pagi tadi aku lambat pergi kerja, istilah lambat aku ialah jika aku punch card 5 minit lagi nak masuk masa bekerja. Semuanya kerana ingin memenuhi masa tido aku yg aku rasa tak cukup lagi. Tp, bile teringatkan aku tak iron baju lagi dan pelbagai2 lagilah..aku gagahkan diri untuk bgn.
Di tempat keje memandangkan aku takde training untuk minggu ni (maybe takde), percaya atau tidak aku dgn selambanya tido di hadapan computer. Jika kebiasaannya aku main games, tp hari ni aku layan tido. Ngantuknya spt aku menelan pil ubat tido.
Balik dr keje aku sambung tido dan bgn utk solat jer. Erm, maksudnya aku tidak mkn mlm dan kenyang dgn tido.
Fakta tido dr aku : Pastikan anda cukup tido dan cukup makan..(Pergh, lapo dah perut aku ni tp dah lewat mlm, kena tido…erk..tido lagi)
Posted on 24 April '07 by catzer, under True Life. 5 Comments.
hari ni aku ada blog baru yg bakal aku listedkan dlm lawatan harian aku. Blog tersebut milik fath. (my new blogger friend). Dia dedikasikan blog tu untuk seseorang, tetiba aku tersenyum sendiri.
Blog aku ini wujud sebagai tanda tamat nyer pengajian aku sebagai chemical engineering student di uitm shah alam bulan 11 thn lepas. Blog ini aku dedikasi kan untuk seorang teman yg pernah aku panggil sahabat. Siapa yg pernah membaca post2 di awal kewujudan blog ni mungkin tahu siapa dia. Dia bukanlah kekasih tetapi sahabat yg bukan tercipta untuk insan spt aku. (jahat dan jahat, erm..jap..baik gak kadang2).
Setelah menerima beberapa sesi kaunseling official dan tak official aku mula sedar blog ini akan menjadi saksi terbinanya kehidupan yg lebih baik atas keruntuhan persahabatan kami. Blog ini menjadi teman ketika aku tersenyum mahupun ketika ada linangan air mata yg aku cuba tahan.
Kau yg pernah bernama sahabat yg tidak mahu membalas sms mahupun panggilan aku, Apatah lagi kehadiran aku. Mungkin ada salah ku yg tak mampu kau maafkan ataupun sengaja memperlakukan aku begini agar aku sedar sahabat bukan milik abadi buat insan spt aku (yg baik sikit). Aku tak bisa bicara ungkapan maaf dan terima kasih yg tersimpan di lipatan memori persahabatan ini. 2 thn kau mendiamkan diri sudah cukup buat aku mengerti persahabatan ini sudah tidak ada lagi. Jika kita bertemu lagi, kita adalah 2 insan yg berbeda dan persahabatan selama 6 thn itu telah aku kuburkan tanpa nisan.
Kau yg bernama sahabat, kejarlah kerjaya dan cinta yg kau agungkan. Jgn kembali, tolonglah jgn kembali..kerana aku tak mampu percaya lagi dlm persahabatan. Jika kau ingin menuntut persahabatan ini..maaf, mana mungkin aku mampu mencari kubur tanpa bertanda.
**Pembaca blog (kalau ada yg baca), hargailah apa yg kalian ada skang. Cinta mahupun kerjaya tanpa seorang sahabat yg ketawa dan menangis bersama adalah satu kekosongan yg tak mampu kau tutup dgn senyuman.
Posted on 23 April '07 by catzer, under True Life. 4 Comments.
hari ni aku cabut lari balik awal,even seharian hari ni boss aku lepak kat section office aku. Biasalah kadang2 boss pun nak cari ruang untuk lari dr “big boss”. So, lokasi terbaik adalah bilik aku. So, segala aktiviti main games aku terbantut seketika.
Kebetulan seorang “big boss” dr department lain nak jumpa aku hari ni. Tp terpaksa postpone besok sbb aku dia busy. (hehe). My boss ckp ada projek untuk 3-4 bln yg aku kena handle ngan azura, QC merangkap kawan aku gak. Entah betul atau tidak akupun tak pasti.
Uikh, lari dari tajuk sebenar post aku..oklah..2-3 hari ni aku layan friendster sakan. Erm, hari ni aku temui 2 blog lecturer aku semasa di uitm. Taddaaa…
Pn. AmizonÂ
Pn. Fitrah
Sebenarnya kan mereka berdua tak pernah pun ajar aku, dan besar kemungkinan mereka mungkin tak kenal aku. But, mcm biasa natural aku genuine blogger syok sendiri. Aku pergi ke blog mereka secara kebetulan bukan semata-mata mereka lecturer di FKK dulu. Jika kamu seorang blogger, ayuh tinggalkan comment disini beserta url blog agar dapat aku lawati selalu.
Posted on 23 April '07 by catzer, under Internet. No Comments.
yup..sebenarnya saat aku menekan-nekan keyboard untuk menghasilkan post ini. Mata aku terasa spt tidak mampu aku buka lagi, sehinggakan byk kali aku menekan backspace kerana tersalah tekan huruf.
Minggu ke 2 bekerja, aku masih lagi tidak dpt menstabilkan diri dgn baik. Mungkin aku perlukan 3-4 minggu lagi utk membina jati diri di tempat keje.
oohh..aku kehilangan idea yg ingat aku coretkan di sini tadi..di mana yerk? apa ni langsung tak ingat..aku rasa aku perlu tido..dan tido..dan tido..idea yg aku ingin kongsikan, maaf kawan aku terlupe.
Posted on 19 April '07 by catzer, under True Life. 7 Comments.
Minggu lepas aku start bekerja di salah sebuah company di shah alam, 20 minit dari rumah aku. Setelah 4 bulan aku melepak di rumah, kini aku mula mengatur semula minda aku. Jika dulu aku boleh pergi kemana sahaja dan bile2 sahaja. Tp kini, aku wajib bekerja start pukul 8.00 am - 5.30 pm. Jadi seawal pukul 7.20 minit aku akan merempit ke seksyen 26, timing untuk balik akan berubah dlm beberapa minggu ini. Memandangkan position yg aku sandang ini, huhuhu..paling awal aku balik mungkin pukul 6.30pm.
Oh..lupe..skang aku dah berapa di rumah dan bukan di cc lagi. Semlm aku dah beli modem baru. Syukur, masalah internet aku selesai walaupun poket aku dah kosong. Weekend ini aku sekadar mengatur semula segala jadual sedia ada. Jika dulu aku full time bekerja sendiri kini aku bekerja dgn org. Kenapa aku perlu bekerja dengan org? Sebenarnya aku sekadar mahu environment yg berbeza. Udara luar membuatkan aku lebih segar dan bertenaga berbanding duduk di rumah. Aku mula belajar menghargai masa yg ada, jika sebelum ini aku kaya dgn masa. Tp kini aku perlu optimizekan masa sedia ada.
Kepada kawan2 yg letih mendengar keluhan aku semasa menjadi penanam anggur. Thanks kawan2 kerana sudi mendengar leteran aku. Doakan aku mampu mengatasi segala cabaran di alam pekerjaan. Aku akan online dr pukul 9pm-12pm sahaja skang. Aku akan rindukan kalian..hehehe
Posted on 15 April '07 by catzer, under True Life. 15 Comments.
huhuhuhu…aku di cc skang..internet di rumah tetiba problem mlm tadi. Modem aku menunjukkan keuzuran..ooo..tidak aku buntu tanpa mu internet.
Hari ni aku balik dr keje awal, tidak seawal mana tp tepat jer 5.30 pm aku berlari balik. Terus pergi ke cc..waktu magrib aku balik..dan lps isyak aku dtg semula..aku rindu internet, aku kebosanan tanpa mu internet..aku tak dpt membebel lama2..aku akan kehabisan semua duit dlm wallet aku jika dilayankan sgt perasaan aku skang..
tunggulah..internet aku akan dptkan balik ko supaya menjadi milik aku semula.Â
Â
Â
Â
Posted on 13 April '07 by catzer, under True Life. 2 Comments.
Sudah 4 bln lebih aku tak tgk langsung statistic untuk visitor ke blog ini. Ya, aku dah berhenti dari memerhatikan visitor aku, satu perkara penting bg sesetengah blogger. Apa guna blog jika tiada visitor? Itu soalan mereka pada aku. Aku genuine Blogger syok sendiri.Aku suke menulis makian, hinaan, ketidakpuashati, kegembiraan aku disini sendirian. Pada mereka yg acap kali dtg membaca blog merapu ini, terima kasih kerana sudi membaca.
Aku tidak menjual apa2 hatta berkongsi idea yg menarik di sini, tidak sekali. Bukan kerana aku malas atau kedekut ilmu, tp aku suke berkomunikasi sendiri. Bila aku baca balik post2 aku disini dlm mood yg berbeza, aku dpt lihat diri aku sendiri dr persepsi2 yg berbeza. Ya, aku manusia yg penuh variety bukan sekadar satu genre.
Jika kita mahukan teman yg setia, ciptalah blog sebegini rupa. Asalkan kita byr domain dan hosting tahunan nya ianya akan kekal sampai bile2. Aku blogger yg syok dgn ciptaan post sendiri. Bagaimana pula kau? Ya kau yg sedang membaca post ini? Adakah kau memiliki blog sebegini atau blog yg kau cipta utk adsense semata-mata. Ataupun, blog yg ko cipta untuk membontot jerung2.
Genuine Blogger syok sendiri, term ini aku ciptakan untuk diri ku..untuk catzer.com. Di saat aku ingin tamatkan post ini, aku tersenyum..kerana aku syok sendiri dgn post ni.
Posted on 9 April '07 by catzer, under True Life. 11 Comments.
Kalau dah bodoh, bodoh juga
Tengahari semlm aku bergegas pergi ke cc untuk fax beberapa dokumen penting. Dan korang akan ckp aku bodoh jika aku katakan aku pergi ke cc yg sama. Di atas terik mentari, hati aku kepanasan mendengar alasan kali ini pula bukan sekadar alasan bodoh tp cukup melayakkan cc itu di curah minyak tanah dan di bakar.
aku : Erm, saya nak fax document. Mesin fax ok ke?
Budak Jaga cc : Ok, tak rosak. Tp, kertas habislah.
aku : Kertas habis? Erm, oklah.
Sebenarnya dalam hati aku, apa ke bodohnya tuan pemilik cc ni. Kedai stationary selang 2 buah dr cc tu. Tak kan nak beli kertas fax pun tak larat nak jln. Aku memecut ke Seksyen 2 dimana segala himpunan kemudahan berderet-deret di sana. Segalanya lebih mudah dan menyejukkan hati aku. Satu kerja aku selesai tanpa perlu menambah dosa aku mencarut yg bukan2.
Mereka Yg TertinggalÂ
Lps settle fax document, aku pergi ke CIMB bank untuk settlekan beberapa payment penting. Kebetulan akaun aku tak boleh nak online banking. Aku pun, pergi ke satu meja yg suatu ketika dulu, pernah di duduki oleh seorang perempuan yg ramah mesra melayan aku membuka akaun di BCB.
aku : Kak, sy nak tanya pasal online banking. Akaun sy ni, mmg tak boleh gunakan online banking ke? (Aku menghulurkan kertas semasa pendaftaran akaun dulu)
CIMB staff : Awak ni dah amik nombor belum? Pergi amik nombor dulu.
aku : Saya nak tanya dulu.
CIMB staff : Awak buka akaun kat cawangan mana ni?
aku : Kat sini lah sy buka akaun bank ni.
CIMB staff : Pergi tanya kat bro pakai baju merah tu.
Akupun meluru kat seorang brother ni yg handle nombor menunggu:
aku : bro, sy nak report pasal online banking.
staff2 : ah, pergi lah cucuk kat mesin ATM tu.
aku : saya dah test kat mesin ATM. Waktu nak register, system ckp sy dah register online banking tp sy tk pernah pun register lagi sebelum ni.
staff2 : Erm jap yerk tunggu. (sambil sibuk2 melayan customer lain)
staff2: awak call no 1 800 bla…bla..bla..
Setelah berdiri agak lama menunggu, itu jer dia ckp kat aku. Hati aku panas semula, customer service CIMB mmg poyo. Korang 100 thn jauh ke belakang dari Maybank. Aku tak kisah kena charge untuk setiap transaksi selepas 5 kali free cucuk kat mesin ATM oleh Maybank, sbb hakikatnya Maybank 7 juta kali lebih bagus dr CIMB ( Inilah bebelan hati aku sewaktu di atas motor pulang kerumah). Aku kecewa bukan kerana mereka gagal menyelesaikan masalah aku. Tp aku kecewa dgn budi bahasa mereka, inikah yg CIMB lahirkan dari training centre mereka?
Posted on 2 April '07 by catzer, under True Life. 6 Comments.
pagi ni aku bgn awal kerana terlalu sejuk, rupanya di luar sana hujan mencurah-curah dan menghasilkan irama yg mendodoikan ramai insan lain di kawasan yg sama. Aku tak mampu memejamkan mata lagi kerana waktu itu mmg wajar utk aku bgn.
Di pagi yg sejuk lagi menaikkan liang roma ini, aku ambil peluang membaca blog kawan2 yg lain. Hidup sebagai blogger, membantu aku melahirkan pelbagai versi kawan. Tidak dpt dinafikan tidak ada seorangpun diantara mereka yg pernah aku temui, hatta ada yg langsung aku tak kenal wajah mereka.
Pagi ini aku tersenyum sendiri, betapa rapatkah aku dgn mereka? Adakah bile saat internet tiada di sisi aku maka mereka juga hilang dari senarai kawan. Maka, itu gunanya maxis, celcom, digi dan telekom. Aku suke bertukar no phone dgn mereka yg aku rasa serasi. Jika aku tak on9, dptlah aku gatal tgn menghantar sms ataupun miss called.
Aku ingin kalian tahu,betapa aku, kamu dan dia memerlukan antara satu sama lain. One heart as a blogger.
Buat K.Galadriel, Raimi, Hasrul, mail, Duenz, Ramzan, Amirul, Zamani,Pian, Aida dan reezluv. terima kasih kerana selalu membantu. Ini bukan barisan kroni atau untuk menunjukkan kekuatan(spt sesetengah org yg suke gunakan nama org kerana nak glamour atau nak tunjuk diri power). Aku berkawan dgn mereka sehingga merasakan kami spt adik beradik. Tiada unsur berkawan hanya kerana business ataupun ilmu. Cukup jika aku katakan, jika suatu masa nanti aku hilang secara tiba2, persoalan ttg itu mampu di jawap oleh mereka.
Siapakah aku dikalangan kamu? Siapakah dia di hati kamu?
Posted on 1 April '07 by catzer, under True Life. 7 Comments.