Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Life with Me - Newbie Webmaster

    Jumaat mlm Sally datang tido kat rumah aku. So, esok baru mummy dia akan datang amik bawak dia balik. Life aku bersama seorang budak berusia 5 thn. Pergh, agak janggal kerana aku tidak arif bab penjagaan kanak-kanak ni. So, lebih teruk kehidupan aku sebagai seorang nerd ni mmg menyukarkan utk menguruskan seorang budak. Sepanjang mlm tadi aku tidak tido lena, setiap sejam aku bgn utk tgk dia. Dia tido dalam bilik berasingan sbb katil tu cukup utk dia seorang dan aku tidak mahu menjadi mangsa sepak dia.

    Aktiviti bersama aku ialah main games kat internet, nyanyi lagu kanak-kanak, belajar menulis dan membaca dan paling penting sekali melantak. Mungkin ramai yg tertanya sbb dia sanggup berpisah ngan mummy just utk tido dirumah aku time weekend ni. Semua kerana aku rajin layan dia main games kat internet. So,k.anna maaf kerana menurunkan ilmu yg kurang baik kat anak ko..kekekeke

    So, aku sedikit bersyukur kerana dia pandai menjaga diri seadanya. Mandi,gosok gigi,syampoo, keringkan badan,pakai baju dan segala-galanya dia uruskan sendiri. Lega…At least aku tidak perlu menyusahkan minda utk keselesaan dia. Tadi aku bawak dia jalan-jalan ke Subang Parade, belikan dia subang baru dan juga buku baru di Toy’R'Us. Erm, so kekerapan utk aku online juga sudah kurang sedangkan aku ada byk keje berlambak-lambak dan berlonggok spt baju yg di pakai semasa weekday. Aisey tak kan aku nak dera dia cuci baju aku pulak?

    Kali pertama aku bawak dia jalan-jalan tanpa parent dia, aku merasakan di bahu aku terpikul satu tanggungjawap yg besar. Menjaga dia seadanya dan pastikan keselamatan dan keperluannya lengkap. Aku terfikir macam mana org boleh hilang anak jika kita mengaplikasikan keselamatan kanak-kanak secara efektif? Berkisar kepada kehilangan, adik Sharlinie masih belum ditemui. Apakah nasib kanak-kanak yg sebaya ngan Sally ni aku sendiri tak mampu memikirkan dgn otak kosong ni. Aku harap disaat-saat kesibukan musim pilihanraya ini kita tidak akan sesekali lupe ttg pencarian kanak-kanak yg hilang ini. Tahniah pada mereka yg meletakkan poster2 pencarian Sharlinie di kenderaan,premis perniagaan, rumah dan blog masing-masing.

    Posted on 1 March '08 by catzer, under True Life.

    12 Comments to “Life with Me - Newbie Webmaster”

    1

    ahib0205 aka budak ayam? wrote (01.03.08 at 17:33)

    hahaha… jadi babysitter la pulak. eh jaga budak pun earning adsense pun masuk gak kan? hehee.. so bila nk jadi mak budak ni? :P
    ahib0205 aka budak ayam?’s last blog post..ahib0205

    2

    kaSyah wrote (02.03.08 at 02:30)

    Pake pampers lagi tak? hehehe…

    Bagus catz, bagus ko skrang ni…makin maju. :P

    Mak budak?..huhu..jadi isteri org dulu… :P
    kaSyah’s last blog post..Lol…..what happened?

    3

    catzer wrote (02.03.08 at 05:48)

    catz2ahib ~ adei sungguh letih jaga budak erk, tak larat dah aku. :p

    catz2kasyah ~ nak jadi bini org? Sape nak kat aku ni? Dia tak pakai pampers dah, sgt bijak sbb tu aku tak larat nak layan.

    catzer’s last blog post..Life with Me - Newbie Webmaster

    4

    Fahmishah wrote (02.03.08 at 12:03)

    takpe2…kasi praktik dulu..

    Fahmishah’s last blog post..5 Link Kegemaran Fahmishah

    5

    soleh wrote (02.03.08 at 12:27)

    Salam,
    Klu sembang2 ngan budak kecik ni mmg best..hehe..lagi2 ngan jiran aku ni..huhu..tapi klu nak jaga x tahu lak cane..huhu

    soleh’s last blog post..Keys No 1 Google Search Engine

    6

    mrozaidi wrote (02.03.08 at 14:46)

    Yang Utama Kena Kursus Kahwin Dulu..Baru Cari Calon…

    mrozaidi’s last blog post..Aktiviti Malam #1 March 2008

    7

    topo wrote (02.03.08 at 15:41)

    practice jaga budak…hohohohoo kalo dengan aku… sure rosak bdak tu….

    8

    Kakikutuk wrote (02.03.08 at 15:54)

    Merujuk pada kenyataan you:-

    “Aku terfikir macam mana org boleh hilang anak jika kita mengaplikasikan keselamatan kanak-kanak secara efektif?”

    Org hilang anak sbb anak dia bukan sorang dan ada budak yg memang tak reti duduk diam-hyper active.

    Ko anak kucing pun takde boleh la cakap

    9

    ahib0205 aka budak ayam? wrote (02.03.08 at 17:09)

    hm… budak owh budak. untung ko dpt makcik mcm si catzer ni. ye la ada juga nk layan ko. wa rezpect lu la catz… caiyok… :)
    ahib0205 aka budak ayam?’s last blog post..ahib0205

    10

    azwanhadzree wrote (03.03.08 at 05:04)

    aku ada 3 cat, kekadang tu rasa beremang bulu roma kat tengkuk bila sekelip mata budak-budak tu hilanag sebab main nyorok2 kat dalam shopping complex

    azwanhadzree’s last blog post..Lets Do Threesome

    11

    catzer wrote (03.03.08 at 06:59)

    catz2fahmi ~ yup praktis agak sukar gak sbb aku ada seekor anak kucing yg sgt2 manja dan kura-kura yg perlu diberi perhatian.

    catz2soleh ~ sembang mmg best, cuba ko pinjam separuh hari mesti boleh buat ko pengsan.

    catz2mrozaidi ~ kekeke,kursus kawen pun tak pergi lagi ni :p

    catz2topo ~ aku yg rosak jg budak ni.

    catz2kakikutuk ~ Selamat datang ke blog aku.kekeke,aku salah seorang budak hyperactive dan mempunyai 10 org anak sedara yg hyperactive. As long as ko sedar anak tu hyperactive ko perlu tahu menjaga mereka adalah sama penting dgn nyawa ko.Satu lagi, aku ada anak kucing dan se ekor kura-kura. Aku buat kenyataan tersebut berdasar kekuatan ayat “EFEKTIF”.

    catz2ahib ~ Minggu depan jgnlah dia mai dah sbb aku rasa mcm nak demam.:p

    catz2azwan ~ itulah bahaya kanak-kanak mereka tidak dpt mengesan bahaya di persekitaran.

    12

    zaki blogjer wrote (08.03.08 at 14:24)

    Aku baru ada sorang, baru sebulan lebih. Skrg masih kuat tido w/pun kekadan berjaga malam. Apapun jaga anak sendiri mmg lagi best dari jaga anak org

    zaki blogjer’s last blog post..50 wpdesigner accounts up for grab at Blogjer.com

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.