Cari Duit ideologi Pelajar
korang rasa sewaktu aku belajar dulu aku pernah terfikir ke nak cari duit sambilan? Jawapannya tidak. Bukan kerana sebagai pelajar uitm hidup aku mewah dgn duit pinjaman, tetapi kerana masa tidak mengizinkan. Bagaimana pula dgn pelajar yg cukup kreatif cari duit semasa belajar? Mereka dtg dr golongan minda cari duit yg tiada tolak bandingnya.
Di asrama, tertampal beberapa iklan upah type, upah print, jual top up, jual kain tudung bawal, jual junk food, sewa troli, sewa kereta dan pelbagai lagi yg boleh memenuhkan poket pengusahanya. Namun, aku tak pernah menggunakan sebarang khidmat yg ditawarkan kerana aku pelajar NR. (non-resident)
Itu tidak termasuk, mereka yg aktif cari duit dlm bidang MLM. Idea cari duit yg paling glamour di kalangan perempuan. Jika aku dpt kembali ke zaman belajar, idea cari duit apa yg akan aku guna pakai? Mungkin upah kejutkan org yg malas dan susah nak bgn..(tp, mustahil kerana aku juga malas nak bgn pergi kelas).
Beberapa idea cari duit yg aku selalu fikirkan tp tak terlaksana:
1. Upah sediakan breakfast dan delivery ke bilik
2. Upah repair computer rosak / format balik komputer
3. Upah tolong angkat brg2 senior yg dah nak blah
4. Jual kertas A4 (stationary) dgn harga borong
Sebenarnya byk lagi idea cari duit semasa belajar yg aku fikirkan selama 4 thn di uitm shah alam, tp tak terhasil kerana malas dan tiada masa. (Kesian sungguh aku)



8 Comments to “Cari Duit ideologi Pelajar”