Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Catz

    newbie webmaster

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Beberapa butiran yang perlu kalian tahu tentang aku:

    Nama : Catz aka Catzer
    Birthday : 07 November 198X ( Pergi 7Eleven ingatlah birthday aku erk)
    Jantina : Hawa
    Hobi : Tido, makan dan “Menembak”

    Sebagai seorang yang bakal menjadi problogger, ada sedikit kisah dlm hidup aku yang perlu kalian tahu semoga apa yang aku coretkan nanti boleh membuatkan kalian memahami penulisan aku di dalam blog ini.

    Aku dilahirkan disebuah kampung yang agak terpencil atas permintaan arwah datuk. Jadi dilahirkan di kawasan bertanah merah becak semasa hujan dan berdebu merah semasa panas, aku menjadi seorang budak yg nakal dan comot. Membesar bersama abang-abang, aku di ajar erti mempertahankan hak seorang insan, melindungi dan membantu mereka yang lemah, bergasak bersama pembuli dan sebagainya. Setiap cuti sekolah, aku dibawa pulang ke rumah nenek di pekan ataupun melepak dirumah kakak-kakak di bandar. Menjadi saksi pelbagai globalisasi, aku nekad bergerak mengikut arus aku sendiri. Syukur aku tidak terjerumus dalam gejala bohsia yang glamer semasa aku di sekolah menengah. Mungkin sejak kecil tinggal bersama mereka yang menjaga adat dan adab, membantu aku mengharungi globalisasi sebaik mungkin.

    Dalam bidang pendidikan, aku mmg student tercorot semasa di sekolah rendah. Selalu hadir kelas lewat, gagal ujian, tidak aktif dlm apa-apa aktiviti dan sebagainya. Sebenarnya, semasa disekolah rendah budaya guru membuli pelajar miskin spt aku ini mmg ketara. Kami di anak tirikan, selalu mendapat buku teks yang sudah lusuh, tidak mendapat skim bantuan makanan dan biasiswa, selalu didenda dan dihina oleh guru, tidak mendapat peluang utk apa-apa sahaja. Bukan aku tidak mahu mengadu, tapi di saat itu aku ingat kata abah “Biar kita miskin harta, jangan miskin adab dan bahasa”. Aku menjadi budak pendiam dan lebih suke duduk di dlm library. Semasa aku bersekolah rendah, parent aku tiada bersama keluarga kerana perlu menguruskan arwah atuk yang sakit di Johor. Dalam diam sebenarnya aku memprotes, mencalarkan kereta guru, memancitkan tayar motor guru, menyorokkan basikal budak2 yg menghina kami dan paling best bila di luar sekolah kerana keluarga aku bukanlah semiskin mana, cuma kerana kami ramai adik beradik guru-guru itu menerjah aku sebagai seorang yg papa kedana. Kemelut itu berakhir bile parent aku kembali bersama kami semasa aku darjah 4. Selama 4 thn aku membantu diri sendiri mencari duit lebih, spt meniaga buah-buahan dari kebun abah, menjual ice-cream di sekolah agama.etc.Darjah 5, parent aku membeli tanah kedai dan kami punya business kedai makan sendiri sehingga sekarang. Pelbagai business lain muncul selepas itu. Tp, kesan dr pembulian tersebut menyebabkan aku menjadi seorang “pembuli” dan tidak suke belajar.

    Sekolah Menengah aku menjadi salah seorang yang cemerlang,terbilang dan gemilang. Tp biarlah itu semua kenangan dan lagipun keputusan SPM aku tidak seperti yang diharapkan kerana sibuk mengemilangkan diri. Aku sambung belajar pra-sains di ipts, IKIP Pahang sebelum dapat menyambung pengajian di peringkat Diploma di Uitm Jengka. Kemudian, aku meneruskan pengajian di peringkat degree di Uitm Shah Alam selama 4 tahun dan Graduation Day aku pada March 2007. So, tamat sudah perjlnn aku dlm pendidikan. Mungkin akan sambung Master bila sudah bersedia.

    Perjlnn karier aku juga tidak seGah Dr.M atau Dr.A. Selepas tamat pengajian pada Nov 2006 aku telah meng’accident” kan diri menyebabkan aku tidak boleh berjalan secara normal selama hampir 6 bulan. Pada 11 April 2007 aku melaporkan diri ke PHN Industry Sdn Bhd dan bekerja disana sehingga 30 June 2007. Mengapa aku berhenti ? Bukan soal gaji atau jawatan tp ini soal amanah,tanggungjawap dan intigriti diri. Sept 2008 - 30 April aku membantu kakak aku menguruskan perniagaan beliau. Mengapa aku suke memilih April untuk memulakan dan menamatkan karier itu hanyalah kebetulan.

    Perjalanan karier sebagai seorang blogger bermula pada June 2006, 2 minggu sebelum aku melaporkan diri utk praktikal sebagai Site Engineer di A&A Environmental Labarotary. Aku stop selama 4 bulan kerana kekangan masa dan tenaga dan bermula semula pada bulan Nov 2006. Beberapa bulan di PHN dan company kakak aku, aku stop blogging dan internet marketing. Akhirnya pada 1 Mei, aku bermula semula kali ini 100% aku kembali. Menjadi pemilik domain Catzer dot com aku bukan setakat menguruskan sebuah blog tetapi sebuah “rumah” yang menjadi tugu kewujudan aku didunia ini. Jadi itulah kisah aku. Aku bukan lahir diatas nama kekayaan atau kejayaan, aku meniti setiap titian hidup ini dan ada kala aku jatuh dan bgn. Jika kalian masih punya parent, kasihi lah mereka. Terima kasih buat emak dan abah yang tidak pernah mengajar aku menderhaka pada sesiapa, membuat aku faham istilah kehidupan dan mengajar aku menilai setiap insan.

    Sesiapa yg masih keliru dalam hidup meskipun sekarang mereka berada ditahap tertinggi mereka ibarat kotak besar bersadur emas tp dlmnya kosong tak berisi.

    16 Comments to “Catz”

    1

    MDZakri wrote (06.07.07 at 07:56)

    Weh, Jangan menyelubungi diri sendiri weh

    2

    Hairul wrote (20.06.08 at 14:19)

    Hi catz……..

    Suka baca kisah ko ni, dari la ko kecil sampai la ko ni jadi besar macam skg ni…. :)

    Salam perkenalan.

    3

    [...] Catz [...]

    4

    !x0r@ wrote (20.06.08 at 14:43)

    coolnya birthday sama dgn 7E. senang nk ingat.. hehe

    5

    BAGAK wrote (21.06.08 at 10:43)

    Nasib lah baik kau tak jadi Boh%^#$^#…muhahahah

    6

    Affuan wrote (23.06.08 at 09:17)

    Gila jahat. Sama cam aku dulu, pancitkan tayar member kaya. Hahaha.

    7

    nuaeman wrote (24.06.08 at 01:37)

    laaa.. ko hawa kee… mati-mati ingat mat rempit mana sebelum ni.. :)

    Taknak beli paypal lagi..keh3

    8

    lazaac wrote (02.07.08 at 07:05)

    assalamualaikum…. walaupun tag nyer newbie, tp website ni nampak smart…. mcm hebat giler… pape pun, minta tunjuk ajar k…. trimas… =)

    9

    xmindfreakx wrote (02.07.08 at 09:46)

    aku cuma terpaut pada camera yang tersangkut di leher kau..ah…

    10

    samdaddycool wrote (11.07.08 at 14:38)

    mmg catzer ni best! byk yang tersurat dan tersirat..

    11

    cikyin wrote (20.07.08 at 04:59)

    adehh aku pun mati2 ingat kan ko mamat mane tah hahaha
    nway, really nice blog, 1st time melawat dan aku rasa cam best…
    ko kira cam pakar gak la ek (w/pun ko kata NEWBIE) still cam tere gak bg aku (ye la aku 38x lagik newbie dari ko) …

    kalo aku ade ape2 x paham pasal blog ni aku refer ko eh ;p

    slamat berkenalan sifu…

    12

    Badruzamani Azmi wrote (03.08.08 at 14:04)

    Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu…

    Mengenali awak sesaat tadi membuatkan kenalanmu ini ingin mengenalimu lagi. Boleh ka? :)

    13

    wan wma wrote (05.08.08 at 12:27)

    ku sangkakan catz itu lelaki…rupanya…

    14

    paan wrote (14.08.08 at 13:47)

    kakak.heheheh.ko tua 2 tahun dari aku.semoga kita sama-sama berjaya mencapai hasrat kita untuk menjadi problogger.huhuhu.tq sebab lawat blog aku yang tidak seberapa tue.

    salam kejayaan.

    15

    samdaddycool wrote (20.08.08 at 19:09)

    aritu masuk takde gambo? kan? baru letak ek?

    16

    reezluv wrote (24.08.08 at 13:55)

    erm..baru la aku tau..hhee..thanks..:)

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.