Archive for May, 2007

    Masa Kecederaan

    Masa kecederaan selalunya kita dgr masa perlawanan bola sepak. Tp aku suke gunakannya di saat aku dlm keadaan yg tidak stabil dan masa sudah suntuk.

    Hari ni aku mc meskipun boss aku tak izinkan aku mc hari ni..apa2 jerlah. Dan pada hari ni juga aku mengarang surat utk perletakan jawatan aku. Mungkin terlalu awal utk aku membuat keputusan sedemikian tetapi aku bukan seorang yg suke beralasan. Setelah aku membuat beberapa penilaian terhadap persekitaran dan kemampuan diri, aku akur jln terbaik utk aku adalah berhenti keje.

    Lantaran keadaan yg tidak stabil, aku perlu mencari ruang utk aku bertenang dan mencari jln hidup yg terbaik. Kali ini aku belajar dr kesilapan yg aku lakukan kerana sikap yg terburu-buru dan kurang berhati-hati.

    Posted on 29 May '07 by catzer, under Uncategorized. 5 Comments.

    CONVOCATION UiTM 66

    esok aku konvo, bermakna aku tak perlu pergi keje esok.Oh..indahnya bile tak perlu pergi keje dan mengadap keje yg aku tak suke..Hari sabtu pun aku tak pergi keje sbb aku nak prepare utk konvo ni.

    Aku tersenyum kerana akhirnya tiba masa nya utk aku dan kawan2 meraikan hari kemenangan buat kami yg grad on time slps 4 thn berjuang bersama. Meskipun haluan kami skang berbeza, tp kami berkongsi kegembiraan yg sama.

    Kepada semua rakan sekelas degree in chemical engineering batch dec 2002 - nov 2006, Selamat berkonvo esok..marilah kita sama2 meraikan kemenangan kita bersama insan tersayang..

    SELAMAT BERKONVO KPD SEMUA GRADUAN UiTM

    Posted on 27 May '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Kekuatan Jari Anda

    Beberapa hari ni aku merenung jari2 aku yg pendek dan kurus ni..ada makna rupanya kedudukan jari2 aku ni..korang rajin pergilah baca kat dlm picture tu segala keterangan..

    i344_pic28503 Kekuatan Jari Anda
    i345_pic121812 Kekuatan Jari Anda

    dari pemerhatian mata aku terhadap jari2 aku ni:

    STRENGTHS:

    -You’re a charismatic, articulate and expressive, observant and chary people.

    WEAKNESS:

    - You’re loyal, often consistent handling matters, steadfast and relentless which may seem as strengths but in reality it’s a character of defect.

    sape yg nak pic ni lebih cerah lagi inform, nanti aku send email kat korang.

    Posted on 24 May '07 by catzer, under Fakta, Uncategorized. 2 Comments.

    Saya Benci Skim Cepat Kaya

    Sebagai seorang yg suka kan kebebasan membuat duit tanpa di ganggu oleh anasir2 dan parasit2 yg bangang. Aku dgn bangga nyer menyokong kempen celik duit internet. (Cantik kan button kat bawah shoutbox aku tu?)

    Bunyi mmg mudah nak buat duit dari internet, tp apa jua yg melibatkan duit yg halal dan berterusan ianya memerlukan usaha dan masa. So, jgn berfikiran singkat hanya kerana anda malas nak berusaha dan tak cukup masa utk mencari ilmu mengenai cari duit melalui internet. Kerana sekali korang terjebak, agak susah utk berpatah balik. (Dah sedap makan duit senang).

    Posted on 21 May '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Aku ingin Pulang

    hari ni sudah hari jumaat, esok aku akan bekerja half day (OT) sbb aku ingin pulang ke hidup aku walaupun sehari. Konvo aku pada 28hb ni, aku masih tidak menyediakan apa2 utk hari bahagia aku tu. Aku tak mampu memikirkan apa2 ttgnya cukuplah jika aku mampu menghadirkan diri nanti, bergambar bersama keluarga..oh..manisnya impian aku tu.

    Minggu ini mata aku sentiasa berlinang dgn air mata, work load buat aku hilang segala kebebasan. Lebih2 lagi bile dimarah, tahkala itu aku tak larat utk menahan keperitan menanggung tanggungjawap di luar kemahiran aku. Aku melontar diri aku jauh ke dlm hati. Aku gagahkan diri mengembirakan hati yg telah berbelah bahagi. Berhenti keje atau teruskan cabaran ini. Di saat aku memikirkan utk menghtr surat perletakkan jawatan, aku diselubungi perasaan bersalah terhadap diri sendiri. Ini bukan diri aku, aku tidak selemah itu. Aku bukan seorang yg mudah menyerah kalah. Aku tepis perasaan yg kurang baik dan letakkan satu matlamat, aku akan capai sesuatu dulu sblm menghtr surat tersebut.

    Dlm keletihan, kesedihan dan kepayahan hidup aku skang, aku teringat dia. Pada dia aku ingin buktikan berapa byk kali aku tersungkur aku akan gagahi utk bgn tanpa bantuan sesiapa. Aku ingin suatu masa nanti,jika kami bertemu lagi aku ingin dia tahu aku bukan lagi seorang yg mampu di perkotak katikkan.

    Aku menyandarkan diri di kerusi, aku pejam mata rapat2. Aku bisik kan di dlm hati, aku ingin pulang..ingin pulang menjadi diri sendiri..

    Posted on 18 May '07 by catzer, under True Life. 4 Comments.

    aku, duit dan gaji

    motor MOTTO hidup aku berkaitan dgn duit sgt mudah..berapa byk duit yg ku himpun tak kan cukup jika aku gagal menguruskan duit tersebut.

    Hampir sebulan aku bekerja dan alhamdulillah dah dpt gaji pertama. Namun ada scenario yg kurang menarik aku lihat di tempat keje aku dimana operator2 gile mencari duit tambahan dgn memulakan bisnes MLM yg mereka tak fhm konsep sebenar. Walhal, gaji mereka lebih tinggi dr gaji aku. (serius aku ni pencacai jerk).

    Lantaran itu aku tersengih sendirian melihat tingkah laku mereka yg tidak fhm langsung ttg MLM tp bercakap spt pijak gajah pun tak mati. (semut kecik sgt, mcm confirm jerk mati). Ada antara mereka yg tidak memikirkan halal dan haram yg penting dpt buat duit. Maka, suara hati aku yg jahat - ‘patutpun mereka ni tak boleh pergi jauh dlm apa bidangpun, byk mkn duit haram’..

    Ops, jgn salah fhm tau aku tak maksud kan MLM tu haram..apa yg aku maksudkan cara mereka yg salah dan telah menyusahkan org lain. (especially aku yg dah tak larat nak mendengar promosi mereka, padahal mereka di bayar utk bekerja bukan buat keje part time)..

    Sebenarnya aku tidak cemburu dgn kejayaan mereka mendominasi MLM tersebut ttp aku agak terharu bile golongan lelaki ini membuat MLM tetapi tak fhm sepatah harampun konsep sebenar. Patut kah aku berbicara? tak perlu sbb business is much better when we keep lost..

    Posted on 8 May '07 by catzer, under Buat Duit. No Comments.

    Adegan Panas UNO

    adegan ini berlaku dlm bilik tido aku semasa perasaan gelora dan bernafsu terhadap permainan UNO.

    Aku beli permainan ni 2 minggu lps:

    W = Woit, ko reti main tak?

    C = aku pernah main dulu2 ngan kawan aku tu..ingat gak lah..

    W = Ko nak buka dulu ke?

    C = Alah, asyik aku jerk..aku dah main2 dah semlm, tp kurang pro lah.

    W = oklah aku start dulu.

    Setelah beberapa action panas bersama2, akhirnya aku menang besar. Haha..Rahsia kemenangan permainan ini ialah:

    PASTIKAN ANDA BERPURA2 ARIF DAN SOROK INSTRUCTION PERMAINAN. HEHE

    Posted on 4 May '07 by catzer, under True Life. 5 Comments.

    Selamat Hari Pekerja

    hari ni aku bgn lewat, erm..penat sungguh bekerja (hehe). Semlm 2-3 kali aku di panggil mengadap boss aku, maklumlah pembantu peribadi dia cuti sehingga esok hari jadi nak tak nak kena terus berkomunikasi dgn boss aku ni.

    Sempena hari bekerja dan aku layak menyambutnya, ada beberapa perkara yg aku nak sharekan ttg alam pekerjaan aku yg totally lain dr apa yg aku ambil semasa degree dulu. Mungkin ada yg menyatakan ianya tidak berbaloi dgn bayaran yg aku terima. Tp, hakikatnya jika suatu masa dulu ada company yg related ngan apa yg aku study sudi memanggil aku utk interview sudah pasti aku sendiri tidak lari dr apa yg aku belajar.

    Namun, rezeki itu telah Allah tulis lebih awal dr planning aku. Jadi, jgnlah memilih keje kerana pekerjaan tersebut tak berkaitan dgn apa yg kau belajar hatta gaji yg di tawarkan tidak seperti kau harapkan. Mmg semua ni hak peribadi utk memilih tp jujur aku katakan aku bukan golongan yg bernasib baik yg menerima pelbagai tawaran. Buat masa ini, aku berharap utk kekal di mana aku berpijak skang, ilmu yg jauh dr apa yg aku belajar selama 7thn lps. Tp, aku percaya aku mampu pergi jauh jika aku mahu.

    Impian aku mmg untuk menjadi engineer tp aku punyer impian yg lebih besar dan bermakna dr cita2 itu. Aku impikan utk menghulurkan wang belanja ke tgn parent aku. Aku ingin menghabiskan masa yg ada bersama mereka bercuti dgn duit gaji ku sendiri. Apa pekerjaan asal menghasilkan duit yg halal akan ku kerah diri ini.

    Selamat hari pekerja pada semua insan yg bgn seawal pagi balik selewat mlm untuk rezeki yg halal. Tidak kira apa status atau jawatan kau sandang, tanggungjawap kita adalah sama, mencari rezeki yg halal. Kepada pekerja yg asyik makan duit haram, ubah2 lah diri sempena hari pekerja ni. Jadilah seorang pekerja yg berdedikasi dan bukan yg hanya tahu claim OT.

    Posted on 1 May '07 by catzer, under Isu Semasa. 2 Comments.