kadang2 sebagai seorang islam kita selalu meremehkan perkara2 kecil dan suke berdebat perkara2 yg besar. Hakikatnya, perkara2 yg kecil ini byk mempengaruhi kehidupan seharian kita. Aku just share apa yg kita tahu tp tak buat. Sekadar memperingatkan diri sendiri dan pembaca blog ni.(Kalau org tak baca blog ni, korang refer diaorg ke blog ni).
p.s - jgn mempertikaikan sabda Nabi kita ini, aku pernah dikritik mengenai sabda yg aku letak dlm blog. Ada yg kata pandai2 jer kata sabda tu dr Nabi. Oklah, kalau nabi tak bersabdapun, apa yg aku share adalah ilmu yg baik dan bukan ilmu yg bukan2 dan syirik. Nauzubillah. Susah nak berdebat dgn org yg terlalu pandai.
Posted on 3 January '07 by catzer, under Beautiful Islam. No Comments.
LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud.
Nasihat Luqman yang berguna untuk pedoman dan hidup kita, termasuk :-
1) Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis ulama dan dengarlah kata-kata hukama (orang yang bijaksana). Hal ini kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2) Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka.
Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasakan nikmat itu.
3) Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya. (more…)
Posted on 12 December '06 by catzer, under Beautiful Islam. No Comments.
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat). (more…)
Posted on 10 December '06 by catzer, under Beautiful Islam. 2 Comments.