WangCyber Gathering, Bukit Jalil
Wargh..best mmg best..bulan Ogos dimulakan dengan aktiviti menarik iaitu gathering Forum Wang Cyber di Bukit Jalil. Aku hadir sedikit lambat sebab erm..erm..aku naik kenderaan awam so sedia maklum org yg setahun boleh kira berapa kali naik kenderaan awam ni mcm biasalah mengalami masalah navigation..
So, sebagai official cameragirl untuk Majlis Gathering forum WC ni semestinya aku busy berjln kesana sini menembak apa2 yg patut. Ramai yg aku jumpa dan maaf aku tak berkesempatan nak tulis nama2 mereka yg aku temui disini..Namun dlm senarai ada 82 org yang mendaftar termasuk aku. So jika aku senaraikan semua post ini akan menjadi yg terpanjang dlm sejarah aku berblog..so tak usahlah..karang korang kata aku gile SEO plak.
Total evaluation aku terhadap gathering kali ini adalah 100% puas hati meskipun ada beberapa rakan Internet Marketing yang tak sempat untuk aku tegur..ampun wahai kawan, bukan sombong tp jika kita punya masa yg banyak mungkin boleh ngeteh bersama bila-bila free. Ada beberapa rakan Internet Marketing yang aku sudah temui sebelum ini..After setahun, erm tak berubah kan…Warna rambut jerk kot aku dok tukar2.
Paling aku suke dpt baju WC, tp size M tu mmg terlalu besar utk aku..seperti biasa teman serumah bersorak gembira..yeah..sedekahlah baju tu pada salah seorang dan apa yg aku dpt hanyalah sticker kereta, dah tampal pun..mmg cool.. “I’m Member, WangCyber.com”
Erm terlupa nak ucapkan terima kasih buat teman skandal lama aku Carllys, beb TQ sbb sudi amik aku dan ahib kat stesen LRT Sri Petaling..Ada masa kita borak lagi kutuk boss2 lama yg bakal resign gak tu. Ucapan terima kasih pada Deen sbb hantar balik sampai depan rumah dan K.G sebab bg idea utk mencari mangsa untuk menghantar kami ke Shah Alam..tima kasih..sudilah terima kasih yang tak seberapa ni erk.
Bab picture2 yang berada di dalam CF dan SD card ni lagi..bawak2lah bersabo tahulah kalian semua hensem dan cun belaka..tp berilah masa untuk aku berehat sekejap..Sambil fikirkan dimana aku mau upload ke semua picture ni..Balik dari gathering aku perlu teman seseorang makan mlm kesian dia sudah penat menunggu giliran untuk “dating” dengan aku..Maaf len kali booking awal2 kalau last minute erm bergantung pada budi bicara. Thanks pada camera aku yg tak buat perangai hari ni, maaf kerana mungkir janji minggu lps mau bawa jln2 tp aku layan pi lenjan ke ikea.
Buat teman2 baru dr WC, janganlah segan dan silu…pada aku takde title otai, sifu, senior..etc..Selagi didunia kita ni tetap sama setaraf dan paling penting..Sama-sama mau cari mkn

Ini sekeping dari 100 lebih picture yg aku “tembak” kalau korang tak nampak mana aku silalah pakai cermin mata skang..



36 Comments to “WangCyber Gathering, Bukit Jalil”