Naza Bercumbu
Hahahaha, hari ni masa aku balik ke seksyen 19, aku tgk ramai org berhimpun dekat kawasan perumahan aku. Erm, ada makan2 ke? Tp, aku nampak kereta penunda plak dah. Aisey takderlah istilah makan2 free. Aku pun menyelitkan motor kriss aku di tepi jln yg sesak ngan org ramai. Ooo, kereta Naza milik jiran baru aku tgh bercumbu-cumbuan dgn longkang rupanya. Akupun blah dan pulang ke rumah. Jarak rumah jiran aku tu cuma 2-3 selang rumah jerk,maklumlah jiran baru manalah aku kenal lagi. Tumpang-tumpang skodeng dari jauh jerk. Sedaplah hari ni Naza tu bercumbu ngan longkang. Kisah sebenar aku tak pasti nak tanya kang kata busy body plak.
Sambil-sambil menanti kereta naza tu ditunda aku sempat snap beberapa keping picture, sesaje kenangan minggu ke2 aku dirumah dan kejiranan baru ni. Seh, dah lewat mlm plak. Mampos jadi mcm pagi tadi aku bgn lewat dan mengelupor ke opis. Erm, lupe nak ckp paksue aku dah kuar dari wad hari ni, sampai je kat rumah dia tido jerk. Maybe sebab katil hospital tak sebest katil kat rumah tak pun dia tido kekenyangan. Erm esok birthday boboy dan bakal pak mertua aku..hehehe

Tadi aku ada buat sedikit amal jariah, bukan nak tunjuk baik just nak ajak korang semuapun buat perkara yg sama. The Faizah Appeal memerlukan fund sebanyak £12,000 untuk Faizah menamatkan pengajian degree beliau. Korang bleh baca kisah sebenar ttg pelajar ni kat sini. Akupun tolong setakat yg termampu sebab sedia maklum newbie webmaster ni masih belum mencapai tahap pro webmaster dan problogger. Jadi maknanya, inventory aku mmg cukup2 untuk aku, fify dan emil. Sedekahlah apa yg ada, Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa menghilangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dunia yang diderita oleh seorang mukmin, maka kelak pada hari Kiamat Allah akan menghilangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan akhirat yang dideritanya. Barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang berada dalam suatu ke-susahan, maka Allah akan memudahkannya, baik di dunia maupun di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Surga. Dan tidaklah orang-orang berkumpul pada salah satu dari rumah-rumah Allah Ta’ala (masjid-masjid), sedang mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan akan turun ketenangan kepada mereka serta diliputi oleh rahmat dan mereka akan dikelilingi oleh para Malaikat. Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada siapa saja yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang diperlambat amal perbuatannya, maka dia tidak akan dipercepat oleh nasab (keturunan)nya.” [HR. Muslim]



42 Comments to “Naza Bercumbu”