Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Archive for November, 2007

    Webmaster Love Money

    Erm, webmaster je ke yg suke duit? Aku rasa semua orgpun suke kan apatah lagi bile time2 hujung bulan..hehehe, duit gaji,duit o.t , duit komisyen, duit claim, dan pelbagai jenis duit lagi.

    Namun, kewujudan duit malaysia dlm pelbagai nilai yg aku paling tak suka ialah duit polymer RM5. Sbb, ianya mudah pecah dan kesian dia sorang2 ber structure polymer berbanding kawan2nya yg lain. Aku lebih suke kan duit kertas RM2 dan RM20 yg telah dilupuskan tu. Kesian mereka tak dpt hidup lama. Bank Negara pencetak duit RM2 dan RM20 tu letak kat mana? Kalau tak nak boleh bg kat aku..hehehe

    Di kemuncak ketakutan terhadap kenaikkan harga minyak dan harga barang2 pada tahun depan,bank negara bakal mengeluarkan wang RM50 beredisi baru. Lebih comel dan sistem sekuriti yg lebih baik. Namun apa maknanya jika nilai RM50 tahun depan sudah serupa duit RM5 polymer. Rm50 terlalu kecil skang ini, alangkah indahnya jika value RM50 itu sama seperti RM100..hehehe

    RM50 ringgit malaysia

    RM50 ringgit malaysia

    Posted on 30 November '07 by catzer, under Isu Semasa. 9 Comments.

    Newbie Webmaster-Basic SEO

    seo spider

    Basic SEO merupakan pelajaran paling mudah tp agak detailed terutamanya utk newbie mcm aku ni. Search Engine Optimization atau singkatannya SEO merupakan salah satu cara utk kita menjadikan site kita ini mudah utk disenarai putihkan di search engine. Me ‘marketing’ kan blog kita dalam masa tertentu merupakan fungsi SEO ini. Ianya merupakan usaha jangka masa panjang dan berterusan.

    Search Engine Optimization terbahagi kepada dua jenis iaitu On Page Optimization dan juga Off Page Optimization. Kenapa terbahagi kepada 2 jgnlah tanya aku tp yg pasti 2 basics ini ibarat pintu luar dan pintu belakang, ke dua-dua optimization hendaklah dikukuhkan supaya site kita friendly search engine. Disini aku senaraikan apa itu onpage dan off page:-

    On Page optimization:
    Title,description,keywords tags
    alt property
    header tags
    navigation.

    Off page optimization:
    Directory submission
    link exchange
    article marketing
    press release
    Blog commenting

    Kebiasaannya kita melakukan on page dan terus melupakan off page optimization dan sebaliknya. Biasanya on page dilakukan semasa pertama kali kita nak develop sesuatu site ataupun blog. Manakala off page optimization biasa dilakukan sepanjang blog/site itu masih hidup. SEO akan membantu kita menaikkan ranking site dan spider/robot mmg suke site yg seo friendly. Adakah site aku ni seo friendly? Mcm mana nak tahu site kita seo friendly. Muahahaha, sape tahu tinggalkan komen. Sape tak tahu pun tinggalkanlah komen gak..

    Posted on 29 November '07 by catzer, under Internet, Komputer, Teknologi, webmaster. 2 Comments.

    Download Video Youtube

    Erm, ada beberapa video yg aku susah nak dptkan dlm bentuk DVD so akan aku gunakan youtube utk mendownload ke semua video porno..erk pembetulan video anime yg aku inginkan. Erm, jika window blinds boleh menukarkan perasaan aku kepada web 2.0. Vdownloader boleh membuatkan aku tersenyum sendirian. Agak mereng tp mmg menyeronokkan jika kita boleh dptkan semua video secara percuma kan? Erm, mungkin ada benarnya aku telah di label sebagai lanun oleh kawan-kawan aku. Tp benefitnya tidak lari kemana, aku tidak untung atau rugi pun berkongsi faedah yg sama bersama2 kamu semua. :)

    Jika kalian mahu melakukan video marketing, Han ada memberikan ebook percuma bagaimana video editing boleh dilakukan secara percuma. Aku sudah lama bersetongkol dgn video editing jadi mmg terlalu mudah utk dilakukan dgn window movie maker. Argh, satu lagi teknik yg boleh buat kalian tersenyum jika benar2 mahu mengaplikasikan penjanaan visitor ke blog atau blog2 kalian. Berkesan jika berterusan.

    Sejujurnya aku sekadar suke mengedit pic2 dan masukkan beberapa lagu favorite aku kedlmnya. Terasa spt sentimental value nya terlalu tinggi.

    youtube downloader

    Posted on 28 November '07 by catzer, under Download, Internet, Komputer, Teknologi, webmaster. 3 Comments.

    Window Blinds

    window blinds

    window blinds

    Jika ada yg tertanya kenapa desktop aku kelihatan sedikit canggih berbanding dekstop XP kalian..hehehe..itulah kuasa “window Blinds” yg telah aku apply pada computer dell vostro ini. Tanpa segan silu aku telah menggunakan edisi yg tidak “halal”. Ops, sudah pecah rahsia yg aku ini perompak agung industri software dunia. :p

    Mengapa aku memilih window blinds? alamak aku sendiri tak mampu menjawapnya. Tp mengapa pulak aku tak patut pilih window blinds itu aku tahu apa jawapannya. Rugi..tahu tak rugi..actually aku mmg suke kan function yg kelihatan spt 2.0. Uikh, skang ni kalau boleh semua hidup aku nak jadikan 2.0. Argh, actually aku kesuntukan masa utk membuat post ini. aku ada temu janji di KL bersama kumpulan DBSK. Berkaitan Window Blinds ni agak kurang menarik jika aku storykan semua nya disini. Kalian kan suke kan cabaran apa kata jika aku berikan peluang kalian menggunakan window blinds ini unlimited access. Cish, mcm hosting plak ada unlimited-unlimited term.

    p.s - aku tidak akan sama sekali bertanggungjawap jika software ini bakal menyebabkan kecederaan pada komputer kalian.

    Senyap2 tau, download disini.

    Posted on 24 November '07 by catzer, under Download, Komputer, Teknologi. 8 Comments.

    Webmaster = “Top Commentator”

    top commentator

    Erm, vangardx dah lama cite pasal nak buat competition top commentator ni. Erm, salah satu cara utk mengalirkan traffic pada kelajuan maksimum adalah dgn membuat contest di blog. Dgn pelbagai hadiah yg menarik tu, aku pasti bandwitdh dia akan out lagi. Tp dgn bantuan planhoster aku rasa masalah bandwidth tu akan selesai dgn segera.

    Dulu aku rajin juga meninggalkan komen pada blog milik beberapa org rakan spt mael. Namun dgn kewujudan top commentator aku semakin menjauh dr blog2 tertentu. Jika kalian perasan tiada top kaki komen dlm blog ini, kerana aku lebih suke menggunakan plugin commentluv dimana latest post pengomen tertera tanpa aku perlu ke blog kalian. Mudah bukan?

    Namun, skang sudah sinonim top commentator sentiasa di cari dimana2 blogpun. Aku mahu mencari sesuatu juga dr kalian semua tp bukan sebagai top commentator. Aku ingin temui ketulusan hati kalian dtg melawat blog ini meskipun tiada apa yg dpt aku beri. :p Tidak semua visitor akan dtg hanya kerana top commentator bukan? sebab setiap blog ada sesuatu kelainan kerana manusia itu mmg beda..sgt berbeda..lahirpun ber bin kan nama yg tidak sama.

    Goodluck pada kawan2 yg bakal menang di blog vangardx nanti. Aku suke melihat kemenangan meskipun aku sendiri tidak faham apa ertinya. kalian pasti rugi jika tidak terselit nama dlm pertandingan tersebut. :)

    Posted on 22 November '07 by catzer, under Internet, Jana Duit, Komputer, Teknologi, webmaster. 6 Comments.

    Webmaster Ber “Coding”

    C++ language

    Semlm aku sibuk membelek buku2 lama C++, subjek yg aku dpt cukup2 mkn dan salah satu subjek yg menjadi punca aku failed satu subjek yg lain. Pelajar engineer dipaksa menelan bahasa coding-coding telah menyebabkan kelimpahan enzymes2 dlm kuantiti berlebihan dan merosakkan sedikit system imunisasi badan. Akhirnya aku antara student engineer yg cukup2 mkn utk subjek C++.

    Lantaran fobia dgn subjek C++, aku berlari jauh dr konsep yg tidak mampu aku fhm. Ibarat mak salleh yg dipaksa memakan belacan, aku cuba mendalami ke “sedapan” makanan baru ini perlahan-lahan. Hingga ke saat post ini di publish, aku masih terpinga-pinga tak keruan. :p

    Semlm aku berjaya merosakkan beberapa theme dan memulihkannya semula. Belajar dr sesuatu yg rosak lebih tipikal berbanding belajar mencipta sesuatu yg baru. Seorang webmaster tidak akan sesekali lari dr kerosakkan, pantang webmaster lari dr masalah. Erk, sebenarnya aku juga selalu lari dr menyelesaikan masalah berkaitan website development. Bukan kerana aku takut pada cabaran tp mungkin belum masa utk ber ‘perang’.

    Posted on 21 November '07 by catzer, under Internet, Komputer. 10 Comments.

    Newbie Webmaster ke Seminar

    Argh, tension..tension aku gini. Tetiba kakak aku ckp aku kena pi seminar di Hotel Sheraton Subang esok. Aku baru jerk ada plan sendiri, argh…tension..tension,seminar tu start pukul 8.00 am - 6.00 pm. So, bermakna hampir 12 jam tanpa internet. Sungguh tragis.

    Hari ini aku meloloskan diri ke forum milik mysticmind, dah lama aku tak kesana. Warnanya sama spt rambut Ichigo dlm cerita bleach :)

    newpicture1jg3 Newbie Webmaster ke Seminar

    Posted on 20 November '07 by catzer, under Internet, Teknologi, True Life. 5 Comments.

    Newbie Webmaster

    kalian mungkin buat2 tak perasan yg aku telah menukar tag utk blog ini. Setelah sethn menggunakan “for better life” aku telah mengorak tag yg lebih better “Newbie Webmaster”. Theme juga terus-terusan berubah kerana cinta terhadap theme mmg tidak pernah berubah.

    weekend lps aku tidak online kerana sibuk menghadiri Wedding Ceremony kakak aku dan bakal adik ipar. Sejujurnya, aku letih terlalu letih kerana byk keje tergendala dan terperuk di dlm minda aku. Perasaan itu buat aku tak mampu senyum lagi hatta utk berbicara lebih.

    Hari ni, kawan aku berangkat ke usm utk sesi integrasi PJJ. 3 minggu dia disana jadi aku kehilangan seorang teman utk bergaduh buat sementara waktu ini. siapa mahu menjadi ganti teman gaduh aku,angkat tgn..hehehe

    Ada beberapa post tergendala juga, maksudnya post itu sudah cukup basi utk aku publishkan. Ooo, kalian masih keliru dgn perubahan tag blog ini. Aduh aku sendiri tak bisa menjawapnya tp itu menunjukkan aku mmg seorang yg tidak tetap pendirian. Webmaster adalah satu keanehan buat bekas student engineering mcm aku ini. Lebih2 lagi aku sekadar menggunakan internet sebagai medium mendownload dan main game. So disitu wujudnya perkataan ‘newbie’ yg menunjukkan aku berada di peringkat bawah seorang webmaster.

    Erm, hari ini aku masih kurang sihat. Sakit tekak dan masih terasa spt demam, hati aku juga ada sedikit keparahan. Tidak tahu kenapa, tp mungkin kerana aku byk berfikir, berfikir ttg masa depan. :p Oh, aku sesaje buat speed test semasa di office, bosan seketika…

     Newbie Webmaster

    Posted on 19 November '07 by catzer, under True Life. 3 Comments.

    Isi Dompet Catzer

    aku telah di tag oleh eizil ttg kandungan wallet aku yg dah tak rupe wallet ni. Actually nak tunjuk gak rupe nyer, tp takperlah lupekan jerk takut korang sume tak lalu mkn nanti.

    Oklah, pada saat post ini ditulis aku masih bersama wallet yg aku beli 5 thn yg lepas jenama adidas berwarna grey. So, apa yg ada dlm wallet buruk aku ini ialah:

    1. Duit dlm rm berjumlah RM86.50
    2. Business card (tinggal sekeping)
    3. Kain lap cermin mata
    4. Kad pelajar uitm - meskipun dah sethn habis belajar
    5. Kad pengenalan
    6. Lesen dan road tax
    7. Kad Bank - Maybank,CIMB, Public Bank,VMI
    8. Kad Jusco
    9.Kad SenHeng - kakak aku punyer
    10. Medical card

    So, itulah kandungan wallet buruk aku ni. Puas hati ko eizil. :p

    wallet dibawah hampir sama ngan aku punyer cuma logo aku berwarna jingga.

    000563aj8 Isi Dompet Catzer

    Posted on 12 November '07 by catzer, under True Life. 10 Comments.

    Desktop Enhancement Milik Catzer

    Desktop Catzer

    Image Hosted by ImageShack.us title=

    Ini adalah rupa desktop aku di paparan 19″, jika di paparan 14″ aku tak screenshot lagi. Tp ke dua-duanya 90% hampir sama cuma wallpaper sahaja yg berbeza. Di paparan 14″ aku menggunakan wallpaper naruto dan Gara. Selama 1 thn setengah aku tidak gatal tgn utk membuat sebarang desktop enhancement sehinggalah bulan ini. Ya, bulan ini agak special atau terlalu special utk aku. 1st year blog ini pd bulan 11 dan esok..ya esok adalah Hari Lahir aku yg ke 2*..hehehe..2 thn :p

    Namun jujur aku katakan saat terakhir sambutan adalah ketika thn lahir yg ke 22 bersama seorang kawan baik dr Sarawak. Ya, itupun kek dan segalanya aku beli sendiri. Selepas mkn2 kami main ps2 sampai kebas tgn aku. Ini kerana setiap kali bulan 11 budak uitm dah cuti semester masa itu jadi aku tak punya kawan2 utk menyambutnya bersama. Kekasih hati juga tiada masa itu..fify juga belum wujud :)

    Jadi aku sudah terbiasa sekadar menerima sms ucapan dr teman2, thn ini aku tidak pasti sama ada ingin menanti sms dr seorang teman lama atau tidak. Aku sekadar set kan di minda dia tidak akan wish birthday aku kali ini agar aku tidak berharap lagi. Kalian..ya..kaulah yg tgh membaca post ini aku mahu sms dr kau mlm ini hinggalah esok. Takde credit atau kedekut tidak ada dlm kamus aku hari ini..Compulsory..muahahaha..

    Hari ini hingga hujung minggu ini, aku dihimpun dgn pelbagai task yg mengheret aku ke masa tambahan. Jadi aku akan bekerja sehingga awal pagi. Kalian temanilah aku dgn kiriman sms..

    p.s- no aku kalian tidak tahu? huhuhuhu..contact aku skang menggunakan form contact

    Posted on 6 November '07 by catzer, under True Life. 7 Comments.