Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Aku ingin Pulang

    hari ni sudah hari jumaat, esok aku akan bekerja half day (OT) sbb aku ingin pulang ke hidup aku walaupun sehari. Konvo aku pada 28hb ni, aku masih tidak menyediakan apa2 utk hari bahagia aku tu. Aku tak mampu memikirkan apa2 ttgnya cukuplah jika aku mampu menghadirkan diri nanti, bergambar bersama keluarga..oh..manisnya impian aku tu.

    Minggu ini mata aku sentiasa berlinang dgn air mata, work load buat aku hilang segala kebebasan. Lebih2 lagi bile dimarah, tahkala itu aku tak larat utk menahan keperitan menanggung tanggungjawap di luar kemahiran aku. Aku melontar diri aku jauh ke dlm hati. Aku gagahkan diri mengembirakan hati yg telah berbelah bahagi. Berhenti keje atau teruskan cabaran ini. Di saat aku memikirkan utk menghtr surat perletakkan jawatan, aku diselubungi perasaan bersalah terhadap diri sendiri. Ini bukan diri aku, aku tidak selemah itu. Aku bukan seorang yg mudah menyerah kalah. Aku tepis perasaan yg kurang baik dan letakkan satu matlamat, aku akan capai sesuatu dulu sblm menghtr surat tersebut.

    Dlm keletihan, kesedihan dan kepayahan hidup aku skang, aku teringat dia. Pada dia aku ingin buktikan berapa byk kali aku tersungkur aku akan gagahi utk bgn tanpa bantuan sesiapa. Aku ingin suatu masa nanti,jika kami bertemu lagi aku ingin dia tahu aku bukan lagi seorang yg mampu di perkotak katikkan.

    Aku menyandarkan diri di kerusi, aku pejam mata rapat2. Aku bisik kan di dlm hati, aku ingin pulang..ingin pulang menjadi diri sendiri..

    Posted on 18 May '07 by catzer, under True Life.

    4 Comments to “Aku ingin Pulang”

    1

    mohdismail wrote (18.05.07 at 13:39)

    wo wo wooo..
    ape kes nak berhenti keje ni?
    rileks..
    keje kasi biasa dulu..pressure tu biasa beb.. biasa..
    tahan sikit..

    2

    ikoko wrote (19.05.07 at 03:28)

    aku juga berharap.. agar dapat mencari diriku semula..

    :(

    3

    catz wrote (21.05.07 at 14:53)

    hehehe..biasa2 tu yg aku cuba terapkan dlm hati aku..tp tgk lah dulu sejauh mana aku mampu bertahan.

    4

    Webmaster version 2008 - Newbie Webmaster wrote (31.12.07 at 04:17)

    [...] April - 30 june Aku bekerja di PHN Industry Sdn Bhd, merupakan pengalaman pahit yg tak mungkin aku lupakan. Di transfer ke 3 department dlm masa 3 [...]

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.