Webmaster version 2008

2007 merupakan tahun permulaan yg suram dan pengakhiran yg agak kusam sedikit. Namun selepas merempit sekitar shah alam seawal pagi aku sedikit tenang mendengar bunyi motor kriss aku menderum dlm kesunyian malam. Aku pulang lewat malam dan letak helmet, mata aku memandang whiteboard dihadapan aku puas. New year mlm ni aku perlu pasang niat baru, niat yg lebih bermakna utk aku salah seorang webmaster malaysia walaupun sekadar berlabel newbie webmaster.
Disini aku listkan beberapa kenangan terindah aku utk thn ini, ya thn ini 2007:-
Januari - Feb
Awal thn aku masih dlm trauma dimana accident pada bulan 11 thn lepas menyebabkan aku tak mampu berlari, berjln dgn betul dan tidak mampu aktif spt biasa. Doktor ckp buku lali aku crack so no wonder aku mmg terkial-kial utk berjln. Trauma tu ditambah dgn perasaan bosan takde keje dan juga kehilangan seseorang dimana tempat aku bergantung segala-galanya. Januari - Feb juga dtg membawa bebanan teramat besar bile mak dan abah memutuskan untuk tidak menanggung kehidupan aku di bandaraya shah alam ini.
15 Feb - 11 April
Kehidupan aku jadi lebih baik dr sebelumnya, dimana ada peluang utk aku membuat duit online walaupun sedikit tp yg penting halal dan aku tak menyusahkan sesiapa. at least mak dan abah mampu tersenyum kerana aku punyer income sendiri walaupun cukup2 mkn.
11 April - 30 june
Aku bekerja di PHN Industry Sdn Bhd, merupakan pengalaman pahit yg tak mungkin aku lupakan. Di transfer ke 3 department dlm masa 3 bulan, aku bekerja sebagai management trainee. Alasan pertukaran kerana aku mampu jadi multi purpose trainee. 5 minggu pertama aku di Receiving dept sebagai Planner, 4 minggu seterusnya sebagai Quality executive then untuk terakhir kali ditukarkan ke Purchasing and Vendor Development department sebagai purchasing executive. Akhirnya, selepas konvo aku pada hujung bulan 5 aku menghantar resignation letter berkuat kuasa sebulan dr tarikh tersebut. Even, di psycho lebih 4 jam oleh HR manager itu tak dpt mengubah perasaan aku untuk berlalu pergi dr mereka yg mendouble standard kan aku sebagai seorang fresh graduate. Aku terlalu ethical utk bersama mereka, malah aku bukanlah berminat utk bersama-sama mereka yg tidak tahu menghargai kesetiaan aku bekerja dr pukul 7.45 am - 8.45 pm ni.
1 July - 8 August
Aku lebih byk kepada membina balik jati diri yg telah rosak dan hancur semasa bersama PHN. Lebih memberikan tumpuan pada pembelajaran online dan juga hang out bersama kawan2. Selama hampir dua bulan ini aku tido di rumah k.mai, sedikit melarikan diri dari masalah dan bebanan kehidupan. Bulan ini juga hubungan cinta aku spt tiada ada hujung pangkalnya, gaduh dan gaduh dan spt retak menanti belah aku akur. Sekali lagi aku kena demam panas utk thn ni, i got infection kat brain and hampir2 diserang sawan.
9 August - October
Hari paling tragis buat kami sekeluarga, paksue accident. Skang dia sudah tidak koma lagi tp lumpuh separuh badan sebelah kiri dan hilang short term memories. Dan disaat semua indah meraikan kejayaan PMR, dia tetap berbaring dirumah dan adakalanya duduk di kerusi roda. Pertuturan yg tidak jelas dan bisa buat aku menangis melihat keadaan dia skang. aku masih ingat berulang alik ke HKL dr shah alam untuk melawat dia di wad ICU HKL dan juga bile dia dah stabil namun masih belum sedarkan diri. Dia sedar setelah hampir sebulan coma, syukur kehadrat ilahi dia masih bersama kami. 25 August aku ke Rumpun 2007 walaupun saat itu hati aku berbelah bahagi dgn keadaan paksue. Pada bulan ini juga aku berhenti berharap utk mencapai cita-cita aku sebagai seorang engineer. Aku bukan tidak mahu berusaha tp cukuplah aku mengejar bayang2 sendiri.
November
Aku suke bulan ini kerana byk anniversary yg aku raikan. 7 nov genap umur aku 26 thn bermakna budak yg cute ini sudah menjangkau umur dimana setiap org gatal mulut tanya bile nak kawen. Pleaselah..give me a chance nak hirup dunia single ni puas2. Waktu study mmg tak bleh nak rasa kebahagiaan mcm skang ni. Hari2 kelas, assignment, test and final. Done, all 25 years tu dah gone. So, biarlah 26 ni menjadi lebih bermakna. Anniversary catzer.com pun bulan yg sama juga. Dan pada bulan ini juga aku merompak keyword newbie webmaster menukarkan title sedia ada pada waktu itu.
December
Bulan ini aku menggila sedikit dgn membeli beberapa domain dan hosting. Ya, utk projek thn depan yg aku tak plan pun. Erk, kalian mesti kaku mendengar ayat tidak plan tu. ya, aku bukanlah seorang yg suke plan, do and action. Mmg aku merupakan seorang yg berhati gila, buat sesuka hati aku jerk.Muahahaha. Bulan ini buat pertama kalinya aku memasang azam setelah hampir 6 thn takde azam.



39 Comments to “Webmaster version 2008”