Aiyak, sudah lama tak updated blog…kui kui kui..yer ke lama..kekekeke..Pernah dgr super Azwan, kuasa hikmat terhebat “mulut busuk” 1st time aku dgr kat Era, sakit perut aku gelak sakan. Masa tu aku baru balik dr Amcorp Mall pi J-One skodeng satu lens kat kedai Jason. Unlucky the lens is too expensive even 2nd hand, tp hasil dr snap2 percuma tu mmg awesome..Sorry Jason aku lupe nak call ckp lens tu terpaksa aku lpskan..bye2 lens..tunggu aku dpt rompak cash deposit dulu..kui kui kui
Erm,jika Azwan nak jadi super A aku plak mahu jadi super M..M bermakna..Malas..kekekeke, tahu parent aku mahu aje aku dpt hikmat pelempang 100X. Luckily and surely parent aku tak kan baca blog ni malahan kewujudan blog ni menjadi rahsia dan tanda tanya pada mereka…kekeke,kalau diketahui maka akan berkecailah impian untuk menjadi super M.
So, renteten kesibukan minggu lps membuatkan aku sgt2 penat. Almaklumlah aku ni selalu mengalami sindrom tak boleh penat sgt nanti jantung aku mula gatal2 nak m.c. Jadi aku lebih focus pada membantu adik aku membuat mini taman dlm opis kakak aku dan juga memastikan bunting untuk opis tu siap minggu lps. alhamdulillah, yosh..siap tugasan aku minggu lps. But, aku ada appointment ptg tadi di opis bersama seorang kenalan baru..Aiyak manifesto aku untuk menjadi Super M terbantut, aku rempit ke opis dan menunggu Ros datang ke opis, dlm pukul 2 baru nampak btg hidung dia..Adei, super M sudah bertukar jadi super Letih. Pukul 6.30 aku balik, tp tak boleh nak terus corner lap ke rumah sbb makanan fify dah habis..aku rempit ke Giant seksyen 18, beli mknn dia dan terus pulang. Letih gile bai…
Aiyak, mana plak dia pergi ni…Si fify ni mmg pantang aku takde dirumah mesti ada jerk agenda tersembunyi. Adei laptop aku ada masaalh tak boleh nak setting internet connection..adei..apa ni..agenda aku untuk menjadi super M macam mustahil jerk. My friend dah scream byk kali wei kuar nanti buang sampah sekali tau..cish..satu lagi perosak agenda mulia aku..Lastly, aku tertido..nyenyak..byk kali housemate aku kejutkan..”oit, jantung ko m.c lagi ke?” aku tersenyum but tak mampu nak buka mata. Yup, im totally negative energy, esok awal2 pagi aku akan dipaksa ke Pasar Tani seksyen 13. Seriously aku penat,penat sgt2 but no one boleh terima agenda aku untuk menjadi Super M..Oit bglah chance even sehari pun..
Lastly, hari ni aku tido pukul berapa pun tak pasti. skang jam nike ditgn aku dah tunjukkan 5.16am..adei dah lewat utk tido ni..nak stay atau tertonggeng tido..Beb, aku nak share some good point ngan korang..Cara-cara utk tua cepat ialah tido lewat..kui kui kui. so jgn salahkan masa sebab semua tu agenda peribadi korang..Adei, tido lewat lagi maksudnya aku akan jadi amma cepat..cish..tak mau aku..
sudei lah bai…
Posted on 29 March '08 by catzer, under True Life. 19 Comments.
Adei, hari ni penat gilos merempit ke kl bersama Omar. Actually aku kesana untuk membeli cable wayer utk kawan aku punya office adei pompuan tu memang menyusahkan hidup aku but as usual aku malas nak bertekak pasal hal yg besar ni dgn dia. So, kami ikut laluan npe untuk ke KL dan disana aku kenal ngan Anul, classmate Omar. Dia dah terkena racun D40 so tadi dia beli sekali ngan lens 18mm-55mm VR,aisey VR so smooth and sound sgt2 menghairahkan..serius ghairah gile aku masa dpt snap bersama2 lens VR.Aiyak, mahu satu VR juga..tunggulah kalau aku terjumpa duit kat mana2 nanti..kui kui kui
So, insya-allah weekend ni aku akan ke PD kena delivery barang pada seseorang. Aisey, im prefer to stay at home actually tp tgklah nanti. Erm, esok lebih2lah aku busy..so sebab kenapa aku tak update blog ni kerap adalah kerana busy…percayalah aku mmg super busy..busy sbb minggu depan aku akan naik court kena saman tak byr loan pendidikan..kui kui kui..nak cite sampai keakar korang mesti akan ckp aku teraniaya. So keadilan tu tak sampai pada aku jadi demi meredakan kemarahan abah,aku terpaksa akur settlekan masalah ni sendiri padahal dlm senyap-senyap aku dibantu oleh mak..Thanks mak sbb understood sgt2,adei cam nak nangis plak.
Minggu lps 2 org kawan aku bertukar status menjadi isteri org,tahniah k.e dan k.mc dah. Erm aku tak terasa sgt bahang2 perkahwinan kerana adei takde duit itulah alasan yg termampu utk aku berikan. Mungkin inilah nasib aku bile terlalu sygkan org tp org tu tak terasapun nak kawen ngan aku ni..Lately aku sedar bahawa cinta itu belum tentu jodoh aku. Tp jodoh itu pasti cinta aku. Adei,bahasa apa ni..bikin kepala pusing jerk. Ketepikan jerklah isu kawen ni sbb aku tak mampu membuat pilihan. Single is cool right?
Aiyak, tadikan masa aku kat parking motor ada pakcik india ni mcm mabuk2 minta duit jaga parking..Shit sungguhlah..Dia mcm paksa2 then ada sorang lagi laki india mcm celaka paksa aku bg duit kat mamat mabuk tu.adei, aku nasib baik depan Omar dan Anul kalau ikutkan mood aku yg tidak menentu ni ada aku mengamuk kat situ.kekekeke..sib baik aku ada 2 lelaki yg macho dan menolong aku membayar duit parking..serius aku ada 50cents jerk tadi. Erm kalau korang nak pastikan kelakian korang sama taraf ngan Omar dan Anul apa kata korang test kira berapa byk huruf F berada dlm perenggan dibawah ni dlm masa 10seconds:-
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Managed it?
Scroll down only after you have counted them!
OK?
How many?
Three? (You are definitely male!!!)
Wrong, there are six - no joke!
Read again!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
The reasoning is……….The MALE brain cannot process the word “OF”. Anyone who counts all six F’s on the first go has a brain of a Female. So, honestly I’m a female but I got male brain..aiyak…
Sudei..
Erk,kekekek..skang ni hujan di kawasan rumah aku. Erk..aku tak pi keje ke? Hehehehe,pagi2 tadi aku call kakak aku ckp M.C officiallynya takderlah surat m.c dari doktor but semua ni kerana aku mengalami sedikit sakit di bahagian kiri badan aku sebab semlm aku telah digigit tebuan semasa on the way balik dari bayar bil lektrik melalui jalan seksyen 9. Tebuan yg sangat pandai tu telah masuk ke dalam helmet aku semasa aku tgh dok leka fikir apa aku nak mkn utk lunch. Terkejut dengan gigitan kecik dr tebuan tu aku menguis dengan jari di celah-celah muka aku, adoi..satu sengatan tanpa minta izinpun pada tuan empunya badan. Kepala aku sakit sangat, aku tahan sehingga sampai kat opis kakak aku. Dengan bantuan boboy, adik aku ni dengan selamba mencabut “bontot” tebuan tersebut dari tepi muke kiri aku. Sib baik dia tak masuk dlm telinga atau sengat mata aku. Adei, aku sapu minyak cap kapak dan berpura segala-galanya indah. Semlm aku pulang awal ke rumah dan kesakitan tu takde lah menghasilkan bengkak yg teruk pun.
So, pagi tadi aku bgn dgn kesakitan di seluruh badan kiri aku. Adei, terasa macam nak demam plak. Aku sekadar layan tido dan membaca beberapa blog yg agak menarik di mata hati aku. Erm, sempena hujan yg turun aku ingin intro satu blog yg agak menarik pada aku jika sebelum ini aku memberi love link pada fath, kini link cinta ni aku berikan pada lilalillulu. Aku rasa seronok kerana semasa mula-mula aku berblog dulu aku tak temui ramai rakan sejenis di dunia maya ni sehinggakan ada yg misunderstood aku sebagai seorang dr kaum adam. Adei,kalian ni mmg sengaja mengheret aku ke alam yg lebih gagah dan perkasa ke? So, blog ini aku merasakan ada sentuhan peribadi dari penulis nya seorang pelajar aliran sains. Erm so jgn ingat kami hanya budak nerd yg gilekan kedai buku jerk..kekekeke
Erm, hujan sudah menjadi titisan-titisan halus maksudnya jap lagi aku kena sapu daun2 yg berguguran di ruang parking. Itupun kalau aku rajin lah. Erm, beberapa minggu ni aku lupe nak check awstats blog ni..adei..jap erk nak check skang gak.
Sedikit penurunan dari segi unique visitor namun hits mcm biasa melonjak-lonjak mcm kera dpt bunga. kekeke. Erm actually kekerapan aku buat post di blog ini adalah punca segala penurunan tu. Sejak Nov 2006 ni blog stat aku:
There are currently 171 posts and 951 comments, contained within 22 categories and 70 tags.
So memang tidak memberahi kan langsung. Adei lapor plak hujan-hujan ni. Erm, carian keywords pun tidak semegah mana kekeke sebab aku tidak bermain keterlaluan dengan seo. Maklumlah ni blog melayu aku tak aimed apa2 sgt kecuali kepuasan yg boleh mencetuskan berahi utk terus menulis sehingga mati.
Top commentator aku telah di complaint oleh beberapa blogger..kekekeke..Kalau kalian cukup hebat pintas lah tuan rumah. Ada berani, aku mmg sengaja buat begitu sbb “big contributor” sememangnya patut jatuh di tangan aku..Betul tak?
Posted on 14 March '08 by catzer, under True Life. 25 Comments.
Check Your Site SERP
Adei, beberapa minggu ini aku mmg agak busy. Almaklumlah minggu lps begitu busy berkempen PRU 12, memandangkan lokasi aku sekarang di jajahan pimpinan PAS dan PKR aku tak punya komen apa2 sbb aku tidak mengundi di sini. Sekali lagi adei, bile minggu lps juga fify telah aku htr surgeon utk membuang sistem peranakan dia. Ramai yg mencemuh aku mengatakan aku kejam, biarlah sbb Allah tahu apa yg aku buat ini dgn niat yg jujur dan betul. Fify skang tidak murung seperti dulu, bermain gembira dan manja. Apa yg penting sekarang aku perlu pastikan berat badan dia naik semula, terlalu kurus untuk kucing yg dah berumur 2 thn.
Sebagai part time blogger aku terasa bahang yg sama seperti pokcik Azwan, tiada masa untuk update blog ni hari-hari. Aku hanya berkesempatan menghalau spammer-spammer dr blog ni sahaja tetapi untuk mencetuskan idea post yg gah lagi bergaya aku tidak mampu. Sedikit kesian pada pembaca-pembaca setia blog ni, maaf sesangat kenkadang aku mmg busy utk mencari sesuap nasi. Maklumlah aku seorang bujang yg tinggal jauh di perantauan, ada rumah utk dibayar, ada motor perlu diberi minum minyak, ada kucing dan kura-kura yg perlu aku bg mkn 3x sehari, ada pelbagai utilities bil yg tersergam indah namun segan utk aku pandang dan yg pasti ada blog yg semakin bersawang yg perlu aku bersihkan selain dr blog ini…kekekekek
So, setiap pemilik blog mesti mempunyai keyword sebagai identiti pada blog masing2. Kebanyakkan keyword ni mampu di jual di kemudian hari. So, sebagai blogger yg mengejar kedudukan di SERP untuk keyword-keyword tertentu aku selalu membuat cubaan menggunakan blog ini. Erm permainan SEO merupakan game yg paling aku gila-gilakan namun aku tahu batas-batas yg tidak patut aku rempuhi.
Disini aku pecahkan sedikit ruang untuk kalian mudahkan pencarian SERP untuk keywords kesayangan. Check Serp membolehkan kita mendapatkan kedudukan Alexa Ranking dan kedudukan SERP utk site kita di carian search engine.
Untuk keyword “newbie webmaster” blog ini mendapatkan ranking SERP yg baik, berada di page1 dan ke 2 dlm senarai search engine. Malangnya tiada publisher yg berminat dengan keyword tersebut. Alexa ranking aku yg juga buruk, 240,074. Adei,bile mahu turun bawak 100k ni..
p.s - kengkawan blogger sekalian yg mengenali bro BadrulZamani, dia skang berada di HUKM menerima rawatan “downsizing”. Sesiapa yg berdekatan tu bolehlah melawat dia.
Pagi ni aku bgn awal spt biasa, mungkin lewat sedikit aje sbb semlm aku telah dicakar oleh fify dan lukanya sgt teruk. Seluruh tgn kanan aku bercalar dgn luke yg agak dalam dan menyebabkan aku sedikit lemah disebabkan bisa kuku. Pagi ini aku agak pelik kerana tiba-tiba terfikir utk online seawal mungkin, rupa-rupanya aku di tag oleh zakiyamani ttg 5 sites kegemaran seorang newbie webmaster ni.Partner threesome kepada azwan dan zaki blogjer. Actually tag ni sepatutnya di balas menggunakan blog english aku, but tetiba aku rasa alangkah indahnya jika ianya di jawap di blog newbie webmaster ni. Actually my english is very poor so kalau aku jawap dlm bahasa ke-2 aku tu bunyinya tidak semesra dan semanja di sini.
Sebelum itu aku ingin ucapkan tahniah pada couple blogger untuk ulang tahun ke 4 mereka, aduh bahagianya terasa PHD aku semakin membara. Maklumlah bukan senang untuk menjunjung cinta selama itu lebih-lebih lagi dalam usia muda.
Ops, aku selalu lari dari topic awal maklumlah pagi-pagi begini aku mmg punya byk idea utk merapu. 5 Favourite sites newbie webmaster selain dari blog aku sendiri:
1. Yahoo.com - Aku suke baca header story sahaja dan kalau ada yg menarik perhatian bolehlah aku scroll lebih2.
2. Youtube - Erm sedia maklum aku mmg suke menonton mv artist korea dan jepun melalui youtube.
3. Google Adsense - aku bukanlah main player untuk google adsense but sejujurnya aku seronok login ke akaun google adsense aku sbb sukekan system yg beroperasi di dalamnya.
4. Entrecard - Aku suke cari blog best2 kat sini.
5. Wp Malaysia forum - Ok, aku suke ke sini sbb ketidak asingan yg timbul setiap kali aku membuat post disana. Sama ada kalian blogger worpdress baru atau lama, kita adalah setara.
So, mereka yg aku rasakan agak istimewa utk di tag ialah :-
1. Mrozaidi - yg tgh bergembira dgn snap shot picture.
2. Ahib aka budak ayam - isu Akademi Al-Quran
3. Azhar - isu seram yg tak berkesudahan, aku takut nak baca blog ko mlm2.
4. Deen aka deenasour - sape nak topup RM10 boleh lah adjust kat blog dia.
5. Kodin aka tukang masak - ya masih setia bersama blogspot
Erm post kali ini tak dpt aku selitkan sebarang picture kerana aku sudah lambat utk merempit ke opis kakak aku. Kang mengamuk plak dia.hehehe
Jumaat mlm Sally datang tido kat rumah aku. So, esok baru mummy dia akan datang amik bawak dia balik. Life aku bersama seorang budak berusia 5 thn. Pergh, agak janggal kerana aku tidak arif bab penjagaan kanak-kanak ni. So, lebih teruk kehidupan aku sebagai seorang nerd ni mmg menyukarkan utk menguruskan seorang budak. Sepanjang mlm tadi aku tidak tido lena, setiap sejam aku bgn utk tgk dia. Dia tido dalam bilik berasingan sbb katil tu cukup utk dia seorang dan aku tidak mahu menjadi mangsa sepak dia.
Aktiviti bersama aku ialah main games kat internet, nyanyi lagu kanak-kanak, belajar menulis dan membaca dan paling penting sekali melantak. Mungkin ramai yg tertanya sbb dia sanggup berpisah ngan mummy just utk tido dirumah aku time weekend ni. Semua kerana aku rajin layan dia main games kat internet. So,k.anna maaf kerana menurunkan ilmu yg kurang baik kat anak ko..kekekeke
So, aku sedikit bersyukur kerana dia pandai menjaga diri seadanya. Mandi,gosok gigi,syampoo, keringkan badan,pakai baju dan segala-galanya dia uruskan sendiri. Lega…At least aku tidak perlu menyusahkan minda utk keselesaan dia. Tadi aku bawak dia jalan-jalan ke Subang Parade, belikan dia subang baru dan juga buku baru di Toy’R'Us. Erm, so kekerapan utk aku online juga sudah kurang sedangkan aku ada byk keje berlambak-lambak dan berlonggok spt baju yg di pakai semasa weekday. Aisey tak kan aku nak dera dia cuci baju aku pulak?
Kali pertama aku bawak dia jalan-jalan tanpa parent dia, aku merasakan di bahu aku terpikul satu tanggungjawap yg besar. Menjaga dia seadanya dan pastikan keselamatan dan keperluannya lengkap. Aku terfikir macam mana org boleh hilang anak jika kita mengaplikasikan keselamatan kanak-kanak secara efektif? Berkisar kepada kehilangan, adik Sharlinie masih belum ditemui. Apakah nasib kanak-kanak yg sebaya ngan Sally ni aku sendiri tak mampu memikirkan dgn otak kosong ni. Aku harap disaat-saat kesibukan musim pilihanraya ini kita tidak akan sesekali lupe ttg pencarian kanak-kanak yg hilang ini. Tahniah pada mereka yg meletakkan poster2 pencarian Sharlinie di kenderaan,premis perniagaan, rumah dan blog masing-masing.
Posted on 1 March '08 by catzer, under True Life. 12 Comments.