Aku Yg Merdeka
Beberapa minggu selepas aku resign, aku tidak lagi pulang kerumah..Ya, aku sudah merdeka dari perasaan yg berbelah bahagi..
Aku hanya pulang ke rumah utk mandi dan main internet. Sepanjang hari aku menghabiskan masa di rumah kawan..lepak malah kadang2 tido dan mandi di sana. Ini semua gara2, masalah housemate yg tak mampu aku tangani.
Aku sudah punyer masalah sendiri yg cukup kental, jln terbaik utk aku hanyalah cari rumah sewa baru. Aku tak mampu bersama mereka yg tidak fhm makna “bersihkan dapur dan sinki selepas masak”, “bayar bil ikut masa”..aku sudah tidak larat bertekak dgn roomate hanya kerana masalah yg org ciptakan utk kami selesaikan..
Maaf kawan2, itu bukan bermakna aku ingin merdeka dr dunia blogger..aku terlalu cinta pada dunia ini tp kadang2 manusia perlu menyepi..bukan kan begitu?



14 Comments to “Aku Yg Merdeka”