Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Cari Duit - Edisi Sekolah Rendah

    Masa aku di sekolah rendah, aku terpaksa tinggal bersama dgn abah aku kerana mak aku terpaksa tinggal dgn atuk aku yg sentiasa sakit. Kebanyakkan wang yg abah perolehi akan di hantar kepada emak aku untuk menyara family kami di sana. Mungkin kerana aku mmg rapat dgn abah jadi aku di tinggalkan sebagai teman di kala abah tinggal bersendirian.

    Memandangkan wang yg tinggal pada abah tidak cukup untuk menampung keperluan aku,kakak dan abang jadi bermulalah plan cari duit untuk menampung perbelanjaan sekolah dan asas aku. Di kawasan rumah aku ada sebtg pokok kedondong, jadi aku minta abah petikkan buah kedondong tu dan aku jual di sekolah. Harga aku yg tentukan sbb abah ckp amik hak kamu jerk jgn melebihi dr itu.

    Memandangkan buah ni jarang terjual di mana2 pasar, jadi mmg laku. Seminggu sekali aku akan jual sbb nak pastikan dpt buah yg elok dan bermutu. Di sekolah agama plak aku jual ice cream dlm plastik (10 sen sebatang). Untuk pastikan jualan habis, mesti dtg ke sekolah awal dan pastikan ada customer tetap. Hari2 aku akan tanya, esok diaorg nak ice cream perasa apa? So, aku tak berat bahu usung bekas ice cream bila balik nanti (biasanya terjual semua).Balik dr sekolah agama, aku akan minta kakak buatkan perasa yg di order.

    Bile cuti hari sabtu ahad, aku akan pergi tolong basuh pinggan di kedai mkn family kawan aku. Mmg tak dpt bykpun tapi utk sabtu ahad aku tak perlu minta duit utk ‘jajan’ ngan abah sbb aku dah pandai cari duit masa weekend. Bila emak balik teruk aku kena marah sbb pergi buat keje tu kat kedai org. Actually, aku just tolong then dpt upah, itu yg buat aku seronok. Waktu aku darjah 5, mak buke kedai makan jadi hidup aku selepas itu totally berubah. Takde masa nak main2 mcm kanak2 lain..

    Posted on 23 June '07 by catzer, under Buat Duit, Jana Duit.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.