Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive by Author

    Are You Tough Enough? Prove it

    Sabtu lepas aku mendapatkan rawatan lanjutan di klinik Seksyen 7, batuk menjadi tidak terkawal malahan badan aku rasa spt diawang-awangan. Seluruh badan terasa sakit kerana batuk yg teruk. Doktor mengambil sampel darah utk blood test. Keputusannya, syukur tiada Denggi hatta chikun kunya. Platlet dalam darah pada kadar 1000 lebih, namun berita gembira tu tidak lama. Doktor menunjukkan keputusan ujian darah pada aku, ada 10.8 kandungan bacteria dlm darah aku..Erk..Aku tergamam…dari mana pula datangnya bacteria ni?

    Pagi tadi, pukul 5 am..Aku batuk teruk dan hampir pengsan di bilik air..Badan aku lemah dan terima kasih buat rakan2 umah yg membawa aku ke klinik..Jadual untuk ujian xray hari ni dibatalkan..Doktor bg aku masa 2 hari lagi untuk mencuba beberapa ubat tambahan..Jika batuk masih berterusan, ya..xray jalan terbaik. Maaf pada kengkawan yg menghubungi aku dlm tempoh minggu lps dan minggu ini..I’m sorry, aku mmg tak available. Doakan aku cepat sembuh..Hari ni masuk 8 hari aku batuk, aku harap dlm tempoh 2 hari lagi aku akan sembuh..Doakan Tau..

    Posted on 18 August '08 by catzer, under True Life. 7 Comments.

    Menangani Demam Yang Sengal

    Hari ni genap 5 hari aku demam..so satu rekod juga untuk demam tahun ini. Sorry kengkawan kerana aku tak dapat reply komen korang sume satu2 secara personal..Jujur aku ingin menjawap dengan penuh perasaan teruja dan ghairah..tp adei..sakit tekak, batuk, selesema,sakit kepala,sakit mata…etc..argh..demam yang sengal ni buat aku hilang keupayaan untuk tersengeh.

    Semlm aku pergi ke klinik lagi tp kali ni klinik yg tidak pernah aku pergi..Rata-rata klinik di Bandaraya Shah Alam ini penuh dengan org..Wargh..semua sakit ke..sudah jadi wabak apa demam ni. Aku dengan wayer berpusing-pusing mencari klinik yg sesuai..istilah sesuai ialah tidak ramai org yg sakit menunggu utk rawatan. Jika kita duduk bersama mereka2 terlalu lama kita juga boleh menjadi lebih sakit..So itu adalah teori perubatan percaya atau tidak..aku mahu percaya kerana sistem badan aku lemah jadi aku tidak mahu berkongsi oksigen yg tercemar. Semasa di Seksyen 7 aku punya doktor peribadi sebelum dia dipindahkan ke cawangan lain, bila doktor baru masuk..ah..tidak selari dengan perasaan aku..Malah chargenya juga berganda..jika dulu aku demam sekadar byr RM25-RM35 sahaja paling tinggi kena charge RM72 jika aku mengambil suntikan. Tp, bila bertukar doktor aku di charge RM45..Wah..Mahal..

    Jadi alternative setelah berpindah ke seksyen 19 ialah Klinik Nik Ishak seksyen 18, doktornya sgt baik..huhuhu..dan sedikit hensem..Sgt mesra alam, chargenya juga sekadar bawah RM40..Ya beza tak byk hanya RM5 tp RM5 itu juga boleh buat isi duit minyak motor tau. :p Tapi semlm klinik tu tutup awal sebab doktor ada emergency jadi aku ke klinik Ng dan Lee. Doktor cakap ala kadar, then bg aku ubat panadol, antibiotik, lozenges dan ubat batuk. Resit terpamer RM42..Wargh…Untuk konsultansi tidak sampai 5 minit aku sudah dicharge RM42. Ubat nya juga hanyalah ubat biasa..Jika di Seksyen 7, RM45 ubatnya lebih bermutu mungkin kerana ada rekod perubatan aku terdahulu jadi mereka lebih arif..next time aku akan kembali ke seksyen 7..Berbaloi dan..erm doktor baru tu hensem juga..

    Kerana ubat yg diberikan tidak berapa sesuai ngan dos yg sepatutnya, mlm tadi aku ke seksyen 7. Pergi ke farmasi yg aku biasa pergi utk mendapatkan ubat spt yg disyorkan oleh doktor peribadi sebelum ini. Mlm ni aku boleh tido lena ya aku pasti sbb ubat kawalan ini mmg bukan semua org boleh beli..Argh…itulah masalah bile bdn aku hanya bertindak balas pada dos yg tinggi. Esok jika aku rajin mahu pergi buat ujian darah di Klinik Komuniti Seksyen 7. Argh..Bandaraya Shah Alam mmg SENGAL..Tiada hospital kerajaan yg berlambak hanyalah Hospital Swasta..Ada satu berdekatan rumah aku..3 malam disana chargenya melebihi RM1k..Mahu masuk ke sana deposit nya RM1k..Wargh..Jika aku sakit nanti antara duit dan nyawa..takperlah..aku heret credit card sekali. Aku bygkan bagaimana mereka yg berpendapatan rendah, sanggup menunggu seawal 7 pagi untuk mendapatkan rawatan di klinik komuniti yg beroperasi masa pejabat sahaja sungguh SENGAL. MB tolonglah lakukan sesuatu, lebih baik dirikan Hospital dari sibuk-sibuk pasal UiTM. Aku mahukan hospital kerajaan di Shah Alam. Hospital Klang sudah terlalu sesak dan padat, malahan pengalaman aku menunggu selama 6jam untuk mendapatkan rawatan sudah terlalu susah untuk dilupakan.

    Erm, aku tidak online sepanjang demam..Ye ke??? kekeke..aku online tp tidak sekerap biasa..Aku lebihkan tido, mkn, tido..luckily berat aku stabil..kalau susut aku mula risau. Ptg tadi MBSA sembur untuk denggi. Argh..sengal..budak serumah semua nasihatkan pergi buat ujian darah..Ya..Ya..Aku akan pergi check kalau klinik komuniti itu tidak sesak..muahahaha..esok jumaat pastinya klinik tu akan roboh diserbu penduduk shah alam dan sedikit komuniti dr Klang. Jadi, aku mungkin akan ke klinik swasta jika itu berlaku..Wah, duit lagi. Jadi sediakan tabung kecemasan sebelum sakit.

    Batuk kali ini telah menyebabkan infection pada peparu aku..Yup, aku ada jangkitan pada peparu ketika tingkatan 3. So, aku tak boleh batuk lebih dari 2 hari..Jika lebih dari tu infection akan berlaku semula. So aku kena mkn byk ubat antibiotik, so mereka yg pernah kena bronkitis berhati-hati kerana jangkitan pada peparu akan lebih mudah berlaku pada sistem badan yg pernah diserang. Syukur aku mmg mempunyai skill meng diagnosis diri sendiri, maklumlah dulu cita-cita mahu jadi doktor atau engineer jadi aku pro kepada subjek bio dan physic.

    Argh..panjang melebar pulak post kali ini, kengkawan jaga kesihatan anda dengan memastikan meminum air mineral byk2, mandi byk kali, jgn minum ais byk2, jgn mkn ice cream sgt2..( erk, semua ni mcm mengutuk diri sendiri jerk) :P

    Posted on 14 August '08 by catzer, under True Life. 7 Comments.