Ku Tunggu Kau Pulang
Erm, minggu ini agak bosan kerana kawan aku sudah mula bekerja..bermakna aku kehilangan tukang masak dan kawan bergaduh. Setelah hampir 2 minggu aku menderita demam panas akhirnya aku mampu merempit pulang ke rumah semula. Hinggakan fify sudah tidak kisah akan kewujudan ku..Erm, kucing yg lupakan tuan..Siaplah kau nanti akan ku dera sebagai hukuman melupakan aku.
Duit poket aku juga sudah rebah kerana menanggung kos rawatan semasa demam panas. Lebih mengejutkan lagi bile doktor membuka cerita keadaan jantung aku yg kurang stabil perlu di maklumkan kepada pakar cardiologist. Oh, begitu serius sekali. Aku tersenyum disaat muka doktor berubah utk menyampaikan cerita yg tak semegah itu. Saat itu aku teringat arwah datuk yg meninggal kerana sakit jantung. Oh..aku terlalu muda utk semua ni. Diagnosis sahaja tidak bermakna apa2 jika aku masih yakin utk bernafas spt org biasa.
Beberapa minggu ni juga aku tidak memohon sebarang pekerjaan. Mungkin esok akan bermula semula. Hari ini aku menunggu kepulangan diri ku semula, menanti semangat itu pulang. Aku ingin berlari semula biarpun larian itu tak membawa aku kemana-mana.
Saat ini aku bersendirian, memikirkan esok yg lebih baik dan cemerlang.
; ?>/wp-content/themes/magonwood/images/125.gif)


10 Comments to “Ku Tunggu Kau Pulang”