Derma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan
Okies ini bukanlah iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, aku just terfikir berapa kerat jerk Malaysian yg menderma darah especially di kalangan darah jenis AB? So, atas dasar kesedaran pertama kali aku menderma darah tanpa memikirkan keadaan kesihatan aku sendiri. Sedia maklum bg mereka yang mmg selalu lepak secara maya bersama aku, aku pitam semasa proses derma darah tersebut. Gosh..
Berat bdn dan tinggi aku mmg ideal but aku mmg bermasalah dengan tekanan darah yang rendah. Semalam aku pergi renew lesen di PKNS Shah Alam, HTAR Klang open untuk derma darah di perkarangan concourse area. Aku just fikir, oh..ini peluang untuk aku membantu mereka yang memerlukan sbb bila aku fikir balik masa Paksue accident byk pin darah yg dia pakai so aku terfikir utk menyumbang juga. Doktor tu ckp tekanan darah aku rendah but still selamat untuk derma darah. So, beberapa minit pertama aku rasa ok..Then tiba2 aku berpeluh-peluh, badan aku jadi sejuk dan pucat dan jantung aku berdegup perlahan. Terima kasih buat nurse yang membantu aku secepat mungkin. Ya,aku nyaris di bawa ke hospital klang kerana nyaris pitam..aiyak malunya.
Dan hari ini juga, aku rasa bersalah kerana buat semua org yg rapat dengan aku risau. Aku dimarah dan di warning untuk tidak melakukannya lagi. Ianya terlalu membahayakan nyawa aku sbb jantung aku tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan kerana tekanan yang rendah. Gosh..Aku tak tau apa nak ckp selain..Maaf sbb buat kalian risau..Thanks pada kakak aku kerana berjanji tidak akan memberitahu perkara ni pada parent aku. Keadaan aku masih tidak stabil dan sekali lagi maaf kerana buat kalian risau, especially my sibling, kawan2 dan si dia. Aku masih membaca mesej dr kawan2 yang mengatakan aku gile buat perkara ni “Dah cukup sihat ke sampai nak derma darah?”. “Siapa tak marah kalau membahayakan diri sendiri”. “Tak fikir ke kalau jadi apa2 sape nak jawap kat abah”..etc…etc..
Kadang-kala kita mmg ingin membantu sbb kesedaran itu hanya wujud pada mereka yang pernah mempunyai pengalaman. Aku berharap pada mereka yg mampu menderma darah, come on guys and gals gunakan keupayaan korang semua untuk melakukannya. Bantulah mereka yang memerlukan, aku tgk setiap kali derma darah berapa pin jerk yang mereka dapat padahal permintaan tabung darah mmg tinggi. Hanya sekali dalam 3 bulan anda perlu menderma jika mahu. Aku dah cuba but ironinya aku sendiri mempunyai batas dalam perkara ni. Jadi yang termampu oleh aku ialah mengalakkan pada mereka yg mampu utk terus menderma darah.
Kepada para penderma darah, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sistem kemanusiaan. Kalian telah menyelamatkan banyak nyawa tanpa disedari. Aku “dengki” pada kalian kerana mampu menyumbang apa yang aku tak mampu berikan.



14 Comments to “Derma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan”