hari ni 1st day aku kembali menanam anggur..dan lebih malang lagi internet di rumah kena potong sbb bil phone belum bayar..wahai TMNET kenapa kau satukan bil phone dan streamyx..terseksa aku kena pi cc setiap hari…
semlm aku mkn2 ngan anggota family PVD department, sadis dan sedih. Tetapi aku cekalkan diri..skang aku tgh mencari keje lain dan aku harap masih ada peluang utk aku menjadi seorang engineer…wahai pembaca blog sekalian, doakanlah aku mencapai cita2 dan niat murni aku ni..
skang di cc, esok lusa juga masih di cc kot..sadis2
Posted on 30 June '07 by catzer, under True Life. 10 Comments.
72 jam terakhir aku bersama rakan2 di Procurement and Vendor Development Department. Pagi nanti aku akan ada vendor briefing terakhir utk aku..yup
lps ni, aku akan terbang seperti biasa, melayan tido yg indah sambil memikirkan bagaimana untuk memenuhi poket aku semula..
Posted on 26 June '07 by catzer, under Uncategorized. 4 Comments.
Aku terpaksa dlm rela semasa mie minta aku bg review ttg ebook baru dia ni. Al-maklumlah last aku bg review kat ebook amirul.
Setelah dr petang hingga ke mlm, mie ni memujuk aku cubalah bg review kat ebook dia ni. (Sebenarnya, sejak dia terangkan ttg ebook yg bakal keluar ni, aku mmg acuh tak acuh bukan tak caya nak tunggu bukti)..hahaha (Jgn mare kawan aku jual ko nanti).
Oklah ebook ni serius ringkas gile, just 17 muke surat. Mula2 aku fikir nak baca kemudian then dia ckp 5 minit jerk mesti aku akan faham. Pergh, aku tutup majalah yg aku tgh baca dan baca ebook dia. Dlm tempoh 5 minit, mulut aku membentuk senyuman tanpa paksa. Aku lantas balas YM aku dgn dia:
catz:”erm..kalau dpt kembangkan lagi idea ni lagi bagus”
Mie: kreatif la skit..
Mie: bole kembangkan apa?
Korang rasa apa maksud aku ckp mcm tu? Aku ni selalu malas nak fikir dan minta mie tolong fikirkan utk aku..ebook yg baik ialah ebook yg bukan setakat boleh buat pembacanya mengaplikasikan panduan dlm ebook tu malahan mampu mencetuskan pemikiran di luar kotak. Sbb tu aku suke dgn amirul dan mie ni, daya penaakulan yg mantap dan kuat semangat. Eh, aku nak review ebook lah bukan org..
Ebook tu korang jangan harap nak dpt free jerk, kalau free mesti tak kan membawa korang kemana2..bukan setakat aplikasi jauh lagi luar kotak. So, pada mereka yg mmg berminat utk mendapatkan traffic yg berkualiti dan unique bolehlah beli ebook tu dgn duit korang sendiri so korang akan belajar menghargai nilai ilmu 17 muka surat ni. Nak beli, aku tak jual sbb aku takde resale right. Pi kat site ni “KLIK SINI, SINILAH MANA LAGI. NAMPAK TAK?”Â
Aku sukakan ebook yg unique, so aku tgh tekan kalkulator berapa % aku perlu bg terhadap ebook ni.
Jurus jerat maut = 90%
Jurus jerat duit = 90%
Eh mie..kiranya ko lulus dlm ujian aku untuk kali ni. Even aku tak review secara profesional but ko lebih faham apa yg aku maksudkan.
korang rasa apa kedudukan korang sekarang dgn kekayaan yg korang perolehi dr pelbagai skill mencari duit yg telah korang apply..so..check skala korang disini:
KAYA KE AKU?
Kedudukan aku adalah rahsia, hahahaha
Posted on 23 June '07 by catzer, under Buat Duit, Fakta, Jana Duit. 3 Comments.
Masa aku di sekolah rendah, aku terpaksa tinggal bersama dgn abah aku kerana mak aku terpaksa tinggal dgn atuk aku yg sentiasa sakit. Kebanyakkan wang yg abah perolehi akan di hantar kepada emak aku untuk menyara family kami di sana. Mungkin kerana aku mmg rapat dgn abah jadi aku di tinggalkan sebagai teman di kala abah tinggal bersendirian.
Memandangkan wang yg tinggal pada abah tidak cukup untuk menampung keperluan aku,kakak dan abang jadi bermulalah plan cari duit untuk menampung perbelanjaan sekolah dan asas aku. Di kawasan rumah aku ada sebtg pokok kedondong, jadi aku minta abah petikkan buah kedondong tu dan aku jual di sekolah. Harga aku yg tentukan sbb abah ckp amik hak kamu jerk jgn melebihi dr itu.
Memandangkan buah ni jarang terjual di mana2 pasar, jadi mmg laku. Seminggu sekali aku akan jual sbb nak pastikan dpt buah yg elok dan bermutu. Di sekolah agama plak aku jual ice cream dlm plastik (10 sen sebatang). Untuk pastikan jualan habis, mesti dtg ke sekolah awal dan pastikan ada customer tetap. Hari2 aku akan tanya, esok diaorg nak ice cream perasa apa? So, aku tak berat bahu usung bekas ice cream bila balik nanti (biasanya terjual semua).Balik dr sekolah agama, aku akan minta kakak buatkan perasa yg di order.
Bile cuti hari sabtu ahad, aku akan pergi tolong basuh pinggan di kedai mkn family kawan aku. Mmg tak dpt bykpun tapi utk sabtu ahad aku tak perlu minta duit utk ‘jajan’ ngan abah sbb aku dah pandai cari duit masa weekend. Bila emak balik teruk aku kena marah sbb pergi buat keje tu kat kedai org. Actually, aku just tolong then dpt upah, itu yg buat aku seronok. Waktu aku darjah 5, mak buke kedai makan jadi hidup aku selepas itu totally berubah. Takde masa nak main2 mcm kanak2 lain..
Posted on 23 June '07 by catzer, under Buat Duit, Jana Duit. No Comments.
korang rasa sewaktu aku belajar dulu aku pernah terfikir ke nak cari duit sambilan? Jawapannya tidak. Bukan kerana sebagai pelajar uitm hidup aku mewah dgn duit pinjaman, tetapi kerana masa tidak mengizinkan. Bagaimana pula dgn pelajar yg cukup kreatif cari duit semasa belajar? Mereka dtg dr golongan minda cari duit yg tiada tolak bandingnya.
Di asrama, tertampal beberapa iklan upah type, upah print, jual top up, jual kain tudung bawal, jual junk food, sewa troli, sewa kereta dan pelbagai lagi yg boleh memenuhkan poket pengusahanya. Namun, aku tak pernah menggunakan sebarang khidmat yg ditawarkan kerana aku pelajar NR. (non-resident)
Itu tidak termasuk, mereka yg aktif cari duit dlm bidang MLM. Idea cari duit yg paling glamour di kalangan perempuan. Jika aku dpt kembali ke zaman belajar, idea cari duit apa yg akan aku guna pakai? Mungkin upah kejutkan org yg malas dan susah nak bgn..(tp, mustahil kerana aku juga malas nak bgn pergi kelas).
Beberapa idea cari duit yg aku selalu fikirkan tp tak terlaksana:
1. Upah sediakan breakfast dan delivery ke bilik
2. Upah repair computer rosak / format balik komputer
3. Upah tolong angkat brg2 senior yg dah nak blah
4. Jual kertas A4 (stationary) dgn harga borong
Sebenarnya byk lagi idea cari duit semasa belajar yg aku fikirkan selama 4 thn di uitm shah alam, tp tak terhasil kerana malas dan tiada masa. (Kesian sungguh aku)
Posted on 11 June '07 by catzer, under Buat Duit, Jana Duit. 8 Comments.
Percaya atau tidak 90% masyarakat melayu skang mengelupor mencari duit. Tidak kira mereka ni dr golongan bawahan hatta atasan.
Fakta ini bukan penipuan meskipun aku yg cipta sendiri. Pelbagai idea cari duit yg mereka ceburi. Malahan seorang operator sahaja memiliki 3-4 idea cari duit demi menampung kehidupan seharian. Semalam sewaktu aku membayar di kaunter Giant, casher kat situ berborak dgn kawan kaunter sebelah ttg keuntungan menggunakan salah satu idea cari duit.
Ketika aku mkn di kopitiam hatta di starbuck, golongan elite juga mengelupor berbincang pasal pelbagai idea cari duit utk menampung kehidupan super mewah mereka. Ada beberapa alasan utk cari duit lebih di kalangan mereka. Aku juga punyer ideologi sendiri ttg cari duit lebih ni. Ideologi aku hanya satu untuk hidup selesa ketika bersara,(sempat ke aku bersara tanpa perlu fikir idea cari duit)
Posted on 10 June '07 by catzer, under Buat Duit, Jana Duit. 2 Comments.
Sabtu lps saudara Zamani menghubungi aku bercerita ttg keyword cari duit. Sebenarnya aku terasa terpanggil utk membersihkan keyword ni dari diselubungi kegelapan anasir2 yg tidak bertanggungjawap.
Lebih2 lagi kebanyakkan manusia skang tgh sibuk mencari duit tambahan utk di setimpalkan dgn perbelanjaan tanpa mengukur baju dahulu.Di opis aku sahaja ada pelbagai business yg dilakukan utk mencari duit sampingan. Tp aku kurang rasa selesa dgn sikap segelintir pekerja yg leka menjlnkan business waktu opis hour. Jika ikutkan hati hendak saja aku terajang mereka2 ni. Sedarlah diri anda di bayar utk bekerja bukan utk berbusiness. Tiada istilah sambil menyelam minum air pada aku. Mereka ini golongan yg tidak amanah dan tidan bertanggungjawap.
Aduh..ter emosi lagi aku. Bukan aku tak bersetuju mereka mencari duit tambahan tp tolonglah pandai2 bahagi masa dan hargailah pekerjaan mereka. Aku hanya mampu tersenyum ketika mereka mempromote pelbagai brg jualan mereka. Aku tersenyum lagi dan terbyg apa akan berlaku jika aku naik angin dan mengadu perkara ini pada HR. (Hehehe, aku bukan pendengki tp aku tak mahu mereka ini leka..leka dgn sandiwara yg mereka tak tahu pucuk pangkalnya)
Posted on 4 June '07 by catzer, under Buat Duit. 3 Comments.