Pembayaran Affiliate Panduan Minisite
Salam Kengkawan dan Selamat Hari Raya,
Aku pulang ke shah alam pada petang Jumaat dan sampai ke rumah sekitar pukul 8 mlm. Buat pertama kalinya aku pulang dari beraya naik bas express. Serius bosan gile dan sakit kepala. Aku tak boleh mengadu pada keluarga kerana mereka akan mem booo aku kerana gatal nak balik naik bas. Yalah salah aku….
So hari ini setelah proses pengesahan pembayaran untuk agent affiliate Panduan Minisite selesai akupun dengan segera membuat pembayaran pada kawan2 yang sudi mempromosikan produk Panduan Minisite. Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari pelanggan. So, sila tepuk bahu sendiri..heheheh…Syabas.
So tepat pukul 3 pagi tadi sume pembayaran telah selesai dan aku harap bulan ini agent affiliate Panduan Minisite akan lebih bersemangat untuk mempromosikan produk ini. Ramai yg keliru tentang affiliate dan aku minta maaf sbb tak dapat nak terangkan secara terperinci. Yang pastinya sesiapa yg mempunyai skill marketing dan ingin memperolehi pasif income bolehlah mendaftarkan diri sebagai agent affiliate Panduan Minisite secara PERCUMA.
Dan dalam masa yang singkat ini juga aku telah membina blog utk panduan minisite dimana agent2 boleh mendapatkan maklumat terkini di blog tersebut.
So, tahniah sekali lagi kepada mereka yang mendapat “duit raya” dari affiliate Panduan Minisite. So, sesiapa yang masih ragu-ragu bolehlah acu, cuba, try, test..heheheheh
Pinggang aku dah sakit sbb dok atas kerusi ni dari tadi..so adios..




10 Comments to “Pembayaran Affiliate Panduan Minisite”