Parlimen Dibubarkan - Wajib Mengundi
Erm, baru sekejap tadi aku dgr kat radio era parlimen telah dibubarkan so maknanya confirm bulan depan aku akan balik kampung untuk mengundi. Ini adalah kali ke-2 aku mengundi so perasaan spt biasa seronok sbb dpt balik kampung bukan sebab nak mengundi. Erm, sesiapa yg tak membuat semakan pengundi tu sila2 lah semak. kang tetiba plak ada lagi pengundi Hantu.kekekekeke.
Oklah, at least aku ada sebab untuk pulang ke kampung. Tp, sedia maklum aku tiada kawan2 dikampung semua telah berhijrah ke kota dan juga ada yg masih tinggal di sana tp dah punya family sendiri. Tak kan aku yg bujang ni mahu hang out bersama mereka. Oklah aku nak cite sikit pengalaman pertama aku mengundi. Actually aku cukup umur untuk mengundi just nice waktu tu mmg nak masuk musim pilihanraya 2004. Aku pulang bercuti semester waktu tu then tetiba mak bawa aku pi pejabat pos, dia ckp pi daftar untuk mengundi. Cish, aku dahlah penat2 kalau mak bawak aku pi mkn kat KFC pun best gak. So, akupun isi borang apa yg patut then dpt slip pengesahan pendaftaran, aku bg kat mak bukti aku dah register kang dia piat telinga aku kalau aku memain ngan dia.hehehe..
Then, satu pagi yg indah semasa aku sedang syok-syok tidur abah kejutkan aku. Dik, bangun dik..dah tengahari ni jap lagi mak balik nak ajak pi ngundi..Aku yg super liat nak bgn tido, termenung di ruang tamu. Tgh dok2 termenung aku dgr bunyi kete mak baru balik dr sekolah pi htr kawan2 dia mengundi. Aku dgn pantas berlari masuk ke dlm bilik air, kalau dia nampak aku masih berkelubong mampos kena bebel. Aku pakai t-shirt dan seluar tracksuit, minum air milo abah buatkan dan buat muke cuka tanda malas nak pi. Mak bg aku satu slip dan “mengheret” aku ke sekolah tempat utk membuang undi. Aku dgn lemah longlai berjln ke tempat buang undi, check nama dan pi tick apa yg patut then “buang” kertas undi dlm tong. Pergh, lega.. Kewajipan aku dah settle.
So,itulah pengalaman tragis aku mengundi pada tahun 2004. Tragis sbb lps mengundi tu aku kena tunggu mak aku borak2 ngan kawan2 dia. Then, aku paksa abah hantar aku balik. Aku mahu sambung tido..ngantuk2.



17 Comments to “Parlimen Dibubarkan - Wajib Mengundi”