5 things which is unknown by public
Yer..gelak dan gelak..kalian suke bile aku di ‘tag’ sesuatu yg membuatkan aku membongkar rahsia. Tag ini drpd teman lama yg seangkatan berlabel robotys.
5 perkara yg sebenarnya ingin aku kuburkan dr pengetahuan kalian semua, tp tak mengapa kali ini aku dedahkan demi kebahagiaan bersama..hehehe
1. Aku seorang PEMBUNUH - kejadian ini berlaku semasa hari raya pertama semasa aku di tingkatan 1. Aku terlanggar kucing kesayangan kawan aku sendiri, bukan salah aku kucing itu meluru ke arah motor aku. Pagi itu aku membasuh darah kucing yg terlekat pada motor dgn hati yg berbelah bahagi. Semasa beraya di rumahnya, dia menangis kesedihan kehilangan kucing tersayang. Aku hanya berdiam menyimpan rahsia itu hingga skang.
2. Aku seorang PENAGIH - actually aku tidak bleh hidup tanpa ubat migrain aku. Even berjuta kali mencuba melawan migrain ini tanpa ubat akhirnya ianya bukan menambah baik tp semakin melarat menjadi lebih serius. Aku perlukan ponstan 500mg setiap kali diserang.
3. Aku seorang KARNIVOR - hehehe,aku tak mkn sayur. Dulu masa kecil parent aku pernah cuba paksa aku mkn sayur dgn hanya memasak sayur atau campurkan lauk dgn sayur yg aku tak makan selama seminggu. Hasilnya, selama seminggu itu aku makan di luar.
4. Aku owner uptownmalaysia.com - ini merupakan blog persendirian mengenai malaysia. Aku saje melahirkan blog ini konon2 nya mahu berkongi sesuatu ttg malaysia. Ianya akan diperbaik pulih secepat mungkin dgn entri entri yg berfaedah..hehehe
5. aku suke makan pisang salai dan aku tak mahu korang tahu…nak tahu kenapa? Sbb aku tak mahu menerima bungkusan pisang silai setiap kali kawan2 aku pergi ke Johor..hehe
Argh,gile post ni mengambil masa sehari utk disiapkan..Erm sebagai hadiah utk kawan2 yg aku temui di Rumpun..aku tag:
adar - dia nak bg RM50 percuma skang, baik korang pi skodeng.
omar - erm nak beli baju persetankan bleh order kat dia.
Fiona - sarawakian yg cute
Monster - dia berjaya turunkan berat bdn utk Rumpun..bleh tanya rahsianya?
Budak PSP - hahaha…jgn mare erk
Erm sebenarnya aku mahu tahu semua rahsia blogger di Rumpun..Tp agak melampau jika aku tag semuanya lebih 50 org tu..Gile2
tag source: mohdSuhaimy-robotys



12 Comments to “5 things which is unknown by public”