Kerja aku selain tanam anggur
Muahahahah..sepantas kilat aku mengubah theme ini begitu juga ngan post nyer. Buat pengetahuan kawan2 sekalian aku merupakan penanam anggur tegar sejak 30 june hari tu. Bermakna sudah hampir 3 bulan aku bersahaja menggoyang kaki bermain internet di rumah sewa di shah alam ini. Tanpa elaun dari sesiapa aku gah berdiri spt org lain yg bekerja 8 jam sehari. Mungkinkah aku seorang perompak bank?Oh tidak, mungkin kerana sepanjang thn lepas aku telah dedikasikan diri ini menjadi seorang yg tidak bermatakan dollar. Pelbagai buku dan ebook yg aku baca lebih kepada bagaimana menguruskan kewangan berbanding bagaimana mahu menjana wang. Konsepnya mudah, duit sampai matipun tak akan cukup jika kita gagal mengawalnya..
Argh..kenapa si catz ni gila2 bercerita ttg hidup yg bosan ini..? Mungkin terdetik disaat membaca sisipan omar. Erm, actually aku sudah dungu mendengar soalan seperti aku tidak berusaha mencari kerja. Agak kekok bila soalan itu keluar dr insan yg tidak perlu mengeluarkan sebarang dollar utk aku. Mengapa gelisah bile tidak punyer keje? Aku gelisah bila kata2 terpancar hanya soalan sama dr mulut org yg tidak mengerti istilah aku berusaha.
Biar lebih mudah jika aku katakan aku bukan graduate yg sekadar menunggu kerja dtg ke arah ku. Lebih2 lagi tiada sesiapa yg sudi menghulur elaun padaku. Lebih telus kiranya aku bicarakan mkn, pakai dan tinggal aku disponsor oleh duit dr hasil usahaku sendiri. Aku seorang internet entrepeneur yg kini sedang memanjat perlahan-lahan. Aku bersyukur tidak menjadi puluhan ribu fresh graduate yg terpaksa menahan telinga segala cacian kerana tidak punya kerjaya..
Keras aku tekankan disini, degree in chemical engineering ini tidak akan aku siakan begitu sahaja. Aku masih spt 2bln lps mengepos resume kemana sahaja.Even darah yg mengalir ini merupakan darah keluarga berniaga, namun aku tak mampu melepaskan cita2 itu begitu sahaja..tidak mahu berputih mata..
p.s- minggu ini aku akan start bekerja di opis kakak aku. Tp, aku sudah keraskan aku akan pergi bile ada tawaran yg bakal menjadikan cita2 aku satu kenyataan. Aku tidak menganggap ini sebagai satu pekerjaan cukuplah sebagai bantuan dr seorang adik buat kakak. (even aku di bayar gaji taraf degree…muahahahaha).



13 Comments to “Kerja aku selain tanam anggur”