Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Kurang Bijak atau Terlajak

    Kalau dah bodoh, bodoh juga

    Tengahari semlm aku bergegas pergi ke cc untuk fax beberapa dokumen penting. Dan korang akan ckp aku bodoh jika aku katakan aku pergi ke cc yg sama. Di atas terik mentari, hati aku kepanasan mendengar alasan kali ini pula bukan sekadar alasan bodoh tp cukup melayakkan cc itu di curah minyak tanah dan di bakar.

    aku : Erm, saya nak fax document. Mesin fax ok ke?

    Budak Jaga cc : Ok, tak rosak. Tp, kertas habislah.

    aku : Kertas habis? Erm, oklah.

    Sebenarnya dalam hati aku, apa ke bodohnya tuan pemilik cc ni. Kedai stationary selang 2 buah dr cc tu. Tak kan nak beli kertas fax pun tak larat nak jln. Aku memecut ke Seksyen 2 dimana segala himpunan kemudahan berderet-deret di sana. Segalanya lebih mudah dan menyejukkan hati aku. Satu kerja aku selesai tanpa perlu menambah dosa aku mencarut yg bukan2.

    Mereka Yg Tertinggal 

    Lps settle fax document, aku pergi ke CIMB bank untuk settlekan beberapa payment penting. Kebetulan akaun aku tak boleh nak online banking. Aku pun, pergi ke satu meja yg suatu ketika dulu, pernah di duduki oleh seorang perempuan yg ramah mesra melayan aku membuka akaun di BCB.

    aku : Kak, sy nak tanya pasal online banking. Akaun sy ni, mmg tak boleh gunakan online banking ke? (Aku menghulurkan kertas semasa pendaftaran akaun dulu)

    CIMB staff : Awak ni dah amik nombor belum? Pergi amik nombor dulu.

    aku : Saya nak tanya dulu.

    CIMB staff : Awak buka akaun kat cawangan mana ni?

    aku : Kat sini lah sy buka akaun bank ni.

    CIMB staff : Pergi tanya kat bro pakai baju merah tu.

    Akupun meluru kat seorang brother ni yg handle nombor menunggu:

    aku : bro, sy nak report pasal online banking.

    staff2 : ah, pergi lah cucuk kat mesin ATM tu.

    aku : saya dah test kat mesin ATM. Waktu nak register, system ckp sy dah register online banking tp sy tk pernah pun register lagi sebelum ni.

    staff2 : Erm jap yerk tunggu. (sambil sibuk2 melayan customer lain)

    staff2: awak call no 1 800 bla…bla..bla..

    Setelah berdiri agak lama menunggu, itu jer dia ckp kat aku. Hati aku panas semula, customer service CIMB mmg poyo. Korang 100 thn jauh ke belakang dari Maybank. Aku tak kisah kena charge untuk setiap transaksi selepas 5 kali free cucuk kat mesin ATM oleh Maybank, sbb hakikatnya Maybank 7 juta kali lebih bagus dr CIMB ( Inilah bebelan hati aku sewaktu di atas motor pulang kerumah). Aku kecewa bukan kerana mereka gagal menyelesaikan masalah aku. Tp aku kecewa dgn budi bahasa mereka, inikah yg CIMB lahirkan dari training centre mereka?

    Posted on 2 April '07 by catzer, under True Life.

    6 Comments to “Kurang Bijak atau Terlajak”

    1

    Raimi wrote (03.04.07 at 02:11)

    instead of tanay kat derang baik tanya aku..aku rasa aku bole bgtau pasal call “1 800 etc2″ tu.. ko kene tanya helopdesk derang..ni masalah kat database derang la tu..

    2

    catz wrote (03.04.07 at 11:38)

    yer..sbb tu aku angin..setakat jawapan sebegitu, minta kat budak bawah umurpun tahu.

    3

    Badruzamani Bin Azmi wrote (05.04.07 at 17:24)

    Kesian kat awak Catz. Kalau kak saya dah lama dah dia sound staff kat situ sorang - sorang.

    Tahun lepas, kak saya sound staff BSN kat Sandakan sebab buat kerja lemba dan tak mesra pelanggan.

    Kat Sandakan, hampir semua staff BSN kenal Cikgu Bazlina. Jadi, setiap kali dia pergi bank, pakat semua staff kecut. Takut kena sound.

    Dia sound bukan dalam Bahasa Melayu. Dia sound dalam English.

    Jadi, staff macam tu patut kena sound atau kena ajar sikit. Atau awak tulis ke Bahagian Pengaduan Awam. Bagi boss depa panas punggung sikit.

    4

    pakdi wrote (09.04.07 at 03:10)

    haha..

    “encik, saya nak jumpa manager.”

    cakap je camtu kalau kena lagi.

    5

    catzer wrote (09.04.07 at 05:48)

    zamani-itulah mereka ni kurang skill customer services.

    pakdi- sy kalau buat mcm tu karang org kata nak berlagak, tp takper..one day bile sy dah tak thn sy akan gunakan idea tu.

    6

    draxter wrote (20.04.07 at 04:25)

    Memang sakit hati, kalau aku apa boleh buat maki² dalam hati aje la. Rasa byk kali kena mcm ni. Benda² remeh yang tak betul dihandle = menyakitkan hati.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.