Fast Review October
Upgrade Wordpress:
Oh, kalian semua sudah pakai version 2.2.2 tp blog ini masih 2.0.3. Sudah berbulan aku ingin upgrade namun tak cukup storage, sepantas kilat aku sms shuth, erm secara automatik blog ini sudah ber version yg sama spt kalian. Ya, katakan saja aku ketinggalan..peduli apa aku janji blog ini masih hidup tanpa segan dan malu :p
Tukar Theme:
Ya..ya..ya…kalian mula membebel keliru dgn identiti rupawan blog ini..Seperti pemiliknya blog ini juga tidak punya pendirian yg tetap..ingin berubah mengikut arus yg berlalu pantas especially time2 musim hujan ni. Kalian tidak perlu berlalu hanya kerana theme yg berubah kerana penulisnya masih sama, seorang yg gile kepada design 2.0 tp masih jatuh cinta pada yg satu.
Sengkek Raya:
Aduh, demam kus-kus aku makin melarat kerana tinggal duit syiling sahaja. Beberapa hari lepas aku mengeledah bungkusan megi. Ehem, ada berbungkus-bungkus lagi megi aku ni. Yahoo, aku tersenyum sambil mencurah air panas ke atas megi kari aku. Yer, megi kosong sahaja kerana peti ais di akhir2 bulan ini mmg hanya tinggal apa yg aku tidak boleh mkn sahaja.
Paksu:
review ini tak mampu aku coretkan sebenarnya, semlm kami bergegas ke hospital. Paksue mengalami infection pada paru-paru dan dlm keadaan tidak stabil. Air mata aku tahan melihat dia terlantar di katil hospital. Masih terngiang di ingatan ku saat2 aku pulang bercuti raya. Dia sudah mampu berborak, minta itu minta ini. Tp kini terlantar semula. Esok, dia akan di transfer ke HKL semula. Ya Allah, kau tabahkanlah hati hambamu ini. Pic dibawah diambil oleh aku menggunakan camera phone so agak blur sedikit.


; ?>/wp-content/themes/magonwood/images/125.gif)


3 Comments to “Fast Review October”