Rumpunan Untuk Dia
Post ini terpaksa aku type semula, kerana di saat hujan lebat tadi perkhidmatan internet tergendala sementara..post aku tidak dapat diselamatkan..Sungguh sadis
Rumpun 2007 untuk para blogger yg berblog dlm bahasa ibunda. Aku harap pertemuan nanti juga tidak mengagungkan bahasa penjajah. Ya, kita sudah merdeka 50 tahun lamanya, namun penjajahan yg sebenar sudah sebati dlm aliran darah anak semalaysia. Mungkin kita perlu berbahasa penjajah utk berjaya, itu kata mereka yg taksub. Aku bukan anti bahasa penjajah ini cuma aku takut bahasa ibunda akan berkubur tak diingati seperti mana pejuang negara di masa lampau. Aduh, sedikit patriolitik meskipun tahun ini tidak mengibar jalur gemilang di blog ini.
Erm hujan yg gah tadi sudah surut, aku perlu ke pejabat pos mengambil brg yg tidak dpt diterima semlm. Erm, posmen skang sudah licik. Tinggalkan saja nota tuntutan barang, anggap sahaja penerima tiada di rumah. Kurang bertanggungjawap sungguh, malahan terpaksa pula aku menunggu satu hari sebelum barang itu dpt ku ambil di Pusat Pos Laju. Bernasib baik mood aku cukup baik hari ini, lagipun brg itu sedikit kurang penting.
Sebelum aku menutup post kali ini, ada kekusutan yg perlu aku usaikan bersama kalian. Aku punyer ideologi utk blogger2 melayu menjadi kipas susah mati. Jika aku ciptakan satu utk kalian kekal dipersada blog ini, kalian mahu?



7 Comments to “Rumpunan Untuk Dia”