Theme Wordpress Melayu dan Habari
Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.
Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.
Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).
Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.



30 Comments to “Theme Wordpress Melayu dan Habari”