Yg Bijak buat Duit
tadi aku pergi ke satu cc (cyber cafe bukan credit card) dkt kawasan rumah aku ni. Aku nak print sesuatu untuk digunakan esok. Memandangkan satu cc tu lokasi dia dibawah dan bukan di tingkat atas, aku terus park motor depan kedai tu. Tp ternyata hampa, masalah minggu lepas semasa aku nak print benda yg sama masih belum di atasi. “Adik, printer warna masih rosak lagi.” Pergh, muka aku berubah.
Terpaksa aku mengheret kaki aku menyeberangi jalan dan naik ke tingkat 2. Tak sampai 5 minit, masalah aku selesai. Sambil kaki aku melangkah turun ke tingkat bawah aku terfikir kalau ada kali ke tiga aku perlu print file ni, mungkinkah aku akan ke cc tadi semula kerana lokasi yg cukup baik..tp sayangnya servis yg hampeh.



One Comment to “Yg Bijak buat Duit”