Okies..esok 7hb Birthday aku yg ke..erm tekalah sendiri yg pastinya aku dah melangkau jauh dari keselesaan seorang remaja..
So mlm ni aku akan sambut dengan kawan2 dirumah. Patutnya semlm aku keluar mkn mlm bersama keluarga, setiap bulan itulah aktiviti satu family pi mkn2 di tempat yg best. Kali ni mereka tibai seafood kat Pelabuhan Klang. Aku tak dapat join sbb tgk wayang di Cineleisure Damansara, Tropic Thunder. Since aku ada allergy ngan seafood tahan jerklah perasaan dengki dan terbyg ketam, udang galah yg besar, ikan siakap masak kukus..erm..lapo2
Erm pengajian tempoh singkat aku ada beberapa gangguan iaitu tidak dapat memberikan focus yg sebenar. Tp takpe insya-allah sempena peningkatan Umur dalam masa beberapa jam lagi..(Aku lahir jam 0200 pada 7hb 11) aku dah rancang beberapa tindakan susulan yang akan mengerak kan aku dari zon sekarang. Chaiyok.
Berkaitan ebook percuma aku, thanks sekali lagi pada mereka yang menjayakan usaha murni aku ini. After lebih 2 tahun dalam dunia pemasaran internet aku merasakan ada kekosongan dalam dunia ini. Iaitu kuasa berkongsi banyak perkara secara percuma..hahaha
Okies aku dah confirmkan cup cake utk birthday aku, dan menu mlm ni ialah Pizza Domino dan beberapa side dish lagi..Yummy yummy. So jap lagi aku nak rempit ke puchong, mana2 geng puchong kalau rajin mohlah jumpa nanti erk. Sbb aku mmg selalu ke sana pi umah kakak aku kat Apartment Kenanga, before this dia duduk kat D’Kiara. So minggu lps baru pindah ke Kenanga. Area situ juga dia pindah, paling malas bab pindah umah ialah packing dan unpacking. So, lunch ni boleh aku pow kakak aku..Even umur aku skang tak layak nak dpt duit raya..tp bile bab2 belanja mmg mereka tetap kena belanja aku sbb aku kan “adik”..hahahaha..Erm kalau dah ada jual pisang goreng kat Seksyen 19 tu nak belilah..
Ops..bonda dah call..Terpaksa aku tamatkan berborak ni cepat2. So, lekas wish birthday kat aku
Posted on 6 November '08 by catzer, under True Life. 22 Comments.

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya sebelum tamat bulan Oktober ebook percuma aku dapat di hasilkan dengan jayanya atas bantuan beberapa orang rakan. Idea ebook Manual Newbie ini muncul pada awal bulan 6 kalau tak silap aku memandangkan pada bulan itulah domain dibeli. Aku mula membina draf dan mengumpul maklumat pada bulan 7 dan 8. Dan menjelang awal bulan 9 iaitu hari pertama puasa aku mula mengarang ebook percuma ini mengikut pengalaman dan pengetahuan aku sebagai seorang yang suatu ketika dulu buta IT. Namun ebook ini bukanlah 100% berkisar kepada pengetahuan IT aku lebih tertumpu kepada pengetahuan IT dalam kehidupan seharian seorang internet marketer. Mmg terlalu banyak kemahiran yang perlu dimahirkan tetapi untuk versi pertama ini aku aturkan 19 kemahiran yang wajar di ambil tahu oleh semua newbie IM.
Minggu ini setelah berhempas-pulas memperbetulkan draf-draf asal akhirnya ebook ini dapat aku terbitkan pada hari Deepavali. Erm mudah utk aku ingat sampai bila-bila. Aku berharap kehadiran ebook percuma ini tidak menjadi pertikaian oleh mana-mana pihak kerana kajian telahpun dilakukan selama 2 bulan dan aku menganggap ebook percuma ini sebagai hadiah aku kepada rakan-rakan IM bersempena hari lahir aku tak lama lagi..hahahah…
Erm, so dlm bulan ini aku nak mencadangkan beberapa sumber yang boleh diguna pakai:
Untuk copywriting aku tetap letakkan RMCopy #1
Manakala Untuk servis pembangunan laman web dan pemasaran internet aku sejujurnya mencadangkan ProjekNiaga (wei..lps ni belanja aku mkn dah promote gile2 ni)
Dan Penyedia hosting, siapa lagi kalau bukan PlanHoster, beb Mie dah upgrade gile2 server dia sampai mkn megi jerk bulan ni..
Erm,tak lupe juga society network untuk internet marketer, IEM. Ya, mmglah aku punya site sbb tu aku promote..hahaha
Aku nak pi beli nasi lemak..lapo2
Sebarang permasalahan bolehlah di hantar ke:
Manual Newbie Support
Aku akan menghubungi korang kembali dengan sepantas kilat..hehehe