Last post dibuat pada beberapa hari lps, adei..Sakit pinggang aku skang ni kena tukar kerusi baru kot baru best..Erm apa plak aku cite pasal Oreo ni. Kekeke, aku merupakan jaguh mkn biskut oreo lebih-lebih lagi bile mkn ngan ice cream mcD aka Mac Flurry. Sebenarnya masa aku belajar dulu, erm kat Uitm Jengka family aku kalau melawat jerk mesti belikan aku biskut ni. Adakah muka aku masa tu sinonim dgn color biskut oreo ni. Bile aku tanya mak aku dia pura-pura lupa..Dia ckp takderlah, mak beli biskut dlm tin tu jerk oreo tu sebenarnya untuk anak sedara aku tp mak aku selalu lupe nak amik keluar masa bg plastik beg tu kat aku..Yer jerk mak aku gebang aku..Boleh caya ke?
Pagi tadi aku ada meeting yg dipaksa pergi. Meeting CTFA di hotel singgahsana PJ,argh hotel yg sama dimana mknn yg tidak sedap untuk aku telan. Pada aku takde pengisian pun sbb mungkin minded aku bukan ke arah itu. Lebih-lebih lagi aku terpaksa..Erm latest info pasal ubat gigi diwajibkan 300mg Florin sahaja dlm setiap tiub, erm..Setiap barangan sun screen diwajibkan label “Jangan duduk terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari”, then isu halal..etc..aiyak ngantuk..sib baik aku sengaja datang lewat.
Balik dr meeting aku terus tido dan bgn pukul 5, superb lama. Maklumlah tinggal bersama fify dirumah buat aku mengantuk. Mahu rempit kesana sini sudah malas. Erm baru-baru ini aku terasa sakit dibelakang, patutpun rupanya ramai sungguh kawan-kawan aku tikam aku dr belakang..Siap kalian aku akan balas..Ya balas..Lantaklah korang nak cakap aku kejam..Yup aku mmg kejam setelah suap korang mcm-mcm then bile korang dah senang tinggalkan aku sorang. (Itupun kalau aku ingat lah utk balas balik tp sedia ada aku ni mmg pelupa).
Adei marah2 ni buat aku sakit belakang lagi, adei patutpun si fify ni dok cakar-cakar aku plak, nak kena lempang sungguh budak berbulu tu. Aku rasa mungkin dia nak pujuk aku tp dgn cara yg salah..Jadi, ajarlah kucing anda memujuk dgn cara yg betul.
Sebenarnya process transfer hosting aku ni dah hampir sebulan tertangguh, actually minggu lps sepatutnya process ni dilakukan tp aku sibuk siapkan satu site utk Lakaran Seni. Pemiliknya seorang kawan kepada kawan, so mouth marketing mmg berkesan kan..Moh gunakan mouth korang semua utk promote servis aku..Lekas sebarkan kuasa mulut korang, tp sebelum tu kunyahlah chewing gum dulu..Kang kuasa mulut busuk azwan plak.
Ramai yg tanya camne nak beli hosting dan domain, adei berapa juta kali aku ckp moh beli kat aku..kekeke…korang ni dgn kengkawan pun kedekut nak laburkan duit. Supportlah kengkawan mau cari mkn ni. Huh, aku tahu korang sgt suke benda free kan, ngaku jerklah kalau kat tesco/giant ada mknn/minuman free tu koranglah yg sangap tunggu. So nak domain free tak? Dah pi main jauh2 dr blog aku ni pi kat site ni..www.co.cc buatlah sejuta domain pun..tp semua extension dot cc..kah kah kah..cc stand for cyber cafe kot…
Adei skangpun aku tgh telan biskut oreo..nyum nyum nyum..kan best kalau ada perkhidmatan delivery mknn sampai subuh..aku nak nasi putih, ikan goreng pedas, kangkung masak belacan dan kerabu mangga..Adei…beranganlah aku dipagi hari.Sambil aku kunyah oreo ni sambil aku bygkan mknn yg sedap tu.
Minggu lps aku drive ke JB untuk kenduri kawen Aidah, classmate semasa Diploma Sains di UiTM Jengka dan juga roomate semasa degree di UiTM Shah Alam. So, seperti biasa aku membawa kamera ke majlis-majlis sebegini. Erm, nampak cool bukan memegang DLSR dan menembak sesuke hati. Perjalanan yg agak jauh tu buat aku pitam satu hari semlm, totally bateri aku direcharge. So, semlm wayer minta nak tgk picture dan dia juga sudah terkena badi DLSR, argh..sgt teransang bile memegang body dlsr ni, habis kamera aku di “rogol” nya..sudeilah wayer..buat2 simpan kamera aku tu…Cukup2lah ko nodai dia..
Still ingat pasal post sebelum ni,Webmaster,blogger,engineer or whatever.Ramai punya pandangan masing-masing, thanks pada kengkawan yg tak pernah berhenti memberikan sesuatu yg aku panggil suntikan marijuana.kekekek..Oklah ramai yg confuse keadaan aku yg sebenar. I’m a blogger, so if ayat “blogger” ni tertera pada pekerjaan sekarang pada ruang current job kalian rasa bagaimana muke orang HR department? Terlalu cool menjadi blogger di Malaysia, tetapi jika aku berada di Canada, USA atau Europe “blogger” merupakan pekerjaan yg diiktiraf. Superb Cool bukan? So, jika masyarakat masih kaku dan tidak mahu menerima blogger sebagai pemangkin ekonomi negara itu bukan masalah “blogger” itu masalah minded yg susah nak aku toreh dr kepala mereka. Jadi, parent aku yg sedia maklum keadaan ini hanya tersenyum utk menyebut ayat “blogger” pada org-org kampung..”blogger” siapa itu “blogger” majistret, lawyer, ahli music..”alah, yg dok tulis macam-macam kat internet tu, yg kena tangkap ngan polis tu..aiyak..” So, luckily parent aku tak gunakan ayat “blogger” sewenang-wenangnya takut aku di tangkap polis pula..Honestly, parent aku cuma nak aku coverline job ni dgn job lain supaya senang nak cite. Aku tahu ramai sedara mara yg pelik juga, bagaimana dr belajae engineer aku dah lari ke field yg berbeza. Erm, semua ni rezeki Allah nak bagi..
Setakat ini aku tidak bincang apa-apa lagi ttg pekerjaan tetap ngan parent aku. Biarlah dulu, ada benda aku mahu tunjuk bile mereka datang ke sini nanti.Especially untuk hari istimewa seorang bonda. Sebelum ni aku tidak berkesempatan kerana sibuk dgn paksue. Erm, sebut pasal dia, 10hb yg lepas birthday dia yg ke 16. Sudah besar paksue rupanya tp masih pakai pampers…hahahaha..Dia gelak bile kami kutuk pasal pampers. Skang paksue dah boleh suap mknn ke mulut sendiri, mampu type sms pada kami..Tp jika dia bertutur, haram aku tak faham. So, sms lebih senang. Hadiah yg dia minta hanyalah “Nanti, adik top up kan hphone paksue erk? RM10 pun boleh”..Hahahaha, paksue mmg ROCK. Tadi aku top up kan RM20, dia bukan boleh top up byk2, mak aku ckp dia selalu phone celcom centre kacau mereka buat keje..Aiyak, dulu dia dial polis,bomba..kakakakaka…Mmg kacau adik aku ni..Dia bosan..tiada kawan..
Sepanjang aku menjadi seorang blogger, even selalu sengkek gak tp aku dpt rasakan aliran kegembiraan dalam darah seorang blogger ni buat aku mampu tersenyum hari-hari. Indah bukan menjadi blogger, aku plan nak paksa paksue jadi blogger gak lah..kekekeke..Tunggu tgn dia full function nanti, aku pasti dia akan menulis sebaiknya. Blogger bukanlah bermakna mengabdikan diri pada blog semata-mata..tp menulis dari kacamata yg berbeza berkongsi ideologi yg boleh dibaca oleh insan lain. Aku bukanlah penulis yg baik tp aku suke berborak..Talkative..
Menggunakan “aku” membuatkan satu perasaan personal touch yg jarang diperolehi dgn “saya”. So mari kita ber”aku”.
Ops, ada satu soklan utk mereka2 ygg bujang hatta sudah berpunya. Jika mahu berkahwin, apakah istilah bersedia.Serius mau tahu. Hantaran berapa byk yg kalian sanggup byr utk bersama sidia..Uikh..ini soklan general..Aku bukan mau kawen lagi, sekadar tersenyum memikirkan nasib seorang perempuan spt aku.
Posted on 13 May '08 by catzer, under True Life. 35 Comments.
Mlm tadi aku tido awal, bukan sengaja nak tido awal tp mmg tak boleh nak focus ngan job servis blog aku. Aku call mak mlm tadi, dan percakapan selama 25 minit 38 saat ( aku tgk meter kat phone masa letak gagang) mmg sedikit sebanyak membuatkan hati aku tak senang lenang spt beberapa bulan yg berlalu. Buat pertama kali dalam hidup aku selepas bergelar penanam anggur, mak bercakap pasal keje. Ya, keje yg tetap, yg dibyr gaji bulan2, yg ada socso, ada EPF, ada tatacara dan pelbagai lagi. Dia tahu aku mmg memperolehi pendapatan sebagai seorang blogger dan newbie webmaster tp biarlah pendapatan tu sebagai keje part time dan bukan my full time income. Tak layakpun lagi nak reach title Full Time Blogger tu akhirnya “Majlis Tertinggi Family” bersuara selepas hampir 2 thn berdiam dan memberi muke pada aku.
“You’re the skillful daughter in our family and never complaint much on any problem face by you. But, please find “any job” for your future. Leverage your income, even you need to sell something at Pasar Malam. You can walk alone and learn, from our experiences you can be more successful than your elder sibling. Quit helping others, focused on yourself especially your dream. You don’t have money, but you still happy. But if you got no accomplished dream, you’re nothing.”
Pagi ni aku tak berapa sihat, perut aku sakit, kepala aku pening dan jantung aku pun rasa kurang stabil..I’m Stress..Takperlah dah lama Mak tak ckp apa2, dah lama abah bg muke. Aku jerk yg terlupe sume tu kerana aku rasa cukup dgn apa yg aku ada skang, aku terlalu gembira buat “keje amal” sampai aku lupe impian sendiri. Aku nak nangis masa bercakap dgn Mak dan abah but i’m pretended like “tough” and let that tear gone slowly. Mak tak marah, abah sikitpun tak kuarkan kata-kata yg menguris jiwa..Kami gelak-gelak tp itulah ada point yg membuatkan aku tak mampu mengatakan “Tidak”. Bukan duit yg mereka sogokkan pada aku tp dr segi pencapaian. Dlm hampir 2thn ini apakah pencapaian aku sebagai seorang blogger dan webmaster. Mereka mmg arif dgn sikap pemalas aku dan sudah tiba masanya aku di kejutkan dr sikap tersebut.
Kengkawan yg dihormati, jika ada ruang keje kosong area Selangor pleaselah refer2 kan kat aku. Erm honestly, my parent nak ilmu chemical engineering ni di manfaatkan. Thanks kengkawan yg baca blog ni, aku tetap akan jadi blogger..But dalam rahsia..Bukan parent aku tak suke, mereka support aku nak jadi apapun even keje cikai2..janji aku ada pencapaian..Ya, achievement. Pencapaian selain dr dunia online…itulah bunyi paling menyenangkan.
Posted on 8 May '08 by catzer, under True Life, webmaster. 41 Comments.
Hari ni di tag oleh bro Zaki..aiyak, bukan mudah beb aku yg kepala orange ni nak bertukar ke Red Devil..huhuhu.Tp kesportingan aku mmg tak mampu ditandingi..Takperlah merah erk..Erm actually aku takde baju berwarna merah sgt, but luckily thn lps masa aku pi konsert DBSK di KL aku beli satu baju tanda betapa minat aku pada DBSK..
So, bg menjawap red devil evil tag aku bergegas cari dimana pergi semua benda2 yg berwarna merah..kekekekke, actually aku br balik dr mkn dan mengumpat bersama-sama kawan..kah kah kah…pic diambil menggunakan webcam so kualiti mmg zeroth.
These are rules :
1. Post YOUR photo wearing red, may it be red top, bottom, the least would be red accessories if u hate wearing red. If u can’t find one, u still have an option.Either post your significant other’s photo or your child’s photo, if u have one.Of course, they should be wearing red.
2. Let us know the reason why u were wearing that particular day.Was it ur birthday? Is red ur fave color or was it the shirt that u first saw in ur closet that day?
Mereka yg aku rasa patut melakukan red devil tag ini:-
Chot ~ Pakwe cute pakai kete vios..kah kah kah
Fahmishah ~ budak yg dah kena warning
Acai ~ budak jawe yg rajin
Kekekeke, Chelsea VS MU..
Posted on 4 May '08 by catzer, under True Life. 15 Comments.
Beberapa hari tanpa post apa2 disini disebabkan kesibukkan aku menyelesaikan beberapa client untuk service blog aku. So, lega sedikit kerana blog client aku tu dah hampir siap 90%. Bukan senang untuk melakukannya kena byk bersabo especially bile mereka2 ini dtg dr non-IT background. Walaupun lambakan webmaster blog yg mungkin ada yg berkualiti atau cukup untuk menambah quantity sedia ada namun lumrah insan takde masa nak explore apa yg webmaster-webmaster itu ingin ceritakan hatta penulisan dlm bahasa ke 2 yg mungkin agak pusing kepala untuk ditafsir oleh segolongan insan. Jadi berikutan itu aku dgn hati terbuka membantu client aku ini sebaik mungkin, semoga dia berpuas hati selepas 2 sesi consultation bersama aku.
Sebelum ini aku pernah memberikan love link kepada beberapa blog yg aku terjatuh cinta semasa berlayar di internet ini, so hari ini aku temui satu site yg pada aku ada gah dan sedikit pincang. Aku tak pasti apa niche blog tu nak kata personal blog seperti tidak adei tp penemuan blog tertentu mmg menghairahkan. Betul tak? So, blog yg berdomainkan Kabel Duit dgn tag Bukan Sekadar Menjana Kewangan bunyinya agak menarik sekali..Kalau mengikut kefahaman aku ayat kabel itu sendiri menunjukkan pengantaraan yg kuat antara dua dimensi. Namun blog ini bukan semata-mata bercakap pasal penjanaan kewangan, syukur at least aku tidak perlu burned otak aku dgn ayat2 kewangan. Kenkadang super bosan mendengar term2 begitu sejak 2-3 thn ini. Jujur aku tidak suka pada iklan2 yg terlalu byk di mana2 blog sekalipun, aiyak ko punya tag bukan sekadar menjana kewangan itu ada sedikit konspirasinya. Maaf jika aku suke menikam perasaan org, tp tag adalah kata-kata cinta seorang blogger terhadap blog miliknya. Erm blogger pun bercinta ke..aiyak..aku mmg suke buat istilah sendiri..ampun2.
Ops, pemiliknya yazuka666..nama yg agak gah juga..yakuza..kekekke..teringat cerita Jepun plak. Sygnya aku masih tidak berkesempatan untuk keluar dating ngan mamat ni kerana lokasi yg tidak strategi. Ehem, aku bukan playgirl tp tak salah kalau berdating sesama blogger, makin masyuk. Anwar aka yakuza666 bile turun shah alam jgn lupe belanja aku erk. Blog kau tukarlah warna lain plak, warna biru muda tu nampak mcm mamat bunga pun ada, besarkan lagi apa yg patut..kekekekek…Lagi satu tak boleh buang ke header blogspot tu? Aiyak aku mmg tak boleh diberi chance lebih2 habis aku komen yg bukan2, mcm bagus jerk..padahal aku skang agak busy dlm process nak transfer domain ni ke hosting baru. Ya, cari rumah lagi besar senang aku nak buat kenduri pelbagai jenis post..