Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Dedikasi untuk Siapa

    hari ni aku ada blog baru yg bakal aku listedkan dlm lawatan harian aku. Blog tersebut milik fath. (my new blogger friend). Dia dedikasikan blog tu untuk seseorang, tetiba aku tersenyum sendiri.

    Blog aku ini wujud sebagai tanda tamat nyer pengajian aku sebagai chemical engineering student di uitm shah alam bulan 11 thn lepas. Blog ini aku dedikasi kan untuk seorang teman yg pernah aku panggil sahabat. Siapa yg pernah membaca post2 di awal kewujudan blog ni mungkin tahu siapa dia. Dia bukanlah kekasih tetapi sahabat yg bukan tercipta untuk insan spt aku. (jahat dan jahat, erm..jap..baik gak kadang2).

    Setelah menerima beberapa sesi kaunseling official dan tak official aku mula sedar blog ini akan menjadi saksi terbinanya kehidupan yg lebih baik atas keruntuhan persahabatan kami. Blog ini menjadi teman ketika aku tersenyum mahupun ketika ada linangan air mata yg aku cuba tahan.

    Kau yg pernah bernama sahabat yg tidak mahu membalas sms mahupun panggilan aku, Apatah lagi kehadiran aku. Mungkin ada salah ku yg tak mampu kau maafkan ataupun sengaja memperlakukan aku begini agar aku sedar sahabat bukan milik abadi buat insan spt aku (yg baik sikit). Aku tak bisa bicara ungkapan maaf dan terima kasih yg tersimpan di lipatan memori persahabatan ini. 2 thn kau mendiamkan diri sudah cukup buat aku mengerti persahabatan ini sudah tidak ada lagi. Jika kita bertemu lagi, kita adalah 2 insan yg berbeda dan persahabatan selama 6 thn itu telah aku kuburkan tanpa nisan.

    Kau yg bernama sahabat, kejarlah kerjaya dan cinta yg kau agungkan. Jgn kembali, tolonglah jgn kembali..kerana aku tak mampu percaya lagi dlm persahabatan. Jika kau ingin menuntut persahabatan ini..maaf, mana mungkin aku mampu mencari kubur tanpa bertanda.

    **Pembaca blog (kalau ada yg baca), hargailah apa yg kalian ada skang. Cinta mahupun kerjaya tanpa seorang sahabat yg ketawa dan menangis bersama adalah satu kekosongan yg tak mampu kau tutup dgn senyuman.

    Posted on 23 April '07 by catzer, under True Life.

    4 Comments to “Dedikasi untuk Siapa”

    1

    Fath wrote (29.04.07 at 11:26)

    mekasih list blog saye :)

    2

    catz wrote (29.04.07 at 16:24)

    xper fath, blog yg ok di hati dan mata aku ni, mmg layak untuk di listed kan..(takper,kawan2)
    :)

    3

    azwanhadzree wrote (30.04.07 at 06:14)

    kau betul!

    utk last stmt tu. buat apa siksa diri dgn jiwa yg kosong. penuhilah ia dgn CINTA :)

    4

    catz wrote (01.05.07 at 03:54)

    azwan, kadang2 kita rasa kita dah mampu tersenyum semula mcm dulu. Tp, disebalik senyuman tu ada juga kadang2 kepahitan yg kita telan perlahan-lahan.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.