Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Tips Cemerlang Exam PTD

    Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsungsabtu lepas, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. Saat aku menulis post kali ini, aku masih batuk walaupun tidak teruk spt sebelum ini. Percaya atau tidak mmg tiada ubat utk batuk even ko teguk ubat batuk seperti minum air masak setiap hari. Namun, syukur aku tidak perlu menghadirkan diri untuk ujian x-ray. Tp aku rasa bila kelapangan nanti aku akan pergi buat juga. Cuma aku perlukan masa untuk memberikan badan aku sedikit masa untuk berehat sebelum ujian x-ray.

    Sabtu lepas aku ditemani kawan serumah ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk exam ptd. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Aku keletihan byk temu janji terpaksa aku cancel, sorry kengkawan serius mmg penat bila otak “google” seperti aku ini perlu memerah otak untuk menanda borang OMR dan menulis esei. Adakah internet melemahkan daya penaakulan aku? Mungkin.

    Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan aku dalam exam kali ini ialah 50-50 tp aku percaya aku agak bagus dlm menganalisis tips kejayaan untuk setiap exam yang aku duduki.

    Tips pertama - Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

    Tips kedua - Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH. Aku beli di MPH Bukit Raja, Klang. Jika kalian sudah expert bab sejarah tahniah..anda boleh skip 300 muka surat pertama. Untuk exam ini aku hanya membaca kurang 100 muka surat.

    Tips ketiga - Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, aku tido jam 3.00 am kerana hari itu aku mmg terlebih tido sbb mkn ubat batuk. Hanya mereka yang biasa menghadiri exam dengan keadaan tidak cukup tidur sahaja yang boleh meniru lagak gaya aku ini. Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku muntah.

    Tips keempat - Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Ya, aku phone mak dlm pukul 8.00 pm sehari sebelum exam. Nyata aku mengharapkan agar mereka berdua tidak menaruh harapan apa2 untuk exam kali ini. Mak hanya gelak dan aku tahu dlm hatinya ada perasaan percaya aku boleh berjaya.

    Tips kelima - Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

    Tips keenam - Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

    Tips ketujuh - Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong.Untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Aku siapkan dalam 10 minit sahaja. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan.

    Tips kelapan - Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

    Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..

    Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.

    Posted on 25 August '08 by catzer, under True Life.

    19 Comments to “Tips Cemerlang Exam PTD”

    1

    taukey wrote (25.08.08 at 10:57)

    tak pernah g PTD nyer exam. hehehe. susah jugak la sebenarnya exam SPA sekarang ni. Tak cam dulu interview jer terus. tak byk test. hehe. Byk persaingan sekarang

    2

    Abang Zamani wrote (25.08.08 at 14:33)

    Salam…

    Abang ucapkan SELAMAT BERJAYA… doa banyak - banyak. Dan semoga cepat sembuh. Doa kepada-NYA dan berusaha makan ubat ikut sukatan yang dah ditetapkan. (jangan terbalik pula tempoh masa dengan bilangan sudu tu pula). :)

    Semoga rehat cukup - cukup dan jangan fikir banyak sangat. Peristiwa semalam sudah menjadi lipatan kenangan / sejarah. Yang penting adalah saat ini dan apa yang perlu dibuat esok. Ada plan ka? Nak tip tradisional bagi melegakan batuk tak?

    3

    Abang Zamani wrote (25.08.08 at 14:44)

    Kalau nak cuba salah satu / semua sekali petua kat laman ni :

    http://sheisagirl.wordpress.com/2008/07/18/batuk-oh-batuk/

    boleh juga. Yang penting setiap penyakit ada ubat. Allah cuma suruh kita berusaha.

    Kalau ada kahak, jangan telan… Ludah tau… :) Kalau boleh, pantang sikit makanan yang berbisa buat masa ni. Jangan pantang nampak tau.

    Kalau boleh baca zikir sembuh penyakit. Abang ada dalam bentuk MP3. Nak ka? Kalau nak YM, abang nanti.

    4

    chot wrote (26.08.08 at 03:44)

    lama xdengar khbar berita ko catz…ko sihat? mcmana kamera ko? dah terer ke?

    5

    catzer wrote (27.08.08 at 00:04)

    catz2taukey~erm mmg perit jerih nak jadi ptd ni

    catz2zamani~thanks, byk betul petua yg boleh di perturunkan erk :D

    catz2chot~aku still nobie bab camera..hahahah

    6

    zool wrote (27.08.08 at 01:58)

    Aku dah 5 kali ambil exam ni..Tak penah lulus..
    Last sekali soalan sahsiah tu.
    kena jujur pada diri sendiri..
    Boleh detect kalau kelentong..

    Jadi PTD memang cepat naik pangkat tapi keje paham2 lah,..

    7

    catzer wrote (27.08.08 at 05:46)

    catz2zool~betul tu zool..soklan sahsiah tu aku mmg jawap sejujurnya..susah mahu siap awal jika kelentong :p

    Bukan jawatan yg aku kejar tp niat untuk berkhidmat kepada negara.

    8

    aeropama dot com wrote (27.08.08 at 08:54)

    semoga ko berjaya hendaknye bro! dah jadi PTD makin meningkat la darjat ko dlm masyarakat nanti

    9

    taukey wrote (27.08.08 at 12:51)

    syam…..bro? :D

    10

    paan wrote (27.08.08 at 17:12)

    tips nie boleh guna untuk amik exam kat u ker???hehehe

    11

    nuaeman wrote (29.08.08 at 00:50)

    Aik! camne catz jadi bro nih.. hehehe bolehlaa kot.. kira ko ganas gak kan..

    12

    catzer wrote (29.08.08 at 09:10)

    catz2aeropama~yer aku pun berharap dptlah jawatan tu dan meningkatkan integriti diri..hehehe

    catz2taukey~hahahah..fhm2

    catz2paan~boleh jerk kalau ko mau

    catz2peroz~adei peroz..aku ni ganas jerk tp jiwa masih hawa :D

    13

    Mohd Hafifi wrote (29.08.08 at 09:55)

    aku lepas tamat belajar pun nak try minta PTD..harap2 lepas..:-)

    14

    eri wrote (29.08.08 at 13:05)

    hehe. semoga berjaya untuk ujian PTD ni. :D

    15

    BAGAK wrote (01.09.08 at 02:56)

    Tips kesembilan - sediakan kabel yang sepatutnya.

    Pengalaman aku tahun 2001, semua exam lepas. Hanya interview di Putrajaya jer yang sangkut. Mungkin aku sombong atau mungkin aku tak guna kabel. Sebenarnya tak de rezeki untuk kerja dengan gomen.

    PAC adalah sesuatu yang menarik sebab dapat ramai kawan dan ilmu yang berguna. Bersedialah untuk buat ‘public speaking’ dalam 2 bahasa.

    Baca buku (beli lagi kalau boleh) dan jangan ketinggalan dalam mengikuti isu semasa. Walau apa pun bentuk ujian yag dihadapi, jawapan mestilah memihak/menyokong kepada kerajaan yang sedia ada.
    Selamat Berjaya

    16

    WaidaKmy wrote (02.09.08 at 14:12)

    tak baik2 lagi batuk? kena x-ray tu patutnye heh..(teringat pesan doktor masa batuk dulu :P )

    susah juga nak jadi PTD ni..hmm..rasa2 bab Sejarah Malaysia mesti kantoi..hehe..buka satu page “Malaysia Kita”..tidur 5 page :P

    17

    cikyin wrote (09.09.08 at 12:41)

    agreed dgn semua tips tu ^_^
    percaya pd diri sendiri is a must, cuma jgn terlajak over konfiden hehe
    gud luck catz ! nnti hapdate la camne resultnye.

    18

    paktam wrote (17.09.08 at 05:31)

    Banyak-banyak tips utk exam PTD yg diberi…tang tips no. 9 tu yg boleh pakai…pakai buang la…coz kita xleh letakkan persepsi gitu kpd semua PTD. ada ke sesapa boleh assure yg semua PTD kat Malaysia nie dpt keje gomen sbb dorg ade kabel besar…budak kg, anak nelayan, anak petani, anak pesawah, budak miskin yatim piatu, ada sedara mara yg plg tinggi jd tukang rumah pon ramai giler dah berjaya jd PTD. Apepun, berbalik lah pada konsep semua rezeki adalah dari Allah. Brp byk pun usaha yg kita dah buat, kalo Allah masih belum perkenankan, kita xkan dpt rasa gak apa yg kita hajatkan.
    Yg ptg, usaha tanpa jemu dan panjatkan doa…

    19

    wan kuala gris wrote (17.09.08 at 07:55)

    saya seronok baca semua komen diatas. Semuanya ditulis oleh insan-insan yang cukup matang dalam gaya berfikir dan wawasan keagamaan.Ini tandanya ada nilai kesarjanaan. Bukan apa, ada sebahagian orang yang cukup benci dengan PTD terutamanya daripada orang yang telah menjawat kerjaya dalam bidang perguruan contohnya. Kebencian atas alasan bahawa PTD cepat naik pangkat. Mereka tak tahu ada juga PTD yang tak naik pangkat sampai tarikh pencen. Mereka melihat sebahagian kecil sahaja. sudah menjadi adat, jika ada kekosongan jawatan yang lebih tinggi maka ia perlu diisi oleh pegawai yang ada. Begitu juga dalam bidang kerjaya yang lain. kenapa kita membenci orang lain walhal kita tidak mampu untuk mengharung rintangan untuk menjawat PTD. Mungkin juga keterampilan kita dan ujian kita tak mencapai piawai yang ditetapkan. Salah siapa. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memberi komen yang cukup baik dan matang. Itu tanda kematangan bangsa kita.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.