Bersedia untuk “Great Depression”

Thanks Isk sbb ingatkan aku pasal “great depression” ni. Ianya berlaku sebelum kita merdeka dan pastinya waktu itu aku belum wujud lagi, iaitu tahun 1927. Peristiwa-peristiwa penting dan tragis yang menimpa politik,sosial dan ekonomi dunia merupakan silibus penting untuk subjek Engineer in Society subjek paling kritikal semasa aku berada dlm thn akhir pengajian. Alhamdulillah aku tersenarai sebagai 3 org pelajar paling cemerlang untuk subjek tersebut semenjak ianya ada dlm silibus. So, subjek ini byk menambah baik diri aku walaupun tidak bergelar engineer. Tahniah buat Tuan Hj. Ir. Othman, anak didikmu ini tak kan lupa jasa yg tak mungkin terbalas tu.
So, kerana kecintaan aku pada subjek tu..aku menyelongkar peristiwa “Great Depression” yang berlaku pada sekitar tahun 1927 ini. Dikala negara bergolak merebut kuasa politik kita lupa ekonomi Dunia akan menjunam ke arah Kegelapan. Sesiapa yang tidak pernah mendengar istilah ini marilah renungi sejarah gelap itu:
Wikipedia - Great Depression
Causes of Great Depression - History , Shambala
Dan jika kalian tiada masa untuk membaca secara online dptkan study paper dlm bentuk pdf disini:
Mengapa aku war-warkan sejarah sedangkan semua tu hanyalah kesilapan atau peristiwa yang mungkin kita tak pernah dgr hatta mahu ambil tahu. Ini bukan soal Debat Isu Kenaikkan Minyak, ini soal dimana kedudukan pemikiran kalian skang. Setakat melukut di tepi gantang ataupun sudah terbang ke bulan. Kita tidak perlu menjadi ahli sejarah untuk mengkaji peristiwa lps, tidak juga ahli ekonomi untuk menganalisis ekonomi masa hadapan. Ini soal kita..Ya, aku dan ko dan sekalian makhluk Allah beragama Islam di dunia ini. Aku bukan ingin create Havoc supaya kalian mengelabah mencari tempat perlindungan. Ya, aku sedar ada diantara kita akan mencemuh post ini..Tp, ingatlah..Kiamat itu dtg setelah semua tanda2 kiamat muncul. Begitu juga recession.. Ingat kawan 1997, kegawatan ekonomi yang menyebabkan negara kita hampir2 tergadai. Jgn jadi “Melayu Yang Mudah Lupa”.
Jadi, cukuplah…Cukuplah Bermimpi disiang hari. Hidup ini terlalu singkat untuk derita.



4 Comments to “Bersedia untuk “Great Depression””