Selamat Hari Pekerja
hari ni aku bgn lewat, erm..penat sungguh bekerja (hehe). Semlm 2-3 kali aku di panggil mengadap boss aku, maklumlah pembantu peribadi dia cuti sehingga esok hari jadi nak tak nak kena terus berkomunikasi dgn boss aku ni.
Sempena hari bekerja dan aku layak menyambutnya, ada beberapa perkara yg aku nak sharekan ttg alam pekerjaan aku yg totally lain dr apa yg aku ambil semasa degree dulu. Mungkin ada yg menyatakan ianya tidak berbaloi dgn bayaran yg aku terima. Tp, hakikatnya jika suatu masa dulu ada company yg related ngan apa yg aku study sudi memanggil aku utk interview sudah pasti aku sendiri tidak lari dr apa yg aku belajar.
Namun, rezeki itu telah Allah tulis lebih awal dr planning aku. Jadi, jgnlah memilih keje kerana pekerjaan tersebut tak berkaitan dgn apa yg kau belajar hatta gaji yg di tawarkan tidak seperti kau harapkan. Mmg semua ni hak peribadi utk memilih tp jujur aku katakan aku bukan golongan yg bernasib baik yg menerima pelbagai tawaran. Buat masa ini, aku berharap utk kekal di mana aku berpijak skang, ilmu yg jauh dr apa yg aku belajar selama 7thn lps. Tp, aku percaya aku mampu pergi jauh jika aku mahu.
Impian aku mmg untuk menjadi engineer tp aku punyer impian yg lebih besar dan bermakna dr cita2 itu. Aku impikan utk menghulurkan wang belanja ke tgn parent aku. Aku ingin menghabiskan masa yg ada bersama mereka bercuti dgn duit gaji ku sendiri. Apa pekerjaan asal menghasilkan duit yg halal akan ku kerah diri ini.
Selamat hari pekerja pada semua insan yg bgn seawal pagi balik selewat mlm untuk rezeki yg halal. Tidak kira apa status atau jawatan kau sandang, tanggungjawap kita adalah sama, mencari rezeki yg halal. Kepada pekerja yg asyik makan duit haram, ubah2 lah diri sempena hari pekerja ni. Jadilah seorang pekerja yg berdedikasi dan bukan yg hanya tahu claim OT.



2 Comments to “Selamat Hari Pekerja”