Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Genuine Blogger Syok Sendiri

    Sudah 4 bln lebih aku tak tgk langsung statistic untuk visitor ke blog ini. Ya, aku dah berhenti dari memerhatikan visitor aku, satu perkara penting bg sesetengah blogger. Apa guna blog jika tiada visitor? Itu soalan mereka pada aku. Aku genuine Blogger syok sendiri.Aku suke menulis makian, hinaan, ketidakpuashati, kegembiraan aku disini sendirian. Pada mereka yg acap kali dtg membaca blog merapu ini, terima kasih kerana sudi membaca.

    Aku tidak menjual apa2 hatta berkongsi idea yg menarik di sini, tidak sekali. Bukan kerana aku malas atau kedekut ilmu, tp aku suke berkomunikasi sendiri. Bila aku baca balik post2 aku disini dlm mood yg berbeza, aku dpt lihat diri aku sendiri dr persepsi2 yg berbeza. Ya, aku manusia yg penuh variety bukan sekadar satu genre.

    Jika kita mahukan teman yg setia, ciptalah blog sebegini rupa. Asalkan kita byr domain dan hosting tahunan nya ianya akan kekal sampai bile2. Aku blogger yg syok dgn ciptaan post sendiri. Bagaimana pula kau? Ya kau yg sedang membaca post ini? Adakah kau memiliki blog sebegini atau blog yg kau cipta utk adsense semata-mata. Ataupun, blog yg ko cipta untuk membontot jerung2.

    Genuine Blogger syok sendiri, term ini aku ciptakan untuk diri ku..untuk catzer.com. Di saat aku ingin tamatkan post ini, aku tersenyum..kerana aku syok sendiri dgn post ni.

    Posted on 9 April '07 by catzer, under True Life.

    11 Comments to “Genuine Blogger Syok Sendiri”

    1

    Eizil wrote (10.04.07 at 09:36)

    hehehe… pekabo geng blogger syok sendiri… aku pun selalu gak tulis bebenda syok sendiri ni… sampai sekarang aku tak sempat lagi nak buat button syok sendiri tu… ;)

    hehehe… nanti aku siapkan… huhuhu…. btw…. selamat meneruskan kerja² syok sendiri ko ni… hehehe…

    2

    catz wrote (10.04.07 at 18:08)

    a’ah..eizil..aku tunggu button tu..supaya aku boleh berbangga dgn trade mark tersebut..hehhe

    3

    Eizil wrote (11.04.07 at 05:56)

    hehehe… worait… akan aku siapkan… aku tgh bebosan ni.. huhuhu…

    4

    mohdismail wrote (11.04.07 at 11:05)

    dulu-dulu…
    mula dapat blog…
    syok sendiri juga…
    tapi sekarang takleh da..kene syok ramai2…
    :)

    5

    catz wrote (11.04.07 at 15:55)

    hehehhe..mail..aku dah ckp kan genuine blogger SS..hehehe…even ,berapa lama ko ber blog pun..berapa byk visitorpun..SS tetap SS..hehe

    6

    azwanhadzree wrote (12.04.07 at 14:17)

    website MerapuMan aku pun syok sendiri gak :)

    7

    ktom wrote (12.04.07 at 16:39)

    Lebih baik syok sendiri dari menyakiti org lain..

    8

    Fai wrote (12.04.07 at 17:36)

    Hehe.. Saya kekadang suka jd blogger SS ler sbb agak malas nak tertumpu kpd bnda2 yang sudah sedia maklum..

    Karang biler tulis, org ckp kita ni mcm la pakar sgt plak.. Best lagi jd ss.. hehe..

    PS: Tapi blog baru saya lg ss.. huhu.. Err.. blog je yg SS bkn saya yang ss tau kak catz.. :P

    9

    catzer wrote (13.04.07 at 14:19)

    azwan, ktom dan fai..istilah SS ni lebih seronok diguna pakai supaya kita tak dikategorikan sbg niche blogger kecuali syok sendiri.

    10

    Eizil wrote (16.04.07 at 10:30)

    hehehhe… memang syiok syok sendiri ni… huhuhu… selamat aa bersyok² sendiri erk…

    11

    aad_lfcfn wrote (21.04.07 at 01:43)

    blog2 yang aku ada skarang ni ss gak walaupun ade adsense. alhamdulillah gak la ada orang yang nk visit dan komen.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.