5 tips seo, kekeke..Self Esteem Optimization, bukan Search Engine Optimization..Oklah hampir separuh bulan blog ni tidak di update dan aku tahu kalian rindukan aku..betul tak?kekekeke..
Oklah, actually storage utk hosting ni dah reach critical limit dan aku mungkin akan beredar ke ruang legar yg lebih besar dan memerlukan byk masa dan trial and error..Aku tak mahu kehilangan apa2 dlm process perpindahan nanti so sbb tu aku kena berhati-hati meskipun aku tidak sabar utk menjadi problogger sejurus selepas perubahan rumah nanti..erm bunyinya spt sgt poyo tp itulah yg aku reti buat skang melainkan subjek chemical engineering yg tidak di aplikasikan kemana2 sejak aku grad.
Pada weekend yg lps aku ke Sabah..yup Negeri Di Bawah Bayu..bunyinya macam sejuk tp kepanasan di sana buat aku jadi sotong kering. Aku ke Kota Kinabalu bersama si dia dan future parent in law..kekeke..Percutian yg ditanggung ni agak kurang seronok kerana lokasi yg kurang menarik. KK adalah bandar utk Sabah jadi harga brgnya lebih mahal dan aku tak beli apa2 sbb takde budget. Then minggu ni aku hanya satu hari dtg ke opis kakak aku sbb hari2 yg lain lepak di rumah sbb sakit perut, doktor ckp perut aku tak biasa dgn mknn di gerai2 mknn di sana..Erm, perut mahal..
So, dlm keadaan perut yg tidak stabil aku perlu siapkan beberapa order blog installation utk kengkawan. Ya, aku menyediakan servis blog installation + hosting + domain..Beminat boleh sms atau dating bersama aku dimana sahaja wireless berada asalkan mkn minum tu ditanggung oleh kalian..kekeke..Harga boleh dirunding dan jika kalian bernasib baik mungkin ada tips2 yg ramai otai charge RM50/jam boleh terkeluar dr mulut aku secara spontan..Jika mau korek soal jana pendapatan secara online juga boleh tp sejujurnya aku tidak ke arah situ..cukuplah berckp pasal photography atau pun pasal kucing..Ya, sebut pasal kucing skang ini keluarga aku sudah spt SPCA, mengutip kucing terbiar.Last weekend kakak dan abg aku sudah tambah “anak angkat” lagi. Aku cukuplah dgn fify seekor itupun aku tak cukup mkn dah.
Oklah, kalian yg kemurungan spt seekor kucing yg tak dpt makan biskut Royal Canin..Bagaimana mahu optimize SEO kalian? Tips ini aku berikan utk seseorang yg telah dibuang keje hanya kerana ingin mengambil final PJJ. Aku tahu kesukaran yg dialami buat dia down dan mendiamkan diri..so aku harap tips ini berkesan:-
1. Lihat dan nilai segala apa yg berlaku terhadap diri kita dr segi positif, even kebodohan juga memiliki kelebihan dr sudut positifnya membawa kita ke arah kepandaian. Hanya mereka yg bodoh yg berusaha utk menjadi cerdik.
2. Bawa diri kita ke satu ruang dimana kita rasa selesa dan berhenti dr mengeluh dan menyalahkan diri sendiri. Forgive and forget.
3. Lakukan sesuatu aktiviti yg sudah lama kita teringin lakukan tp takde masa atau terlalu byk rintangan. Jika sebelum ini kita merasakan terlalu byk batasan, bebaskan diri dan lakukan sesuatu..Dulu aku pernah teringin melihat apakah reaksi mak bile aku “terpecah” salah satu set pinggan mahal miliknya. Namun impian tu tak kesampaian kerana pinggan itu telah pecah lebih awal dr apa yg aku jangkakan..So, lakukan sesuatu asalkan tidak memudaratkan diri dan tidak melanggar batas2 normal hidup.
4. Berhenti berangan..Ya, penting untuk berangan tp dlm keadaan self esteem yg tak keruan kita perlu berhenti berharap benda yg tidak sepatutnya. Hidup dlm dunia nyata dan percaya rezeki itu ada cuma lambat atau cepat jerk.
5. Dating bersama aku dgn membawa laptop di tempat yg ada wireless dan aku belanja kalian secawan kopi atau tea. Cool bukan bile dpt keluar bersama pemilik blog catzer.com..kui kui kui..Boleh membantu SEO tau..
Posted on 25 April '08 by catzer, under Jana Duit, Servis, True Life. 19 Comments.
SEO YOUR BLOG WITH TAG
Salam kengkawan..yup aku kembali semula setelah sedikit emergency 999, syukur nenek kesayangan kami masih bersama kami. Actually aku tak balik kampungpun but just standby, itu pesanan parent aku. Nenek aku dah nazak sbyk 3 kali seingat aku lah, pertama kali thn 2005, then hujung thn 2006 dan sekali lagi pada tahun ini. Jadi kami sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan..
So, sekembalinya aku memblogger semula, aku terpaksa menelan 57 spams dan tanpa aku sedari hosting pun sudah habis storage..adei, mungkin aku akan tukar hosting kerana tak mampu nak membayar hosting yg agak mahal skang. So, tunggulah nanti..Aku tak dapat buat byk perkara disebabkan kuantiti storage yg sudah berkurang..huhuhuhuh
So, kat sini aku ingin melangsaikan hutang TAG dgn beberapa rakan yg tidak dpt aku tunaikan minggu lps..erm kalian sedia maklum aku kureng ngan TAG tp love PING. Tp aku tahu kita mmg selalu dpt benda yg kita tak suke kan..kekeke..Takperlah demi menambah kepoweran seo untuk blog wordpress ni aku dgn rasminya mereply TAG dr Amirol:-
Syarat:
1. Tak boleh cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag berakhir 27 April 2008.
5 PERKARA PERTAMA DALAM HIDUP CATZER:
1. Pertama kali aku kenal subjek science iaitu physic,biologi dan chemistry adalah semasa aku buat pra-sains di Kolej IKIP, Kuantan. Sejujurnya aku merasakan subjek2 ni mmg killer sbb aku mmg super Budus..Then sambung Diploma pun diploma sains..so skang ni subjek2 tu aku boleh katakan agak pro..erm kalau blogger kita panggil problogger..so aku pro-science..(mcm bagus jerk)
2. Pertama kali aku membela seekor kucing ialah pada thn 2005, actually aku mmg kureng ngan haiwan berbulu ni tp itulah tuhan nak tunjukkan kita jgn sombong ngan makhluk lain..so Allah bukakan pintu hati aku pada Fify..so aku baru tahu betapa ciptaan Allah ini sgt2 chomel…kui kui kui
3. Pertama kali aku pakai kebaya ialah semasa pra graduation di Kolej IKIP, itupun baju pinjam…kui kui kui..but semua org tahu aku allergy ngan baju kurung dan seangkatan dgnnya..
4. Pertama kali aku bekerja dgn organisasi selain dr kedai mkn family aku ialah selepas SPM, keje sebagai sales assistant di Parkson Subang Parade hampir setahun..gaji..huhuhu..cukup2 mkn jek
5. Pertama kali aku berblog, aku beli domain “catzer.com” dan host di sempoihosting..tanpa mengerti apa itu cpanel..etc..so cool.
So, seperti biasa…Maaf im not a Tagger..
salam semua,
Jika blog ni tidak di update utk beberapa hari ini itu bermakna aku telah bergegas pulang ke kampung di Parit Kasan, Muar Johor. Nenek aku dimasukkan ke hospital malam tadi kerana darah tinggi dan masalah jantung..
So, doakan nenek aku selamat dan di panjangkan umur. Amin
Posted on 11 April '08 by catzer, under True Life. 12 Comments.
Semalam seperti yg telah di plan aku dan beberapa org member dari PM hangout bersama untuk photoshoot yg sepatutnya di Port Klang tapi last minute kami tukar lokasi ke Bagan Lalang. Pergh, pertama kali hangout bersama mereka sama spt hang out ngan classmate lama..sei..maksudnya cukup mesra dan tiada skandal…kui kui kui
Aku bergegas ke MCD Kota Kemuning, disana kami berkumpul hingga rasanya penat dah nak tunggu yg lenlain. Jadi pointblank membuat sedikit undian mana tahu ada lokasi lain yg boleh kami “tembak”. rhizomegrazz mencadangkan Bagan Lalang lokasi yg agak jauh sejam dr Kota Kemuning. 4 kuda,erk..kereta memecut ke Bagan Lalang..aku dan William tumpang pointblank dan wife dia yg sgt baik hati..tak buat aku rasa segan sgt nak tumpang sorento diaorg…Sepanjang perjlnn Pointblank byk bercerita ttg photography kepada aku yg sedia maklum noobie..
So, perjlnn sejam itu berbaloi setelah kami sampai ke lokasi..huiyooo..manyak awek loo..tgh mandi..kui kui kui..Im not a lesbian but normallah benda cantik sume org suke pandang kan..So, masing-masing mula mengeluarkan gear masing-masing..aku mula menyibuk mencuri ilmu dr pointblank, flinstone, rhizomegrazz, landscpae, d70_man,william, bro isk, syuik, raizil..aiyak dlm 10 org yg menembak tu aku yg paling bingung..adei nak shoot camne ni..kui kui..thanks kepada mereka2 yg mmg masyuk…
So, aku menyusuri pantai di Bagan Lalang,akhirnya aku turut terjebak minum air kelapa bersama landscape dan rhizomegrazz. Super letih sampai tak larat nak angkat camera..kekekeke..so slps penat menembak apa2 yg patut, kami memenuhkan perut di Restoran Seafood berhampiran..erm..yummy yummy..
Selepas mkn kami pergi menembak flight pula..aiyak sume dapat tangkat UFO beb…Picture paling cun setakat ni milik Flinstone..serius cantik gile..aku mmg super dengki…
Aiyak,aku kena keluar ni..erm kat sini aku pinjam picture dr rhizo..so kalau nak lebih-lebih lagi..moh ke sini :-
Outing for Selangor’s member
raizil
rhizomegrazz
Posted on 6 April '08 by catzer, under True Life. 20 Comments.